TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
ADA pengguna lebuh raya yang terpaksa membuka pintu kereta kerana jarak pembaca kad Touch n Go yang jauh berikutan kewujudan palang besi.
KAD Touch n Go perlu disentuh pada keseluruhan panel bagi membolehkan ia dibaca.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Usaha kerajaan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) di setiap plaza tol di lebuh raya sememangnya harus dipuji kerana dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.
Bagaimanapun, penggunaan ETC itu tidak menunjukkan kejayaan seratus peratus ekoran daripada alat pembaca ‘Touch n Go’ yang kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa plaza tol di lebuh raya sekitar Lembah Klang mendapati pengguna terpaksa menyentuh dua atau tiga kali pada alat tersebut sebelum dapat meneruskan perjalanan.
Kekangan itu menyebabkan barisan panjang kereta walhal situasi tersebut dapat dielakkan jika ia berfungsi dengan baik.
Berdasarkan pemerhatian, pengguna juga sering mengalami masalah apabila jarak kenderaan dengan alat pembaca itu jauh.
Ada kalanya, sesetengah pemandu bertubuh kecil terpaksa mengundurkan kenderaan serta mencari jarak yang sesuai atau membuka pintu kereta untuk menyentuh kad Touch n Go.
Masalah sedemikian timbul apabila alat pembaca berada agak jauh ke belakang dan menyukarkan orang ramai untuk menggunakannya.
Pemandu risau kereta mereka akan bergesel dengan palang yang berada di tepi sekiranya memandu secara dekat ke bahagian sisi lorong berkenaan.
Oleh itu, elok sekiranya kedudukan pembaca ‘Touch n Go’ diubah mengikut kesuaian agar operasi tol secara ETC lebih lancar dan menepati sasaran ditetapkan.
http://www.utusan.com.my/berita/wil...enyukarkan-orang-ramai-1.497141#ixzz4lMYellRl