BTC USD 81,412.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa Allah Tidak Makbulkan Doa Kita

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
Salam...

Macam dah ada artikel ni kat sini..
tapi sbb aku baca baca, aku post la jugak..
anggap jek sebagai refreshment... :D

------------------------------------------

Kenapa Allah Tidak Makbulkan Doa Kita

dari Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa oleh admin


Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…

Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.


Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.

Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…

Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.

Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita

Yakin sahaja kepada Allah…dan berusaha.. jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut

Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.

Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


Posted @ www.isuhangat.net.
 
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

awww sgt sweet..
Allah works His way mysteriously.. :)
 
tq bro...tersentuh je baca ni...
 
Thanks for this info TT..

Allah knows the best for us..
 
renung2 kan..n selamat beramal... :D
 
Kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita?

Doa adalah 'penyerahan'..bukannya 'tuntutan' atau 'arahan'..

Allah berjanji memakbulkan semua doa tetapi mengikut apa yang dikehendakiNya..bukan mengikut kehendak makhluk..

Kerapkali doa manusia berlawanan dari apa yg dipohonnya dari masa ke semasa..kerana manusia cuma nampak skop yg sgt kecil dari keseluruhan perjalanan hidupnya..

Bagi org2 yg mendapat rahmat..penghulu doa iaitu 'rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhiraati hasanah..' menjadi benteng segala doa yg lain yg mgkin boleh mendatangkan kemudaratan baginya..

Berprasangka baiklah pada Zat Yang Maha Mulia..

Mudah2an kita semua mendapat petunjuk..
 
Back
Top
Log in Register