BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor umumkan 6 Mei cuti umum

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin ini, 6 Mei sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan semua rakyat di Selangor yang pulang mengundi di kampung pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian hari kelepasan itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9, yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.

"Kerajaan Selangor berharap hari pelepasan am ini digunakan sebaik mungkin untuk pengundi pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. - Bernama
 
Rakyat selangor dihargai...:D
 
ada lagi ker MB, bukan dah bubar ker? :-?:-?:-?
 
Tgh tgu respon bos aku.. cuti ke x.. huhu
 
Untung orang selangor..

aku keje KL...
 
Back
Top
Log in Register