BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS TMJ: Tentang Kelab EPL tak bawa manfaat

redwed

Banned
Messages
498
Joined
Jul 13, 2013
Messages
498
Reaction score
98
Points
20
image.jpg


KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspurs, di Stadium Shah Alam pada 27 Mei ini tidak membawa manfaat kepada skuad bola sepak kebangsaan.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berpendapat perlawanan itu tidak memberikan faedah kepada skuad Harimau Malaya dalam menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 pada Jun ini, selain ia dikatakan memberi keuntungan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur perlawanan.

"Pertama sekali, ia tidak membantu ranking dunia kita dan keduanya, ia tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain.

"Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ia boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking," kata baginda dalam entri pasukan Johor Darul Ta'zim, Johor Southern Tigers, di laman Facebook semalam.‎

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, penggunaan pemain import dalam pasukan Pilihan Malaysia dijangka dapat meningkatkan prestasi pasukan negara pada perlawanan itu nanti.

Perlawanan itu turut dikritik penyokong bola sepak tempatan di laman sosial yang mendakwa ia tidak memberi manfaat terutamanya dalam meningkatkan ranking bola sepak Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-166 dunia. - Bernama
 
haha..

tahniah tuanku..kerna tuanku lebih bijak menilai...

ntah apa yg d kejar vs team epl...
 
utk gelemer je boleh dpt...lain2 dr tu takde
 
walau ramai kutuk dia...tapi aku suka cara dia dalam isu bola sepak negara... pilihan yang tepat mengganti presiden fam sekarang...

dari awal2 lagi dah bagitau.. beliau takkan duduk di kerusi presiden FAM.

persatuan bola negeri2 lain senyap je ka... :D
 
walau ramai kutuk dia...tapi aku suka cara dia dalam isu bola sepak negara... pilihan yang tepat mengganti presiden fam sekarang...

dia ajer leh kritik2 presiden..yg lain buat, mau kena buang. Anak Sedara kritik pak sedara atau sepupu dari pahang, payah nak kena tindakan.
 
rmi yg kritik sbb spurs tak rmi fan..fan spurs kbykan yg dah berumur.
cuba team lain cm liverpool,chelsea,man u n arsenal..rmi tak yg kritik..hehe

tp btolla ape yg tmj tu ckp..tak bawak faedah pon kacawali utk dana fam semata2
 
Back
Top
Log in Register