BTC USD 77,443.9 Gold USD 4,366.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melihat Allah

pogee752

Active Member
Messages
1,296
Joined
Aug 7, 2008
Messages
1,296
Reaction score
25
Points
25
Melihat Allah

Salah satu nikmat besar yang Allah beri kepada manusia ialah dapat melihat alam nyata yang wujud di hadapan kita ini. Kita dapat melihat dengan mata kasar makhluk-makhluk Allah seperti manusia itu sendiri, gunung ganang, matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya. Hakikatnya kewujudan makhluk-makhluk Allah ini tidak sempurna kerana berdasarkan kajian sains tempoh kewujudan alam ini terbatas, ruang lingkupnya terhad, ukuran tinggi rendahnya terbatas, dan tempoh hayatnya juga terbatas.

Dalam Islam Allah adalah zat yang mencipta alam ini. Sebagai pencipta alam, maka Allah memiliki kesempurnaan sifatnya, ia tidak terikat dengan sebarang batasan, tidak terbatas tinggi-rendahnya-Nya, tidak terbatas kekuasaan-Nya, tidak terbatas ruang waktunya dan segala-galanya tidak terbatas. Oleh itu, Allah dalam Islam adalah ghaib dari kita dan kita tidak dapat melihat Allah.

Kalau kita pergi ke kedai-kedai tertentu atau kita singgah di rumah-rumah ibadat agama lain kita boleh melihat wajah-wajah Tuhan dalam pelbagai ragam, tinggi, rendah, mempunyai ruang lingkup dan sebagainya. Tuhan boleh dilukis dan direka bentuk. Apa yang jelas tuhan-tuhan berkenaan mempunyai batasan dan had-had tertentu. Malah penganut agama berkenaan boleh melihat dan mengenali tuhan mereka secara nyata. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah apakah kita boleh melihat Allah Yang Maha Esa di dunia ini.

Diterangkan di dalam al-Quran surah al-A’raf, ayat 143 bahawa nabi Musa a.s. diseru oleh Allah ke Bukit Thur Sina untuk menerima wahyu Kitab Taurat. Selama 40 hari 40 malam Nabi Musa bermunajat untuk menerima wahyu Allah. Sesudah menerima wahyu timbul keinginan pula Nabi Musa untuk melihat Allah.

Nabi Musa a.s bermohon: “Ya Allah! berilah kesempatan kepadaku melihatmu”. Allah menjawab: “Engkau tidak dapat melihat-Ku wahai Musa, tetapi cubalah engkau lihat ke gunung itu. Sekiranya gunung itu kukuh di tempatnya itu, engkau tentu dapat melihat Aku. Kemudian Allah memperlihatkan diri-Nya terhadap gunung itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada gunung itu, maka gunung itu menjadi cair dan lenyap sama sekali dari permukaan bumi. Melihat peristiwa kehancuran gunung itu, maka Nabi Musa pengsan. Sesudah Nabi Musa sedar, maka terus Nabi Musa sujud dan memimta ampun.

Menurut ahli-ahli tafsir jika gunung yang kuat itu pun tidak sanggup dan tergaman melihat kehebatan Allah, apatah lagi manusia yang lemah badannya itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada bumi, matahari atau bulan, maka matahari atau bulan akan pecah. Demikian juga apabila Allah memperlihatkan diri kepada manusia atau malaikat, maka semua manusia dan malaikat itu akan musnah.

Rasulullah saw bersabda:

Mafhumnya: “ Aku pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, pernahkan engkau melihat Tuhanmu ya Jibril?. Jibril menjawab: Di antara aku dan Allah ada 70 lapis dinding yang terdiri daripada cahaya. Bila aku melihat kepada lapisan cahaya yang paling luar, aku pasti terbakar ”. (Hadith Riwayat at-Tabrani).

Dengan hadis ini, ternyata bahawa manusia tidak dapat melihat Allah. Bagaimana pun banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang beriman akan diberi kesempatan di akhirat untuk melihat Allah. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 22 dan 23:

Maksudnya: "Pada hari akhirat itu, muka (orang yang beriman) berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya”.



Sumber Jakim...




Daripada :
Ustaz Hanif Bin Hashim
Imam Masjid al-Hikmah
UiTM Cawangan Melaka

SUMBER
 
Last edited:
Salam. Ini sahaja yang mampu hamba membantu rakan-rakan daripada mempercayai cerita rekaan KRISTIAN yang ingin menyesatkan ummmah. Jika perlukan maklumat lanjut boleh bertanya Ustaz2 yang layak.Hamba bukan Alim Ulama.
 
sapa yg kata pernah melihat Allah mmg patut kena pelempang...mata manusia di dunia tidak mampu utk melihat Allah dan Allah hanya boleh di lihat selepas manusia itu mati..

Dlm hadis sahih yg di riwayat kan oleh Aisyah pun berkata Rassullah tidak melihat Allah dan ada hadis sahih juga berkata Rassullah ada melihat Allah tetapi dgn mata hati bukan dgn mata nya..
 
Back
Top
Log in Register