Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.66 mata kepada 1,632.27 daripada 1,631.61 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 2.18 mata lebih tinggi kepada 1,633.79 sebelum berlegar antara 1,631.15 hingga 1,635.27 sepanjang dagangan.
Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhannya hambar apabila 550 kaunter rugi mengatasi 480 kaunter untung, manakala 599 kaunter tidak berubah, 1,110 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.95 bilion unit bernilai RM2.77 bilion...