MITI Perkukuh Daya Saing Industri, Keupayaan Syarikat Tempatan Melalui Belanjawan 2027
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi penekanan kepada usaha memperkukuh daya saing industri serta meningkatkan keupayaan syarikat tempatan menerusi inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2027.
Timbalan Menteri Sim Tze Tzin berkata pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal sebagai teras strategik kementerian bagi memastikan kemampanan rantaian bekalan domestik serta meningkatkan daya saing syarikat tempatan.
“Melalui Geran Bantuan Pensijilan Halal, bantuan sehingga RM5,000 bagi pemohon kali pertama dan RM25,000 bagi sektor bernilai tinggi disediakan untuk membantu...