BTC USD 84,587.4 Gold USD 4,342.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forex News

Stay updated with the latest global forex news, featuring both technical and fundamental analysis. Our coverage includes market-moving events, economic indicators, central bank decisions, geopolitical developments, and key trends driving currency fluctuations. Technical insights focus on chart patterns, key support and resistance levels, and price action strategies, while fundamental analysis delves into macroeconomic data, interest rate changes, and global risk sentiment.
Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar US
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US hari ini kerana peniaga kekal berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Jepun pada Khamis ini, kata seorang penganalisis. Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.4100/4155 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.4100/4160 ketika ditutup pada Isnin. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kini dalam mod ‘tunggu dan lihat’, memantau betapa agresif AS menekan sekutunya untuk konsesi tarif. “Pasaran menjadikan Jepun seperti ujian geopolitik untuk melihat respons dan tindakan AS dalam perbincangan perdagangan tersebut. "Jika rundingan dengan Jepun berjalan lancar, ia mungkin menghasilkan...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran kekal suram berikutan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global disebabkan perang perdagangan yang meningkat dan ketegangan geopolitik. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh optimisme mengenai potensi pelepasan tarif daripada Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama. Pada Selasa, niaga hadapan getah Jepun merosot, dipengaruhi oleh yen yang lebih kukuh dan prospek bekalan yang lebih baik. Bagaimanapun, katanya potensi pelepasan daripada tarif berkaitan sektor automotif AS membantu mengurangkan penurunan tersebut. “Dilaporkan kawasan pengeluaran getah...
Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu. Laporan terbaru menyatakan Rumah Putih sedang merancang mengenakan cukai baharu ke atas semikonduktor dan farmaseutikal. Pada 8 pagi ini, ringgit diniagakan meningkat kepada 4.4085/4215 berbanding dolar AS daripada paras 4.4100/4160 pada akhir urus niaga semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kekalutan mengenai tarif itu telah mendorong kesukaran dalam menilai kesan makroekonomi. Indeks Dolar AS (DXY) juga jatuh kepada 99.640 mata, mencerminkan peralihan sentimen...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Kredit: MPOC Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, terjejas berikutan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dan peningkatan output dalam beberapa minggu yang akan datang. Pedagang minyak sawit David Ng berkata permintaan yang lemah berpunca daripada minyak sayuran alternatif yang lebih murah seperti minyak kacang soya. “Peningkatan output adalah selaras dengan trend bermusim pengeluaran yang lebih tinggi dalam tempoh ini. Kami menjangkakan trend menaik dalam pengeluaran akan berterusan sehingga September. “Oleh itu, kami melihat sokongan pada RM4,100 satu tan dan rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup, kontrak April 2025 jatuh...
Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut, kata penganalisis. Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4100/4160 daripada dolar AS, menokok daripada 4.4200/4265 semasa ditutup pada Jumaat. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meneruskan trajektori menurun pada sekitar 99 mata hari ini. “Belum dapat dipastikan sama ada DXY akan kekal pada paras serendah itu meskipun terdapat ketidaktentuan yang  kian meningkat mengenai tarif import oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama. Mohd Afzanizam berkata dolar AS akan meningkat memandangkan peniaga akan beralih kepada mata wang selamat untuk...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap kekurangan bekalan bahan mentah akibat cuaca dan musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama, kata seorang peniaga. Sentimen pasaran juga dilonjakkan oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah Shanghai di tengah -tengah data ekonomi China yang amat positif selain langkah-langkah rangsangan China yang berpotensi. “Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh pengukuhan ringgit serta kejatuhan dalam harga minyak mentah di tengah-tengah perang perdagangan yang semakin memanas di antara Amerika Syarikat (AS) dan China berdasarkan pemantauan para peniaga ke atas data NR yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan...
Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat
Ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh tiga tahun disebabkan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat. Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik 1.06 peratus kepada 4.4185/4270 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4265 pada Jumaat lepas. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh di bawah paras 100 mata, perkembangan yang disifatkan sebagai mengelirukan berdasarkan kecenderungan mengelak risiko yang meningkat berikutan ketidaktentuan mengenai perdagangan dan tarif. Katanya walaupun Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan penangguhan...
Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Disebabkan Perang Dagangan
Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen lemah terhadap dolar AS di tengah-tengah ketegangan perdagangan AS-China yang semakin meningkat. Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.4200/4265 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4730 pada Khamis. Setakat April tahun ini, ringgit telah mengukuh sebanyak 1.09 peratus. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengukuhan ringgit sejajar dengan penurunan dalam Indeks Dolar AS (DXY) yang susut kepada 99.758 mata. Beliau berkata kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perang perdagangan AS-China terus menekan nilai dolar AS. “Tarif yang lebih tinggi boleh mendorong...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kenaikan niaga hadapan getah serantau didorong oleh niaga hadapan getah Shanghai yang meningkat, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh kebimbangan mengenai kekurangan bahan mentah berikutan musim daun gugur di negara-negara pengeluar getah asli dan keyakinan yang meningkat mengenai potensi langkah rangsangan ekonomi China. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan ketegangan perdagangan China-AS yang meruncing, meningkatkan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya kepada Bernama. Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard...
Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China. Pada 8.14 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4275/4425 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4730 pada Khamis. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata selepas penangguhan selama 90 hari, pasaran kewangan menjadi tidak menentu, dengan ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan mendadak, hasil Perbendaharaan AS untuk 10 tahun meningkat manakala Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan ketara. “Apa yang jelas ialah peniaga dan pelabur sedang menilai semula bagaimana tarif tersebut akan memberi...
