Lebih 268,000 Pembayar Cukai Kemukakan 1.99 Bilion e-Invois Setakat 1 Okt
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin (dua, kanan) pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan HASiL 2026 hari ini.
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Sebanyak 268,005 pembayar cukai telah mengemukakan 1.99 bilion e-Invois setakat hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 196,031 pembayar cukai telah mengemukakan e-Invois pada fasa keempat.
“Pelaksanaan e-Invois ini adalah secara berfasa dan baru-baru ini, telah diumumkan kenaikan nilai ambang pelaksanaannya daripada RM1 juta...