Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.33 mata atau 0.75 peratus, kepada 1,625.76 daripada 1,638.09 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 2.03 mata lebih rendah kepada 1,636.06 dan berlegar antara 1,624.35 hingga 1,636.50 sepanjang sesi.
Pasaran keseluruhannya negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 715 berbanding 252, manakala 418 kaunter tidak berubah, 1,191 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang...