BTC USD 82,548.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
FBM KLCI Teruskan Aliran Menurun Susulan Peningkatan Ketidakstabilan Global
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan penurunannya sewaktu dagangan ditutup pada Selasa yang mencerminkan ketidakstabilan dan penjualan mendadak dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) apabila pengelakan risiko global semakin meningkat. Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 16.31 mata atau 1.06 peratus kepada 1,520.15  daripada 1,536.46 ketika ditutup pada Isnin. Penanda aras pasaran dibuka 10.45 mata lebih rendah pada 1,526.01 selain turun naik antara 1,514.48 dan 1,527.19 sepanjang hari. Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 910 berbanding 200 manakala 384 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan tujuh digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.71 bilion unit bernilai RM3.29 bilion...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Penurunan Di Pasaran Tunai
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar. Kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 turun 17 mata setiap satu masing-masing kepada 1,496.0 dan 1,498.5, manakala April 2025 susut 17.5 mata kepada 1,498.5. September 2025 berkurangan 18 mata kepada 1,487.0. Jumlah dagangan turun kepada 8,079 lot daripada 15,583 pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 46,951 kontrak daripada 50,468 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 16.31 mata atau 1.06 peratus kepada 1,520.15 daripada paras penutup 1,536.46 pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2401326
Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham bermodal rendah yang mengheret turun pasaran secara meluas. Pada 12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.81 mata atau 0.89 peratus kepada 1,522.65 daripada paras penutup 1,536.46 pada Isnin. Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 10.45 mata kepada 1,526.01, bergerak antara 1,519.76 hingga 1,527.19 ketika sesi dagangan pagi. Sentimen pasaran juga kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 928 berbanding 113 manakala 308 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,025 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 2.26 bilion saham...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.30 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 19.50 mata kepada 1,494.0, April 2025 berkurangan 21.0 mata kepada 1,495.0, Jun 2025 merosot 18.50 mata kepada 1,499.50 dan September 2025 jatuh 25.0 mata kepada 1,480.0. Jumlah dagangan sebanyak 2,371 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,176 kontrak. Pada 9.48 pagi, FBM KLCI tutun 16.58 mata kepada 1,519.88 daripada 1,536.46 ketika ditutup pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2401059
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS
Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah pada Selasa dipengaruhi oleh prestasi hambar Wall Street. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penurunan itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang semakin lemah ditambah oleh kenyataan dikeluarkan Presiden AS Donald Trump pada hujung minggu lepas. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam. Barometer utama itu dibuka 10.45 mata lebih rendah kepada 1,526.01. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 548 berbanding 53 manakala 199 kaunter...
Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai sistem konvensional menokok kepada RM27.70 bilion daripada RM11.69 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM24.20 bilion berbanding RM28.01 bilion sebelumnya. Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman. BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM26 bilion kepada RM27.70 bilion. Bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan. Pada 4 petang...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.81 mata atau 0.70 peratus kepada 1,536.46 daripada paras penutup 1,547.27 pada Jumaat minggu lepas. Tenaga Nasional susut 20 sen kepada RM13.54, Maxis turun 10 sen kepada RM3.27 dan Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.58. Gabungan kaunter-kaunter ini menyeret turun indeks komposit sebanyak 4.53 mata. FBM KLCI dibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan. Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter...
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, produk dan perkhidmatan pengguna serta pengangkutan dan logistik. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.97 mata atau 0.19 peratus kepada 1,544.30 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas. Tenaga Nasional berkurangan 12 sen kepada RM13.62, Nestle susut RM2.94 kepada RM69.20 dan MISC merosot 12 sen kepada RM6.94. Kaunter ini menyebabkan indeks komposit susut dengan gabungan 3.26 mata. Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka rendah 1.69 mata kepada 1,545.58, bergerak antara 1,538.60 dan 1,550.0 pada sesi dagangan pagi. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.40 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 5.0 mata kepada 1,512.5, April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,515.5 dan 1,518.0 serta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,502.0. Jumlah dagangan sebanyak 7,635 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,393 kontrak. Bagaimanapun, pada 9.45 pagi, FBM KLCI naik 0.70 mata kepada 1,547.97 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2400664
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.69 mata kepada 1,545.58. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 184 berbanding 126, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 209.58 juta saham...
