BTC USD 61,059.6 Gold USD 4,272.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton lama lima pemilik setia akan bertukar wajah. Dapat sentuhan R3

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ek_04.1.jpg

Kereta Proton yang berjaya diberikan wajah baharu



SHAH ALAM 13 Sept. - Sebanyak lima pemilik kenderaan Proton yang setia berpeluang menukar wajah kenderaan lama masing-masing menjadi berprestasi tinggi dengan 'body kit yang menarik melalui penyertaan pertandingan Very Important Proton (VIP)', tahun ini.

Pertandingan VIP melalui laman sesawang www.protonVIP.com dikendalikan oleh unit R3, Bahagian Sukan Bermotor, Proton Holdings Bhd.

Pengarah Penjenamaan dan Pemasaran Kumpulan Proton, John Chacko berkata, pemilihan pemenang akan dilakukan melalui inisiatif pertandingan Very Important Proton (VIP) yang dijalankan secara dalam talian.

Beliau berkata, lima pemenang akan dipilih setiap bulan bermula Ogos sehingga Disember depan.

''Pertandingan ini merupakan ganjaran syarikat kepada pelanggan setianya sejak 26 tahun Proton ditubuhkan di negara ini,'' katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kenderaan Proton lama ditukar wajah kepada baharu di sini hari ini.

Penerima pertama bagi model contoh tukar wajah kenderaan lama Proton di bawah program VIP adalah seorang juruteknik sebuah kilang pengeluaran, Fadhly Hisham Roplay, 33.

Fadhly memenangi pertandingan itu melalui kisah menariknya bersama Proton Saga yang dimiliki sejak 19 tahun lalu.

Proses tukar wajah baharu Proton Saga Fadhly Hisham mengambil masa selama empat minggu.

Tambah Chacko, program VIP merupakan inisiatif permulaan di bawah unit R3.

Katanya, pihaknya akan mendapatkan maklum balas orang ramai dan pelanggan mengenai tukar wajah tersebut.

''Jika program ini mendapat sambutan menarik, kami mungkin mempertimbangkan sama ada untuk membuka tawaran tukar wajah kenderaan lama Proton secara berbayar kepada orang ramai,'' ujarnya.

Tarikh tutup penyertaan pada 28 Disember 2011 dan para peserta juga boleh mendaftar penyertaan melalui mengunjungi mana-mana cawangan Pusat Jualan dan Perkhidmatan Proton.
 
keke.. ingat letak engine mivec ke cps ke.
 
harap menjadi la..aku nak hantar sebijik...renew balik :D

tak da gambar luar dalam ke.
 
Ni rupa asal reta ni
Selepas projek...camni la jadinya

pergghh memang smart ni..dashborad pon baru.....aku nak gak, ada sebijik kat rumah ni keta bapak aku :((

dah lama pikir nak buat ubahsuai camni ala2 ovehaulin tapi tak tau mana tempat boleh buat..
harap2 la R3 ni buka untuk pemilik proton yang lain :((
 
Last edited:
kat umah aku pon ada sebijik nih.. proton taun 1985... 1st edition tu.... leh konbet R3 tu.. hahahha
 
gempak juga jadinye.. dashboard pon tukar..
 
ni dashbord custom kot..kalau amik saga reta kebal punya mesti lain sikit

Fadly2.jpg.aspx
 
tambah lauk..bukan cikai nyer kerja ni..memang details habis..enjin top ovehaul + prestasi part kompenen tu :((

Proton-Saga-VIP-makeover-7.jpg


Proton-Saga-VIP-makeover-9.jpg


Proton-Saga-VIP-makeover-11.jpg


proton-saga-vip-makeover-1.jpg


proton-saga-vip-makeover-10.jpg


proton-saga-vip-makeover-2.jpg


proton-saga-vip-makeover-3.jpg


proton-saga-vip-makeover-4.jpg


proton-saga-vip-makeover-5.jpg


proton-saga-vip-makeover-6.jpg
 
Waa...bila la dia nak offer utk d make over ni..kt umah aku ada sebijik 1985 punya..kalau make over ni..confirm semua awex2 kg terpikat..ahaha
 
Back
Top
Log in Register