BTC USD 69,127.8 Gold USD 2,334.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shamsul Ghau Ghau ditauliah mengajar Al-Quran di Selangor

Sponsored Post

tenor.gif
 
Macam mana nak mohon tauliah ni ye? Apa syarat kelayakan?

Kaedah Permohonan Tauliah
1.

Isi borang Permohonan Tauliah Mengajar di Negeri Selangor LAM/BDP/04-01 dengan lengkap (Borang ini boleh diperolehi dari Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Selangor atau di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor.
2. Pemohon hendaklah melampirkan 2 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan kad pengenalan dan 1 salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
3.

Borang permohonan tersebut hendaklah disokong oleh 2 orang saksi yang mengenali diri pemohon dan mendapatkan ulasan oleh Pegawai Agama Islam Daerah.
4. Serahkan borang tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.
5. Pemohon akan dipanggil oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor untuk sesi ujian bertulis dan temuduga.
6. Keputusan sama ada pemohon layak untuk diberikan tauliah atau tidak hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah MAIS setelah pihak Jawatankuasa bersidang dan berpuas hati dengan kelayakan, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta melepasi tapisan keselamatan.


** Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-55143513 (Urusetia Tauliah)

Kategori Tauliah

Tauliah ini diberikan kepada pemohon yang layak mengikut kategori tertentu. Pengeluaran tauliah ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Kategori Tauliah adalah terbahagi kepada 4 iaitu :
Kategori D 1 : Tauliah Mengajar / Berceramah
Kategori D 2 : Tauliah Mengajar Fardhu Ain
Kategori D 3 : Tauliah Mengajar Al-Quran
Kategori D 4 : Tauliah Khas (Contoh : Perbandingan Agama / Perbankan Islam / Motivasi)



Garis Panduan / Kewajipan Pemegang Tauliah
1.

Memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' dan Qias dan tidak membawa fahaman / ajaran salah.
2. Berakhlak mulia dan amanah.
3.

Menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah s.w.t.
4. Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.
5. Mematuhi undang-undang Negara atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jawatan kuasa dari semasa ke semasa.
6. Mendapat sokongan berceramah dari Ketua Jabatan / majikan masing-masing ; dan
7. Tidak boleh menyentuh mana-mana parti politik.



Pembaharuan Tauliah Mengajar Di Negeri Selangor
1. Tempoh sah laku kad tauliah selama 5 tahun sahaja.
2. Permohonan Pembaharuan Tauliah mestilah dipohon 6 bulan sebelum tamat tempohtauliah tersebut.
3. Borang Pembaharuan Tauliah boleh diperolehi dari Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda atau Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor.
4.

Setiap permohonan hendaklah disertakan butiran berikut :


2 keping gambar berukuran pasport
1 salinan kad pengenalan
1 salinan kad tauliah asal
1 salinan sijil yang telah disahkan (jika ada penambahan)



Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah

Sesiapa yang mengajar / berceramah tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi 3 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.Walaubagaimanapun Seksyen ini tidak diguna pakai bagi individu yang mengajar / berceramah di kediamannya sendiri untuk anggota keluarganya.



Tempoh Sah Tauliah

Sesuatu tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa, adalah sah selama tempoh tidak melebihi daripada 5 tahun.

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Tauliah mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan lebih awal tempoh tauliah tersebut.

Pemegang tauliah perlu membuat permohonan untuk memperbaharui tauliahnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tauliah berkenaan.

Jika permohonan dibuat selepas tarikh tauliahnya tamat, permohonan itu adalah dianggap sebagai permohonan baru.

sumber - http://tauliah.jais.gov.my/

boleh apply sini - http://tauliah.jais.gov.my/apply/borang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register