BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Nusantara: biasa dibaca rugi tak dikaji …

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
Berikut adalah beberapa penulisan yang TokCu petik dari beberapa buah blog

Tujuannya aialah supaya sejarah yang ada di depan mata dapat dikaji sebaiknya

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak akan terperanjat kenapa rakyat Indonesia begitu ekstrim sekali memakan hasutan pihak luar

supaya Malaysia dan Indonesia tidak akan bersatu sampai akhirnya ...



>Sejarah Nusantara: Indonesia dan Malaysia Telah Lupa!
>


Sebagai mahasiswa, Penulis ingin mengekspresikan perasaan sedih dan kecewa dengan perkembangan mutakhir ini yang telah mengakibatkan ketegangan antara dua negara terbesar di Nusantara ini iaitu Indonesia dan Malaysia. Marilah sama-sama kita memperingati SEJARAH BAIK antara dua bangsa serumpun ini:

Sesungguhnya kita semua ini SERUMPUN dan SEAKIDAH (majoriti umat Islam). “Tidak halal darah seseorang muslim kecuali sebab tiga hal: karena membunuh jiwa, seorang janda/duda berzina dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri dari jamaah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



1) Kita semua lupa bahawa suatu masa dahulu, ketika serangan bangsa Siam hampir meranapkan tamadun Melayu (Kerajaan Langkasuka) di Tanah Semenanjung, armada Majapahit di bawah Mahapatih (Perdana Menteri) Gadjah Mada telah berjaya menghalau tentera Siam dari merentasi lautan untuk menakluk Pulau Jawa. Angkatan tentera Majapahit telah mengejar bangsa Siam kembali ke Tanah Semenanjung sehinggalah Mahapatih Gadjah Mada bertemu dengan orang Langkasuka yang telah terkepung oleh penjajahan Siam di Patani (pusat asal Langkasuka ketika itu). Pada tahun 1357, bersama-sama kita bergabung kekuatan berperang menentang Kerajaan Siam sehingga kita semua berjaya pula menakluk Kota Ayudthaya dan mendudukinya buat sementara waktu.



2)Kita lupa bahawa setelah itu, kerajaan Majapahit mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Langkasuka (yang ketika itu telah membentuk Empayar Chermin) sehingga Mahapatih Gadjah Mada menggelarkan Jiddah (sebuah kawasan dalam kerajaan Langkasuka-Chermin di Kelantan) sebagai Majapahit Barat.



3) Kita lupa bahawa Empayar Chermin (Koalisi kerajaan Samudra Pasai-Langkasuka-Champa) telah menghantar rombongan Diraja bersama ulama-ulama untuk membawa syiar Islam kepada Empayar Majapahit sebagai membalas budi terhadap pertolongan Majapahit kepada Langkasuka-Chermin dalam menentang Kerajaan Siam Ayudthaya. Dari sinilah lahirnya sebilangan wali-wali Songo yang berdakwah sekitar Pulau Jawa dan Nusantara. Para alim ulama kita mempunyai pertalian darah dari pelbagai tempat di Nusantara ini. Keturunan mereka tersebar di Malaysia dan juga Indonesia. Dan kebanyakan dari mereka masih meneruskan usaha DAKWAH hingga kini.




4) Kita telah lupa bahawa Raja Langkasuka-Chermin, Sultan Iskandar Shah (Kemas Jiwa) telah bernikah dengan Ratu Majapahit yang bernama Suhita, iaitu cucu kepada Raja Majapahit yang teragung, Hayam Wuruk pada tahun 1427. Sultan Iskandar Shah rela meninggalkan tanah airnya (Kelantan) demi bersama permaisurinya di Pulau Jawa. Demi cinta jualah, baginda telah menukar namanya kepada nama Jawa iaitu Sang Ajit Jaya Ningrat dan dilantik sebagai Bentara (Raja) Majapahit pertama yang bukan berasal dari suku Jawa.



