BTC USD 83,025.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi BNM
Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi BNM Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan. Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM37.50 bilion daripada RM36.65 bilion. Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM23.10 bilion daripada RM24.31 bilion sebelumnya. Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75...
Niaga Hadapan KLCI Dijangka Kekal Positif Bagi Prospek Jangka Pendek Minggu Depan
Niaga Hadapan KLCI Dijangka Kekal Positif Bagi Prospek Jangka Pendek Minggu Depan Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan prospek jangka pendek yang positif disokong oleh pengurangan kebimbangan geopolitik, sentimen risiko global yang bertambah baik serta persekitaran makroekonomi domestik yang stabil. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan serta Pakar Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata para peserta pasaran bagaimanapun akan terus memantau perkembangan berkaitan bank pusat global dan rundingan geopolitik bagi mendapatkan hala tuju selanjutnya. "Laporan mengenai Amerika Syarikat dan Iran sedang terlibat dalam rundingan ke arah potensi perjanjian diplomatik yang turut disahkan...
Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil dengan kecenderungan neutral ketika pelabur terus meneliti perkembangan geopolitik serta pengumuman data ekonomi penting daripada negara ekonomi utama. Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun risiko penurunan  wujud, pasaran tempatan secara relatifnya terus mendapat sokongan pada paras semasa. Secara keseluruhannya, kami menjangkakan indeks petunjuk utama bergerak dalam julat 1,670–1,700 pada minggu depan,” katanya kepada Bernama. Berkongsi sentimen sama, Ketua Penyelidik Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata tumpuan utama akan disasarkan kepada mesyuarat...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Mentah Dan Minyak Soya
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Mentah Dan Minyak Soya Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak mentah dan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga. Sewaktu berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent turun 2.67 peratus kepada US$88.08 setong. Bercakap kepada Bernama, beliau berkata prestasi eksport yang lebih lemah baru-baru ini turut menjejaskan sentimen pasaran. "Kami melihat harga paras sokongan di atas RM4,400 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,580," katanya. Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2026 dan Julai masing-masing susut RM74 kepada RM4,387 dan...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai pendasar. Kontrak Jun 2026, Julai 2026 dan September 2026 masing-masing meningkat 11.5 mata kepada 1,689.5, 1,692.0 dan 1,675.5, manakala Disember 2026 menambah 11 mata kepada 1,673.0. Jumlah dagangan susut kepada 6,507 lot daripada 7,499 lot, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 31,623 kontrak daripada 33,810 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.10 mata atau 0.24 peratus kepada 1,683.63 berbanding 1,679.53 ketika ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2567875
Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Paragon Union Selepas Harga Saham Susut
Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Paragon Union Selepas Harga Saham Susut Bursa Malaysia Securities Berhad mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Paragon Union Bhd berikutan penyusutan mendadak harga saham syarikat itu hari ini. Pada 4.41 petang, harga saham kumpulan itu susut sebanyak RM1.39 atau 29.83 peratus kepada RM3.27 daripada RM4.66 semasa ditutup pada Khamis. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, bursa menasihatkan pelabur untuk mengambil maklum mengenai jawapan syarikat terhadap pertanyaan UMA, yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah ruangan pengumuman syarikat. Bursa Malaysia memaklumkan pihaknya meminta Paragon Union untuk memastikan sama ada terdapat sebarang...
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Peningkatan Selera Risiko
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Peningkatan Selera Risiko Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif hari ini apabila selera risiko pelabur bertambah baik susulan pemulihan kukuh Wall Street semalaman. Pada 12.30 tengah hari,  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.44 mata kepada 1,680.97 daripada paras 1,679.53 ketika ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras itu dibuka 5.34 mata lebih tinggi pada 1,684.87 dan bergerak antara 1,679.72 hingga 1,685.39 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran secara keseluruhannya seimbang, bagaimanapun, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 481 berbanding 435, manakala 516 kaunter tidak berubah, 1,271 tidak diniagakan dan 33 digantung...
Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal
Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada Wall Street, yang mencatatkan kenaikan mendadak diterajui oleh saham teknologi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat kenyataan positif mengenai prospek perjanjian di Asia Barat. Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.74 mata kepada 1,685.27 daripada 1,679.53 semasa ditutup pada Khamis. Indeks utama dibuka tinggi 5.34 mata kepada 1,684.87. Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 292 berbanding 112 manakala 246 kaunter tidak berubah, 2,053 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya CBOT
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya CBOT Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) ketika waktu dagangan Asia, kata peniaga. Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata prestasi eksport yang lebih kukuh baru-baru ini turut menyokong sentimen pasaran dalam jangka pendek. “Kami melihat paras sokongan pada RM4,500 satu tan dan paras rintangan pada RM4,680 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing meningkat RM11 kepada RM4,461 dan RM4,509 satu tan manakala Ogos 2026 naik RM13...
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Khamis. Jun 2026 kekal pada 1,678; Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing naik satu mata kepada 1,680.5 dan 1,662.0 manakala September 2026 susut 1.5 mata kepada 1,661.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,499 lot daripada 9,044 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 33,810 kontrak daripada 35,238 kontrak, Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.57 mata untuk ditutup tinggi sedikit kepada 1,679.53 daripada 1,678.96 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2567444
Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih
Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung. Prestasi bercampur-campur daripada ekuiti serantau, didorong oleh ketegangan geopolitik yang memucak di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pelabur. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.57 mata kepada 1,679.53 daripada 1,678.96 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.58 mata kepada 1,677.38 dan diniagakan antara paras 1,674.65 dan 1,680.53 semasa sesi dagangan. Sentimen pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 562 berbanding 561, manakala 538 kaunter...
Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.86 mata kepada 1,677.10 daripada 1,678.96 ketika ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu dibuka 1.58 mata lebih rendah pada 1,677.38 dan bergerak antara 1,674.65 hingga 1,680.30 sepanjang sesi pagi. Bagaimanapun, sentimen pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 582 berbanding 407, manakala 491 kaunter tidak berubah...
Harga MSM Dijangka Tinggi Pada Separuh Kedua 2026 Dipacu El Nino, Permintaan Biobahan Api
Harga MSM Dijangka Tinggi Pada Separuh Kedua 2026 Dipacu El Nino, Permintaan Biobahan Api Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi pada separuh kedua 2026, disokong kemungkinan fenomena El Nino yang kuat serta peningkatan harga minyak soya dan biji sesawi susulan lonjakan permintaan terhadap biobahan api, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd. Dalam satu nota hari ini, firma pembrokeran itu berkata data daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus berlakunya fenomena El Niño antara Jun 2026 dan Februari 2027 dilihat sebagai faktor positif kepada harga MSM. “Berdasarkan trend, hasil tandan buah segar (BTS) Malaysia lazimnya...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat. Pada 9.13 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.81 mata kepada 1,676.15 daripada 1,678.96 semasa ditutup pada Rabu. Indeks utama dibuka rendah 1.58 mata kepada 1,677.38. Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 374 berbanding 112 manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,934 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung. Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, pasaran bertindak balas terhadap petunjuk luaran apabila Wall Street ditutup rendah...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. Pada 9.33 pagi, kontrak Jun 2026 menurun empat mata kepada 1,674.0, Julai 2026 berkurangan 3.5 mata kepada 1,676.0 serta September 2026 dan Disember 2026, masing-masing merosot 5.5 mata kepada 1,657 dan 1,661.5. Jumlah dagangan sebanyak 1,827 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,296 kontrak. Pada 9.55 pagi, petunjuk pasaran menurun 2.23 mata kepada 1,676.73 daripada 1,678.96 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2567243
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Anggaran Eksport Lebih Kukuh, Pengeluaran Rendah
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Anggaran Eksport Lebih Kukuh, Pengeluaran Rendah Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh anggaran eksport yang lebih kukuh serta pengeluaran yang lebih rendah, kata seorang peniaga. Katanya, ia berlaku selepas data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan penurunan pengeluaran dari bulan ke bulan. Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata penurunan dalam pengeluaran minyak sawit yang dilaporkan oleh MPOB dijangka menyokong harga MSM dalam jangka masa terdekat. "Kami mendapati paras sokongan pada RM4,450 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,600 setiap tan," katanya kepada Bernama...
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran Tunai
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran Tunai Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi pasaran tunai. Jun 2026 meningkat sembilan mata kepada 1,678; Julai 2026 naik 8.5 mata kepada 1,679.5; September 2026 melonjak 10.5 mata kepada 1,662.5 manakala Disember 2026 menokok 7.5 mata kepada 1,661.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 9,044 lot daripada 8,188 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 35,238 kontrak daripada 34,478 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 3.46 mata kepada 1,678.96 daripada 1,675.50 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2567111
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Defensif
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Defensif Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.46 mata kepada 1,678.96 berbanding 1,675.50 ketika ditutup pada Selasa. Indeks penanda aras itu dibuka 0.55 mata lebih tinggi pada 1,676.05 dan bergerak dalam julat antara 1,673.64 dan 1,684.10 sepanjang sesi dagangan. Sentimen pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 705 berbanding 422...
Stok Minyak Sawit Malaysia Meningkat 5.15 Peratus Kepada 2.42 Juta Tan Pada Mei - MPOB
Stok Minyak Sawit Malaysia Meningkat 5.15 Peratus Kepada 2.42 Juta Tan Pada Mei - MPOB Stok minyak sawit Malaysia meningkat 5.15 peratus atau 118,891 tan kepada 2.42 juta tan pada Mei 2026 daripada 2.30 juta tan pada April 2026, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam laporan prestasi industri bagi Mei, MPOB menjelaskan stok minyak sawit mentah (MSM) turut menokok 1.64 peratus atau 20,211 tan kepada 1.28 juta tan pada Mei 2026 daripada 1.26 juta tan pada bulan sebelumnya. “Stok minyak sawit diproses melonjak 9.45 peratus kepada 1.14 juta tan daripada 1.04 juta tan,” tambahnya. Menurut MPOB bagi pengeluaran, output MSM berkurangan 6.96 peratus atau 113,474 tan kepada 1.51 juta tan daripada 1.63 juta tan pada April 2026...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Harga Rendah
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Harga Rendah Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi pagi disokong aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham terpilih. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.75 mata kepada 1,681.25 daripada 1,675.5 ketika ditutup pada Isnin. Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.55 mata lebih tinggi pada 1,676.05 bergerak dalam julat antara 1,673.64 dan 1,682.46 sepanjang sesi dagangan. Bagaimanapun, sentimen pasaran secara keseluruhan kekal negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 469 berbanding 279, manakala 401 kaunter tidak berubah, 1,541 tidak diniagakan dan 14 digantung. Jumlah dagangan mencatatkan 1.96 bilion saham...
Back
Top
Log in Register