HDC Lantik Hanisofian Alias Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Hanisofian Alias
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.
“Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai pembangunan industri HDC, dengan tanggungjawab merangkumi tadbir urus industri, pembangunan industri dan pasaran, daya saing sektor, pengurusan pengetahuan serta kerjasama antarabangsa,” menurut HDC dalam kenyataan hari ini.
Berbekalkan pengalaman luas dalam pembangunan industri halal dan pengurusan sektor swasta, Hanisofian telah berkhidmat dengan HDC sejak 2008 dan...