5) Kita lupa bahawa kebudayaan Langkasuka dan Majapahit tidak jauh berbeza hingga kini. Negeri Kelantan, Terengganu dan Melayu di Selatan Thailand sehingga kini terkenal dengan pembuatan kain batik, keris, bermain wau bulan, songket, wayang kulit, serta masih ada yang mengamalkan budaya pra-Islam yang hampir sama dengan asas kebudayaan orang Jawa (Majapahit).



6) Kita lupa bahawa Sultan Iskandar Shah (Sang Ajit Jaya Ningrat) sebagai Bentara Majapahit ketika itu telah kembali ke Kelantan bersama perajurit-perajurit Majapahit apabila bangsa Siam datang menyerang lagi setelah berjaya menakluk Temasek (Singapura) pada tahun 1401. Baginda seterusnya mendeklarasikan Kelantan sebagai Majapahit II (1432-1502) dengan Kota Mahligai di Bachok sebagai ibu kotanya. Maka Empayar Chermin secara tidak langsung telah diserapkan ke dalam sfera pengaruh Empayar Majapahit.

Janganlah kita saling memperendahkan antara satu sama lain. Kita semua sama di sisi Tuhan kecuali kepada mereka yang beriman. Bahasa, budaya, pakaian, makanan bahkan soal perasaan dan kasih sayang kita tetap sama sebagai satu umat dari keturunan yang sama.



7) Kita lupa bahawa anak saudara Sultan Iskandar Shah yang mempunyai nama Jawa iaitu Pateh Aria Gajah, seorang menteri Majapahit II akhirnya menjadi wakil (gabenor) kerajaan Majapahit di Patani (Selatan Thailand kini) setelah Kerajaan Majapahit II (Kelantan) dilumpuhkan oleh Kerajaan Siam Ayudthaya pada tahun 1467. Sehingga ke hari ini Keris Kebesaran Sultan Kelantan bernama keris Majapahit.



8) Kita sama-sama lupa bahawa sebelum itu, kita telah pun menghadapi musuh dari luar Nusantara iaitu serangan Kerajaan Tamil Chola yang datang mengganas menakluk Sumatera dan Kerajaan Kedah Tua (Kedah Zamin Duran) di Semenanjung Tanah Melayu sehingga melemahkan Empayar nenek moyang kita, Srivijaya pada tahun 1025. Keretakan Srivijaya inilah yang memunculkan dua kerajaan besar yang terpisah secara geografi iaitu Majapahit dan Langkasuka.



9) Kita lupa pula bagaimana kedua-dua rumpun Nusantara kita ini dijajah oleh bangsa Harbi Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga menghilangkan maruah KETUANAN di tanah sendiri dan menganggu usaha DAKWAH para mujahid Islamiyyah kita di Nusantara ini. Ramai yang telah syahid dalam mempertahankan HAK, IMAN, dan KETURUNAN dalam JIHAD menentang para penjajah ini.



10) Kita lupa bagaimana pencerobohan tentera Jepun (Jepang) ketika Perang Dunia Kedua telah menjadikan hidup bangsa kita di Nusantara ini bertambah MELARAT, dan ada yang telah dibunuh dan diseksa dengan KEJAM!



11) Ramai juga yang telah lupa bagaimana kebangkitan KOMUNISME di Asia Tenggara ini telah mengancam pegangan akidah kita, ada yang membunuh kaum kerabat diraja dan ulama kita yang tidak berdosa. KOMUNIS telah memperhambakan pribumi kita melalui ideologi asing yang digerakkan oleh proksi HARBI yang bersifat autokratik, kononnya atas nama menentang penjajahan. Sekali lagi kita semua tertipu dengan mainan pengaruh luar yang membutakan hati kita.



