Perbelanjaan Pembangunan RM83 Bilion Mampu Cipta Pekerkaan, Aktiviti Perniagaan - RHB IB
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan sebanyak RM83 bilion yang dirancang oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2027 berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan, menyokong perniagaan kecil, mengukuhkan permintaan merentasi sektor-sektor utama, serta menjana manfaat yang lebih luas untuk rakyat Malaysia, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
Bank pelaburan itu memaklumkan bahawa perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat daripada RM81 bilion pada tahun 2026, dengan peruntukan utama disalurkan kepada sektor pengangkutan, pendidikan dan latihan, penjagaan kesihatan, serta perdagangan dan industri.
“Pemodenan infrastruktur...