Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini dalam dagangan yang kurang menggalakkan walaupun kebanyakan pasaran serantau mencatatkan prestasi positif.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.21 mata kepada 1,571.91 daripada 1,575.12 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 1.74 mata kepada 1,576.86 bergerak antara 1,561.36 dan 1,576.91 sepanjang sesi dagangan pagi.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 724 berbanding 271 manakala 413 kaunter tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan 7 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM1.40 bilion.
Pada masa ini, Indeks Nikkei 225 Jepun naik 0.31 peratus...