12) Kita lupa bagaimana bangsa kita telah dipecahkan cara berfikir, cara hidup, mentaliti, pendidikan, persepsi AGAMA, konsep kenegaraan hanya selepas beratus-ratus tahun dijumudkan dengan penjajahan BARAT ini. Kita lupa bahawasanya, kita masih lagi belum merdeka atau menjadi TUAN sebenar di tanah air sendiri kerana terpaksa berkongsi hidup dengan “sisa-sisa” penjajahan yang masih mengawal segala perihal EKONOMI dan jaringan antarabangsa kedua-dua negara hingga kini.

Betapa JAHIL dan TAKBURnya kita kerana tidak pernah INSAF dalam memahami dan menghayati hikmah perjuangan DAKWAH dan JIHAD para ulama Nusantara kita dahulu yang rela berkorban nyawa menyampaikan hidayah Allah demi penyatuan kita semua dalam satu AKIDAH. Janganlah hanya kerana kekaburan maka kita semua cepat menginginkan PERANG!



Semoga peringatan di atas ini dapat menjadi renungan antara dua bangsa serumpun dan seakidah (majoriti Islam), janganlah kita lupa SEJARAH, AGAMA ISLAM dan PERTALIAN KEKELUARGAAN antara kita semua. Waspadalah kita dengan FITNAH akhir zaman oleh agenda NEW WORLD ORDER yang dipelopori oleh gerakan Freemasonry, Illuminati dan Zionisme Antarabangsa. Mereka semua itu adalah proksi MATA SATU yang hanya menanti untuk muncul tidak lama lagi. Kita semua akan diperhambakan Yahudi-Zionist sebelum kedatangan Imam Mahdi, wallahualam…


http://www.facebook.com/note.php?note_id=56953608428
http://melayuonline.com/ind/news/read/5250
http://faizn.blog.friendster.com/2006/08/langkasuka-the-lost-malay-civillization/
http://www.royalark.net/Malaysia/kelantan.htm

sumber cedokan: http://tambako.wordpress.com/page/3/


Jom kita sama-sama bincang hubungan Tanah Melayu dan Tanah Jawa ini secara ilmiah ...
 
Last edited:
Walisongo: Kaitan Empayar Chermin dengan Tanah Jawa
Posted by: faizn in From the lost Malay Kingdom of Champa



Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.



Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.



Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).



Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengahwini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.



Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Sayyid Barakat Zainul Alam (bapa Maulana Malik Ibrahim, pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.



Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.



Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Sayyid Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Sayyid Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)



Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya, Sayyid Nik al-Fathani, menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.



Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.



Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.



Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Tahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.



Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.



Mkl

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara



Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.



Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.



Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.



Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.



Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.



Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.



Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.



Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.



Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.



Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.



Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).



Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.



Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.



Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.



Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.



Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.



http://sejarahmelayupurba.blogspot.com/2010/06/walisongo-kaitan-empayar-chermin-dengan.html
 
Last edited:
” The controversy over the true location of Sri Wijaya arises because of the fact that after the death of Maharaja Sri Jayanaga around 692, during the mission to capture Jawa Island, Sri Wijaya seems to have been divided into two states. The eldest son Maharaja Dipang ruled over Amdan Negara, that is, the Malay Isthmus, probably Kelantan/Kedah. The second son, Maharaja Dhiraja, ruled the islands (Sumatera and other islands of the Indonesian archipelago), based at Palembang. After the division into east and west, the name of Sri Wijaya remained in Sumatera, but on the Malay peninsula, a poetic title emerged for the Kelantan/Kedah area, namely, Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land). This title is still found in traditional performing arts such as Mak Yong dance, Wayang Kulit puppet theatre, etc. By 730 the capital of Sri Wijaya in Sumatera moved from Palembang, known as Langkapura, to Kota Mutajap near the river mouth of Jambi in Sumatera.




