BTC USD 82,920.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Gugurkan Kandungan

Adakah anda akan gugurkan kandungan?


  • Total voters
    0

ahib0205

Legendary Member
gem
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
746
Points
166
abortion.jpg


Apakah hukum menggugurkan kandungan di awal kehamilan (sekitar 2 minggu) kerana masih belajar dan tidak mampu utk membayar kos pengajian sekiranya menunda pelajaran selepas bersalin?
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.[1] Ini berdasarkan dalil:

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh 40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.[2] Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.
  • Makruh hukumnya.[3]
  • Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.[4] Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan ruh.[5]

Saya berpandangan – Wallahu a’lam – menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” (HR. Ahmad, Muslim)

Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , saya berpandangan – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)

Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, pada pandangan saya – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين



[1]Rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah, Hasyiah Ad-Dusuqi, Nihayatul Muhtaj, al-Furu’;al-Muhalla .

[2]Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin, Hasyiah ar-Rahuni , Nihayatul Muhtaj ,al-Furu’.

[3]Rujuk Jamie al-Fusulin , Fatawa Khaniyah , Hasyiah Ibnu Abidin , Nihayatul Muhtaj , al-Furu’ .

[4] Rujuk Ihya’ Ulumiddin

[5] rujuk Ahkam an-Nisa’



Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

sumber: http://muis.ismaweb.net/2011/01/hukum-menggugurkan-kandungan/

Redha Allah jauh lebih bermakna

:)cgrock
 
Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


sumber: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/255-hukum-gugurkan-anak-7-minggu.html

Baruku tahu semua hukum ni :D
 
daripada buang bayi baik p mati trus. berani buat tak berani tanggung
 
Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

sumber: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanit...-7-minggu.html

baru ku tau jugak
 
daripada buang bayi baik p mati trus. berani buat tak berani tanggung

:)

Fatwa Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggugurkan-kandungan-mangsa-yang-dirogol
 
Fatwa berkenaan perancangan keuarga :D



Keputusan:

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-12 yang bersidang pada 20 Februari 1977 telah membincangkan Rancangan Keluarga. Persidangan telah memutuskan bahawa Rancangan Keluarga mengandungi tiga bahagian, iaitu:
  1. Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalah haram.
  2. Mencegahkan beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang-orang perseorangan.
  3. Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang lain daripada (a) dan (b) di atas adalah harus.

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/rancangan-keluarga-2
 
kebetulan sgt, tadi family aku baru cerita pasal one of our jiran yg mengandung tapi anak dalam kandungan tiada tempurung kepala.....doktor suruh gugur......apa nak buat, kita hanya merancang, Allah S.W.T. yg menentukan segalanya.....tapi si suami taknak bini dia gugurkan.....
 
Back
Top
Log in Register