BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Autopost Blog - Teknik Pos Berita Secara Automatik Ke Blog Anda

ahrasis

Fun Poster
Messages
722
Joined
Dec 25, 2005
Messages
722
Reaction score
44
Points
20
Thread ini dibuka atas permintaan daripada thread Google Adsense 2. Ia bertujuan untuk mengajar cara-cara membuat auto post ke blog anda terutama di blogspot. (Wordpress pun boleh jugak). Ada yang kata ia bertentangan dengan TOS Google Adsense tapi setahu saya tidak. Boleh buka satu topik bincangkan perkara ni kalau nak. Jadi yang terbaik periksa dan kaji sendiri sama ada ianya bertentangan dengannya atau tidak. Bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk tujuan lain terutamanya pembelajaran kepada mereka yang berminat memahami sistem GOOGLE.


Bismillahirrahmanirrahim.

Inilah kaifiat atau cara-caranya:

1. Cipta akaun email di http://gmail.com (google mail).

Ini langkah permulaan. Mudah sahaja nak buat akaun gmail ni. Ikut jer arahan di atas skrin dan cipta akaun gmail anda. Kalau ada yang mahu tahu sama ada akaun email lain boleh dipakai atau tidak. Jawapan saya, untuk kemudahan melaksanakan auto pos ini, semua akaun email yang lain TIDAK BOLEH DIGUNAKAN (kecuali anda benar-benar mahir). Hanya akaun gmail sahaja yang saya tahu boleh laksanakan matlamat auto pos ini. Kalau anda sudah mencipta atau sudah memiliki satu akaun gmail, alhamdulillah, anda boleh terus ke melangkah ke langkah kedua.


2. Cipta satu akaun di http://www.blogger.com

Ini pun mudah sahaja ni. Pergi sahaja ke blogger.com di tab baru tanpa menutup tab gmail anda. Gunakan maklumat gmail anda untuk mendaftar di blogger.com. Mudah kan? Kalau sudah siap atau sudah memiliki akaun di blogger, alhamdulillah, sila teruskan ke langkah ketiga.


3. Buat satu blog di dalam http://www.blogspot.com

Biasanya kalau dah ada yang pertama dan kedua, yang ketiga ni sangat mudah. Pilih untuk mencipta satu blog dan bagi nama untuk blog tersebut. Ini dibuat daripada dalam blogger.com tetapi nama subdomain diakhiri dengan blogspot.

Pemilihan nama subdomain di blogspot agak leceh sedikit. Anda kena memilih nama subdomain yang unik yang belum pernah ada orang gunakan sebelum ini. Almaklumlah ada ramai orang guna blogpsot ni.

Seperkara lagi, untuk tujuan pembelajaran, saya suka nasihatkan supaya menggunakan nama subdomain atau domain baru.

Bila dah dapat nama subdomain tadi, blog anda dah siap untuk dipos atau dibentuk. Teruskan membentuk blog anda dengan tema yang anda sukai sesuka hati anda. Kalau anda nak cepat dan mudah, ambil sahaja apa yang sedia ada (default).

Kalau anda sudah siap bahagian ini atau sudah ada blog yang mahu anda gunakan terus, alhamdulillah, langkah setapak lagi ke langkah keempat.


4. Mencipta email bagi blog anda.

Inilah antara bahagian yang ditunggu-tunggu oleh semua. Ia juga adalah satu perkara yang mudah. Untuk tujuan ini, ia bergantung kepada interface lama atau baru. Saya terangkan mengikut interface lama.

Untuk interface lama, anda perlu ke tab [Settings]. Lepas tu, pilih [Email & Mobile]. Lepas tu, turun ke bawah sehingga di bahagian [Posting Options]. Di bawahnya ada [Email Posting Address] (Also known as Mail2Blogger).

Letakkan nama bagi alamat email untuk blog anda. Apa-apa sahaja. Buat masa ini pilih [Save emails as draft posts] dahulu. Ini untuk tujuan pengesahan yang akan diterangkan nanti. Bila dah siap jangan lupa simpan. Tekan butang [Save Settings] kat bawah sekali. Kini anda sudah bersedia untuk mengepos ke blog anda menggunakan email di alamat email tadi.

Kalau semua dah siap sedia atau anda dah sedia ada email ini, alhamdulillah, kita teruskan ke langkah kelima.


5. Cipta Forwarding Address.

Bahagian ini juga mudah. Masuk ke dalam akaun gmail anda. Di sana, anda perlu pergi ke butang [options] di sebelah penjuru kanan atas dan tekan butang tersebut. Anda akan mendapat beberapa pilihan. Cari tab [Forwarding and POP/IMAP] dan tekan untuk masuk.

Di bahagian pertama dalam tab ini adalah [Forwarding:]. Klik butang [Add a forwarding address] dan satu menunya pop up akan terbuka. Isi kotak di bawah [Please enter a new forwarding email address:] dengan emel daripada blog anda yang anda cipta dalam bahagian keempat tadi dan tekan butang [Next]. Anda akan dapati satu mesej dikeluarkan iaitu [A confirmation code has been sent to verify permission.]

Sekarang pergi ke laman blog anda dan periksa pos anda yang bertanda [draft]. Buka dan klik pautan yang disediakan atau copy dan paste pautan tersebut di browser anda. Anda akan mendapati bahawa emai tersebut telah disahkan untuk digunapakai bersama akaun gmail anda. Anda boleh juga salin kod pengesahan yang disertakan dan sahkan di dalam email anda.

Pastikan email blogger anda sudah benar-benar disahkan dan boleh digunakan di dalam email anda sebagai forwarding email. Alhamdulillah, kita sudah selesai di bahagian ini. Kita boleh melangkah ke langkah keenam pula.


6. Mencipta filter dalam email anda.

Bahagian ini juga mudah. Masuk ke dalam akaun gmail anda. Di sana, anda perlu pergi ke butang [options] di sebelah penjuru kanan atas dan tekan butang tersebut. Anda akan mendapat beberapa pilihan. Tab yang anda cari ialah [Filters]. Di sana, cipta satu filter baru bagi menapis email berita pilihan anda nanti dengan menekan butang [Create a new filter] di bahagian bawah sekali.

Letakkan alamat email ini di bahagian [From][email protected]. Untuk tetapan yang lain, kita bincangkan kemudian. Kemudian klik butang [Next Steps]. Di muka kedua ini, anda boleh pilih beberapa tetapan yang sedia ada. Yang penting ialah tetapan [Forward it to: ] dan simpan satu salinan dalam archive atau folder (anda boleh cipta folder ni kalau anda mahu). Ini yang anda wajib pilih. Selainnya, ikut kehendak anda.

Di bahagian [Forward it to: ] tadi, pilih alamat email blog anda di dalam kotak yang disediakan. Ia sepatutnya sudah ada dan sedia dipilih sekiranya anda telah melaksanakan langkah kelima tadi dengan betul. Akhirnya, tekan butang [Create Filter]. Alhamdulillah, filter asas anda telah selesai. Bolehlah kita maju ke langkah ketujuh pula.


7. Paparkan Email Serta Merta

Untuk bahagian ini pula, anda perlu ke akaun blogger anda terlebih dahulu. Seperti yang telah saya terangkan dalam bahagian keempat, kita akan mengikut interface lama. Sama seperti langkah keempat tadi, anda perlu ke tab [Settings]. Lepas tu, pilih [Email & Mobile]. Lepas tu, turun ke bawah sehingga di bahagian [Posting Options]. Di bawahnya ada [Email Posting Address] (Also known as Mail2Blogger).

Tukar pilihan asal anda daripada [Save emails as draft posts] kepada [Publish emails immediately]. Sekali lagi diingatkan jangan lupa simpan. Tekan butang [Save Settings] kat bawah sekali. Kini anda sudah di peringkat akhir untuk mengepos ke blog anda secara auto pos.

Kalau semua dah siap sedia atau anda dah sedia ada email ini, alhamdulillah, kita teruskan ke langkah ke lapan dan yang terakhir. Nota: Anda boleh abaikan langkah ketujuh ini sekiranya anda berniat untuk mengedit setiap auto pos sebelum diposkan ke blog anda. Ia akan disimpan sebagai "draft" sebagaimana asal selagi anda tidak membuat langkah ketujuh ini.


8. Cipta berita yang dikehendaki di http://www.google.com/alerts

Ini saya kira adalah bahagian akhir. Tahniah sebab anda sudah hampir berjaya melaksanakan auto pos ke blog anda. Kini anda hanya perlu ke Google Alerts untuk mendapatkan berita yang anda perlukan untuk auto pos ke blog anda.

Search query: <-- Isi keyword yang anda cari
Result type: Everything <-- Kalau boleh jangan pilih everything. Pecah-pecahkan.
How often: Once a day <-- Ini yang terbaik. Sekali sehari sahaja.
How many: Only the best results <-- Ini pun yang terbaik.
Deliver to: <-- Gunakan gmail anda bukan akaun email blogger anda. Ada sebabnya, nanti kita bincangkan.

Search query ialah bahagian terpenting dan anda perlu mahir dalam membuat carian google untuk pandai menggunakannya. Saya pun tak pandai. Jadi siapa-siapa yang pandai dan ada keywords yang bagus-bagus, kongsi-kongsikanlah bersama. Selainnya, kebijaksanaan anda juga. Tekan butang [Create Alert] untuk membolehkan auto pos dilakukan.

Aturcaranya adalah seperti berikut: Google cari berita ikut tetapan dan pilihan anda ==> Google email ke akaun gmail anda ==> Akaun gmail anda akan mengepos ke blog anda ==> Blog anda auto pos secara automatik.

Alhamdulillah. Anda sudah ada satu blog auto pos. Sekarang terpulanglah kepada anda bagaimana anda mahu memanfaatkannya. Doakan untuk saya terus dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk semua.
 
Last edited:
Mohon copy utk sharing di adsense-my.com
 
thanks tt susah nak cari benda macam ni dalam bahasa melayu khasnya.....
 
tq....so,ini leh generate income by klik ke?active adsense?
 
Subscribe dulu.....thanks sharing benda bermanfaat....
 
bagus infonya...blh cuba nnt
 
autoblog tak di index oleh google.
tapi sy nak test utk benda lain selain adsense.
 
Back
Top
Log in Register