It is reasonable to speculate that some elements of the Sri Wijayan culture originated in Sumatera, but later spread to other parts of South East Asia from Kelantan/Kedah. Yawakoti meaning Jawa Point, is situated at Bukit Panau hill along the upper Kelantan river near Pergau; some believe this place to be from which Jawanese politics and culture spread out. Jawa Duipa, an ancient name for Kelantan means Tanah Jawa (“land owned by the Jawanese”), or Kawasan Jawa (“Jawanese area”).




Al Tabari states that the word Jawa or Jva was used more widely in ancient times. Jawa in those days meant “Jawanese culture” (i.e. Malay culture), including its centres on the Isthmus, as compared to now when Jawa only refers to Jawa Island in Indonesia. According to one tradition, the Jawanese moved down from Kemboja and spread out to the archipelago.”



Gajah Mada is a mysterious historical figure. No historical records about his origin, there’s no tomb to commemorate his magnificent achievement.
He’s probably the only Majapahit historical figure quite unknown where he’s born and where he died. But his legacy, the unified archipelagic empire of Majapahit is quite is the testament of his ambition and genius vision, a bright politician and warrior. Majapahit as the ancient incarnation of modern Indonesia stay forever as inspirations, source of pride and dignity for Indonesian.


According to books and articles I’ve reads here’s the speculations about his origin:


” Using animal name as people name is quite common in ancient Java, Lembu Tal, Kebo Ijo, Kebo Anabrang, Mundingwangi Dikusumah, Ciung Wanara, Mahesa Cempaka, etc. Gajah (means elephant) is known in ancient Java, In Borobudur relief we can find the image of Elephant, probably back then there’s an original Javanese elephant sub-species, but if not it’s possible to import them from Sumatra, since ancient Indonesian ship quite reliable to transport large things. But Gajah is abundant in Sumatra up until now. So the speculations arose.



Gajah Mada probably Malayu or Srivijayan origin, but since young he serve Javanese Majapahit special forces (Bhayangkara, the royal guard).



This theory probably based after the congquest of Malayu by Singhasari. The Pamalayu expedition led by King Kertanegara conquer the court of Malayupura (now Jambi), part of Srivijayan empire that already weaken. Malayupura once stood as rival for Srivijaya before Srivijaya conquer it. Then as Srivijaya weaken, Malayu began to be more important and enjoy certain degree of independence.



This conquest (some says alliance, cause Kertanegara gave gift for the people of Malayu, a huge 6 metres statue made in Java, then transport it to Sumatra) brough many royalties (princess of Malayu like Dara Jingga and Dara Petak), scholars, Buddhist priest (Dharmaputras), artisans, warriors, etc, to Javanese courts. Gajah Mada vast knowledge about various kingdoms, islands, and area around archipelago probably due to Srivijayan knowledge, is he Malayu soldier, that’s why he really know his way when he launch naval attack to Srivijayan capital like he’s ever been there before.”
 
Last edited:
tak sangka zaman purba kelantan dan jawa ada hubungan.
ingat kelantan ada hubungan dengan siam,segenting kra,patani je.
 
saya dah klik butang thanks khas untuk tok cu
 
tak sangka zaman purba kelantan dan jawa ada hubungan.
ingat kelantan ada hubungan dengan siam,segenting kra,patani je.

nusantara adalah negeri yang bersaudara
negeri2 yang kuat dan mempunyai hubungan
persaudaraan dan politik yang kukuh ialah
Champa, Pasai, Palembang, Chermin (Kelantan & Patani)
Melaka, Jawa sehinggalah Mindanao dan Bruni (Sabah, Sarawak & Kalimantan)
 
Den pun...minat baca dan memahami susur galur kita dulu...kalau dapat link terus ke Nabi Adam...

susur galur salasilah tu penting juga

tetapi sejarah jatuh bangun itu lebih penting untuk difahami
sebab kecelaruan sejarah itulah yang memudahkan kita dieksploitasi
dengan bermacam cara dan kaedah yang menyakitkan ...
 
Back
Top
Log in Register