Investing.com-- The Chinese yuan touched its weakest level in over 17 years on Thursday following six straight days of weaker midpoint fixes from Beijing, as China gears up for a renewed trade war with the United States. The yuan’s onshore USD/CNY pair- which gauges the amount of yuan required to buy one dollar in local markets- rose as far as 7.3511 yuan- its highest level since late-2007. The USDCNY pair is closely controlled by the People’s Bank of China, with the central bank setting a daily midpoint around which the pair is allowed to fluctuate.  The yuan’s latest drop came after the People’s Bank of China set a softer midpoint for six consecutive sessions.  Beijing is expected to allow the yuan to depreciate further in order...
Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng. Beliau berkata kenaikan harga itu susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai penangguhan selama 90 hari ke atas pelaksanaan tarif "timbal balik". "Kami mendapati paras sokongan pada RM4,150 satu tan dan paras rintangan pada RM4,320 satu tan," katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 meningkat RM18 kepada RM4,444 satu tan, Mei 2025 menokok RM32 kepada RM4,331 satu tan dan Jun 2025 bertambah RM52 kepada RM4,200 satu tan. Kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing...
Ringgit Pulih Selepas Penangguhan Tarif 90 Hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menamatkan tiga hari penurunan berturut-turut susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari untuk semua negara kecuali China. Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4670/4730 berbanding dolar AS, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.58 peratus daripada 4.4935/4990 ketika ditutup pada Rabu. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penangguhan tersebut meningkatkan sentimen pasaran dan membuka jalan bagi negara-negara untuk berunding dengan kerajaan AS dan mungkin mencapai hasil yang lebih baik. "Hal itu menyumbang kepada pemulihan dalam aset berisiko di pasaran saham...
Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari, kata ahli ekonomi. Pada 8.01 pagi, ringgit berada pada 4.4700/4850 berbanding dolar AS daripada 4.4935/4990 semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tempoh penangguhan tarif timbal balas bagi kebanyakan negara mencetuskan sentimen lebih baik dalam pasaran mata wang. “Ini membuka pintu bagi tujuan rundingan yang boleh cenderung kepada perjanjian perdagangan lebih baik. “Oleh itu, kita boleh menjangkakan ringgit dan mata wang lain akan mencatat prestasi lebih...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Tarif AS Cetus Penjualan Komoditi Global
David Ng Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, di tengah-tengah penjualan komoditi global yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif AS, menurut peniaga minyak sawit David Ng. Beliau berkata penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya turut menyumbang kepada sentimen negatif dalam pasaran. "Kami mendapati paras sokongan pada RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan," katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 turun RM138 kepada RM4,426 satu tan, Mei 2025 susut RM41 kepada RM4,299 satu tan, manakala kontrak Jun 2025 dan Julai 2025 masing-masing jatuh RM40 kepada RM4,148 dan RM4,061 satu tan. Kontrak Ogos 2025 menurun RM47...
Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, terjejas akibat sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan laporan pelaksanaan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China, menandakan kemungkinan berlakunya perang dagangan yang berpanjangan. Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.4935/4990 berbanding dolar AS 4.4885/4930 ketika ditutup semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tindakan dagangan balas boleh mengeruhkan lagi keadaan, susulan tarif AS meningkatkan kos perniagaan dan hidup, seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. “Tumpuan utama dalam kalangan bank pusat kini ialah bagaimana memanfaatkan dasar monetari untuk memacu ekonomi, dengan, sebagai...
Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu. Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4875/5050 berbanding dolar US daripada 4.4885/4930 ketika ditutup semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kejutan disebabkan pengumuman tarif AS baru-baru ini terus menguasai sentimen pasaran. Beliau berkata para pegawai Rumah Putih telah mengesahkan tarif 104 peratus ke atas barangan China terpilih akan diteruskan seperti yang dirancang manakala Beijing dijangka akan bertindak balas...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Sedikit Tinggi
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi sedikit, selepas mencatatkan kenaikan awal susulan laporan Indonesia menyemak semula levi eksport, menjadikan minyak sawit Malaysia kurang kompetitif, kata peniaga minyak sawit David Ng. Katanya, permintaan eksport yang lemah juga memberi tekanan kepada harga MSM. “Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 dan paras rintangan pada RM4,350,” katanya kepada Bernama. Ketika ditutup, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing naik RM2 kepada RM4,564 dan RM4,340 setan, manakala Jun 2025 meningkat RM3 kepada RM4,188. Kontrak Julai 2025 menambah RM7 kepada RM4,101...
Ringgit Terus Alami Penurunan Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Kadar Tarif
Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 8 April -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump. Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4885/4930 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840 ketika ditutup pada Isnin. Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama yang lain. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit seketika mencecah RM4.5000 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan awal pagi sebelum meningkat sedikit kemudiannya pada hari yang sama. Beliau berkata, Trump nampaknya bertekad mempertahankan pendirian dasarnya dan terus...
Antipodean Currencies Rise Amid Risk-on Mood
The antipodean currencies such as the Australia and the New Zealand dollars strengthened against their major currencies in the European session on Tuesday, as some calm returned to markets even as trade tensions escalated with Beijing saying that the U.S. threat to escalate tariffs against China is a 'mistake on top of a mistake' and amounts to blackmail. U.S. President Donald Trump has reaffirmed Washington's new tariff policy but signaled his willingness to engage in dialogue with countries seeking more favorable trade terms. "There could be permanent tariffs and there could also be negotiations... we're going to get fair deals and good deals with every country — and if we don't, we're going to have nothing to do with them," Trump...
Back
Top
Log in Register