BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bergolongan Dalam Agama Adakah Sesat ???

Adakah Anda Masih Bergolongan Dan Bangga Dalam Golongan Anda ?


  • Total voters
    0

Putera Duyung

Fun Poster
Messages
695
Joined
Apr 23, 2012
Messages
695
Reaction score
13
Points
15
Salam Warga CG,

Sebelum Memilih Poll Harap Baca Dahulu Firman Allah Dalam Terjemahan Al Quran Ini;


Al Mu'minuun 23:52-54.
Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). 54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.

Penjelasan ayat diatas:
Orang yang bergolongan dalam agama seperti yang diterangkan dalam ayat diatas SESAT sehingga hari kiamat, maksudnya selagi seseorang itu duduk dalam golongan maka selama itulah seseorang itu sesat. Jika ia mati dan masih dalam golongan maka kematiannya dalam kesesatan. Mohon dijauhkan Allah........
Ayat diatas bukan sahaja ditujukan kepada umat-umat terdahulu malah ianya ditujukan kepada umat islam itu sendiri agar umat islam tidak melakukan seperti mana umat2 terdahulu perbuat...........


Terjemahan Surah Ar Ruum
30-32. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

Penjelasan ayat diatas;
Perhatikan perkataan ”kamu” yang diboldkan (tebalkan) adalah merujuk kepada orang2 yang beriman iaitu dari ayat sebelumnya (bertaubat, bertakwah dan bersholat). Mereka yang beriman dilarang memecah-belahkan agama menjadi beberapa golongan kerana ianya adalah perbuatan (syirik) menyekutuhkan Allah.


Terjemahan Surah Al An'aam 6:65.
Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.

Penjelasan Ayat;
Frasa bencana satu sama lain dalam ayat diatas sangat jelas apa yang berlaku pada umat islam dari dahulu hingga kini tanpa akhirnya, dimana golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah,Wahabi dan sebagainya sentiasa bertelagah dan saling menuduh golongan lain sesat, apakah ini bencana atau azab dari Allah kerana bergolongan dalam agama ?


Al An'aam 6:159.
Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.

Penjelasan Ayat;
Nabi Muhammad pun bukan sebahagian ahli dari setiap golongan yang wujud. Maksudnya Nabi bukan ASWJ, Syiah dan sebagainya dengan erti kata lain nabi tidak duduk mana-mana golongan golongan dalam beragama.

KESIMPULANNYA: Dari ayat2 diatas, umat islam yang bergolongan dalam agama, tak kiralah Sunnahke, Syiahke, Wahabike dsbnya bukan sahaja SESAT malah MENYEKUTUHKAN ALLAH.

Poll: Setelah membaca dan mengetahui amaran Allah dalam ayat2 diatas, masih mahukah lagi anda duduk dalam golongan anda ?

Ya
Tidak

Kalau boleh kongsikan sebab2 pilihan anda tersebut.

Terima kasih. Salam
 
Last edited:
Wassalam,

jangan taksub dan melabel....ini yang penting...

kadang2 golongan yang terlalu mengatakan mereka adalah golongan yang tidak mengikuti mana2 golongan juga adalah satu jenis golongan....

moga kita semua dikurniakan syurga....amin...
 
Last edited:
takkan tu jer.. apa pendirian TT..

Dalam negara kita ini, rasa2nya kita semua dididik dari kecil bahwa kita adalah ahli sunnah wal jamaah dan fahaman itu yg kita pegang..... begitu juga dgn saya namun setelah mengetahui adanya ayat2 Allah yang melarang bergolongan dalam agama yg saya rasa selama ini tidak diketengahkan oleh pembesar2 agama (ulama, ustat, ustazah dsbnya).......

Maka saya kini bukan sesiapa dalam mana2 golongan seperti mana baginda Nabi dan para sahabat baginda...... mungkin ramai antara kita yg bangga sebagai ahli sunnha waljamaah namun berapa ramai kita yang tahu siapa pengasas ahli sunnah waljamaah... :-?
 
Dalam negara kita ini, rasa2nya kita semua dididik dari kecil bahwa kita adalah ahli sunnah wal jamaah dan fahaman itu yg kita pegang..... begitu juga dgn saya namun setelah mengetahui adanya ayat2 Allah yang melarang bergolongan dalam agama yg saya rasa selama ini tidak diketengahkan oleh pembesar2 agama (ulama, ustat, ustazah dsbnya).......

Maka saya kini bukan sesiapa dalam mana2 golongan seperti mana baginda Nabi dan para sahabat baginda...... mungkin ramai antara kita yg bangga sebagai ahli sunnha waljamaah namun berapa ramai kita yang tahu siapa pengasas ahli sunnah waljamaah... :-?

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0
 
Seperti mana terjemahan ayat2 diatas.... Allah larang bergolongan dalam agama. Itu yg saya faham..... :D

tafsiran camni general sangat.... selagi golongan/mazhab tak berpecah dari segi Aqidah, kira masih belum sesat lagi tuh. wallahualam.
 
aku tak cukup ilmu nak berbahas tajuk nih.. tp tak silap aku... tt nih geng2 mcm papabaik tu ek?
 
perrghh...TT da jadi open minded dlm agama.. cuba ikut mazhab kamal artatuk confirm TT dpt tau lbh mendalam kot..cuba la
 
Back
Top
Log in Register