Bursa Malaysia Dijangka Tinggi  Minggu Depan Berikutan Sentimen Lebih Baik - Penganalisis
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu oleh sentimen yang lebih baik dan minat baharu terhadap saham dengan asas kukuh. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, bagaimanapun indeks ini berdepan dengan paras rintangan utama 1,590, yang mungkin mengehadkan potensi kenaikan segera, terutamanya berikutan aliran keluar dana asing yang berterusan. "Walaupun pasaran semasa mengalami ketidaktentuan, kami mengekalkan pandangan optimistik namun berhati-hati pada minggu depan," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata terdapat peluang untuk pembelian saham pada harga rendah terutamanya dalam sektor berdaya tahan seperti kewangan, komoditi, tenaga...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran tunai pendasar. Kontrak bulan semerta Mac 2025 menyusut 13 mata kepada 1,517.5, April 2025 turun 12.5 mata kepada 1,519.5, Jun 2025 merosot 12 mata kepada 1,522.0 dan September 2025 berkurang 10 mata kepada 1,511.0. Jumlah dagangan bertambah baik kepada 8,328 lot daripada 7,831 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,973 kontrak daripada 41,159 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 11.64 mata atau 0.75 peratus kepada 1,547.27 daripada 1,558.91 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2400120
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.27 mata atau 0.60 peratus kepada 1,549.64 daripada 1,558.91 semalam. Tenaga Nasional berkurangan 12 sen kepada RM13.74, Kuala Lumpur Kepong susut 60 sen kepada RM20.50 dan Maxis turun lapan sen kepada RM3.42. Kaunter ini menyebabkan indeks komposit merosot dengan gabungan 3.38 mata. FBM KLCI, yang dibuka rendah 3.16 mata kepada 1,555.75, bergerak antara 1,548.06 dan 1,556.46 pada sesi dagangan pagi. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 470...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) yang mendorong aktiviti jualan. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.45 mata kepada 1,553.46 daripada 1,558.91 semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.16 mata kepada 1,555.75. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 234 berbanding 105, dengan 193 kaunter tidak berubah, 1,838 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 156.06 juta saham bernilai RM79.04 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street kembali mencatatkan penurunan selepas turun naik yang didorong oleh kebimbangan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. Pada 9.32 pagi, kontrak Mac 2025 dan September 2025, masing-masing merosot 4.5 mata kepada 1,526.0 dan 1,516.5, April 2025 berkurangan 5.5 mata kepada 1,526.5 dan Jun 2025 susut 4.0 mata kepada 1,530.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,147 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,699 kontrak. Pada 9.39 pagi, FBM KLCI merosot 3.39 mata kepada 1,555.52 daripada 1,558.91 sebelum ini. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2399870
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Kontrak bulan semerta Mac 2025 susut tujuh mata kepada 1,530.5, April 2025 turun 7.5 mata kepada 1,532.0, Jun 2025 berkurangan 8.5 mata kepada 1,534.0 dan September 2025 jatuh lapan mata kepada 1,521.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,831 lot daripada 8,521 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 41,159 kontrak daripada 41,720 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI turun 5.51 mata atau 0.35 peratus kepada 1,558.91 daripada paras penutup 1,564.42. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2399758
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Tekanan Jualan Ke Atas Saham Kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor perkhidmatan kewangan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.51 mata atau 0.35 peratus kepada 1,558.91 daripada 1,564.42 ketika ditutup semalam. Indeks pandu pasaran itu dibuka 4.53 mata lebih tinggi kepada 1,568.95, dan bergerak antara 1,554.85 hingga 1,569.43 sepanjang dagangan hari ini. Bagaimanapun bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 584 berbanding 393, manakala 452 kaunter tidak berubah, 913 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.98...
Indeks FBM KLCI Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Sentimen Pasaran Positif
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia kekal dalam wilayah kurang memberangsangkan pada tengah hari Khamis susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.40 mata atau 0.35 peratus kepada 1,559.02 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam. Saham wajaran tinggi CIMB susut 25 sen kepada RM7.55, Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.54 dan Hong Leong Bank menguncup 20.0 sen to RM21.10 dengan kesemua kaunter itu mengheret turun indeks komposit dengan gabungan sebanyak 6.11 mata Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok 4.53 mata kepada 1,568.95, bergerak dalam julat 1,554.85 hingga 1,569.43...
Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen
--fotoBERNAMA (Fail/File) Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter. MOF memaklumkan penetapan kadar itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu. Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya
Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) mendapat pengecualian tarif untuk sementara waktu. Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam. Bagaimanapun, ia kemudiannya susut 6.91 mata kepada 1,557.51 selepas lebih sejam dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam pada 1,564.42. Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu menokok 4.53 mata pada 1,568.95. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 317 berbanding 309 manakala 363 kaunter tidak berubah, 1,353 tidak didagangkan dan tujuh...
Back
Top
Log in Register