TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Lembu baka Charolais bernilai RM14,000 yang akan dikorban pada hari raya kedua di Kampung Losong Dato Amar, Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu: “Saya berasa gemuruh, tetapi pada masa sama tidak sabar untuk bergotong-royong menyembelih lembu baka Charolais seberat satu tan pada hari kedua Aidiladha,” kata Mohd Syafiq Ghazali, 26, dari Kampung Losong Dato Amar, di sini, semalam.
Lembu Charolais berusia tiga tahun berharga RM14,000 itu antara 18 ekor lembu yang akan dikorbankan penduduk kampung berkenaan yang diuruskan Badan Ukhwah Darul Iman (BUDI) Losong bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, esok.
Mohd Syafiq berkata, dia berasa bertuah kerana berpeluang mengambil bahagian dalam proses penyembelihan lembu korban terbesar itu, sekali gus memperoleh ilmu dan pengalaman.
“Peluang untuk turut sama menyembelih lembu bersaiz besar tidak selalu diperoleh kerana kebiasaannya hanya lembu kampung yang disembelih pada Aidiladha.
“Biarpun sedikit cemas kerana dibimbangi lembu Charolais itu naik minyak dan hilang kawalan, namun saya tetap berasa gembira kerana sepanjang sembilan tahun terbabit dalam gotong-royong sempena Aidiladha, ini kali pertama membabitkan lembu bersaiz besar,” katanya.
Menurutnya, lembu itu dijual dengan harga RM2,000 satu bahagian dengan anggaran jumlah daging 50 kilogram untuk setiap bahagian.
“Penyembelihan lembu bersaiz besar seperti itu sepatutnya dijalankan pada Aidiladha setiap tahun kerana mempunyai jumlah daging yang banyak.
“Biarpun sedikit mencabar untuk diuruskan kerana saiznya tiga kali ganda lebih besar berbanding lembu biasa, namun ia akan memeriahkan lagi suasana Aidiladha selain memberi lebih manfaat kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BUDI Zulfadli Hassan berkata, kebiasaannya pihaknya menguruskan 15 hingga 20 ekor haiwan korban secara sukarela di kampung berkenaan setiap tahun dan membuat kelainan pada tahun ini apabila menyembelih lembu Charolais terbabit.
“Lebih 10 golongan muda akan turut sama bergotong-royong menguruskan 18 ekor lembu yang akan dikorbankan oleh penduduk setempat.
“Gotong-royong kali ini lebih meriah kerana membabitkan lembu bersaiz besar. Ia secara tidak langsung menarik lebih ramai penduduk setempat untuk hadir pada hari penyembelihan, sekali gus dapat memeriahkan lagi proses korban itu,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/node/165938
Lembu Charolais seberat satu tan selamat dikorbankan
![]()
LEMBU baka Charolais seberat satu tan berharga RM14 ribu menjadi tumpuan penduduk kampung dan orang ramai sebelum dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha ke dua di Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu. - Foto Rozainah Zakaria
KUALA TERENGGANU: Seramai hampir 1,500 orang membanjiri Kampung Losong Dato Amar, di sini, bagi menyaksikan proses penyembelihan lembu baka Charolais seberat satu tan, hari ini.
Orang ramai membabitkan penduduk setempat dan pengunjung dari luar dilihat mula membanjiri tapak penyembelihan itu seawal jam 8 pagi.
Pengerusi Badan Ukhwah Darul Iman (BUDI), Zulfadli Hassan, berkata pihaknya menganggap ia sesuatu yang luar biasa apabila melihat orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan ibadat korban itu dijalankan.
Katanya, sejak 10 tahun penubuhan BUDI ,yang menjalankan kerja sukarela di kampung berkenaan, ini kali pertama orang ramai begitu teruja menyaksikan proses itu dijalankan.
"Alhamdulillah, proses penyembelihan lembu Charolais berusia tiga tahun itu selamat dijalankan tanpa sebarang masalah kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
"Sekarang, gotong-royong untuk pembahagian daging lembu itu masih dijalankan dan ia akan diagihkan kepada penduduk sekitar kampung ini," katanya ketika ditemui selepas proses penyembelihan itu siap dijalankan, di sini.
Difahamkan, daging lembu seberat satu tan itu mampu diagihkan kepada kira-kira 2,000 penduduk di kawasan ini.
http://www.bharian.com.my/node/192337
KUALA TERENGGANU 13 SEPTEMBER 2016. Lebih kurang 1500 orang ramai hadir untuk melihat seekor lembu baka Charolais seberat satu tan berharga RM14 ribu dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha ke dua di Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu. NSTP/ROZAINAH ZAKARIA
![]()
![]()
ORANG ramai teruja melihat lembu besar seberat 1 tan yang akan di korbankan di Kampung Dato' Amar, Losong, hari ini. Dianggarkan lebih kurang 1,000 pengunjung yang datang dari pelbagai daerah dan negeri semata untuk melihat lembu gergasi itu yang menjadi viral di media sosial sebelum ini. Lembu jenis baka Charolais yang berasal dari Perancis berharga RM14,000 dengan nilai RM2,000 setiap bahagian bersaiz tiga kali ganda dari lembu tempatan. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
![]()
PETUGAS mengasingkan dan membahagikan tujuh longgok daging lembu jenis Charolais dengan purata 70kg setiap bahagian diperoleh ketika majlis korban di Kampung Losong Dato' Amar hari ini. Lembu gergasi dari Perancis seberat satu tan berharga RM14,000 dengan nilai RM2,000 setiap bahagian. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wil...rban-lembu-sado-1.382364#sthash.oNAVQdYP.dpuf