BTC USD 83,378.4 Gold USD 4,101.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zeti Akhtar dipilih antara ketua bank pusat terbaik dunia

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain di lima negara dan Presiden Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet.

Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred “A” dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk “Central Banker Report Card” bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Gred berkenaan adalah antara A hingga F, dengan A yang tertinggi, manakala F terendah.

A menunjukkan prestasi cemerlang dan F pula kegagalan, demikian menurut Global Finance dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua bank pusat yang lain yang menerima gred tertinggi ialah Ketua Bank Pusat Australia, Glenn Stevens; Stanley Fischer (Israel); Lee Seong-tae (Korea Selatan); Fai-Nan Perng (Taiwan); Durmus Yilmaz (Turki); dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabat di New York. – Bernama
 
Tahniah Untuk Zeti....

duit aku beribu ada dalam bank negara..huhuhuuhuh....
 
congratzzzzz......tapi kenapa gabenor bank israel tu pun terpilih gak?
 
Kita bangga ada pengurus bank pusat terbaik..
tapi wang rakyat tidak pernah diurus secara baik dan saksama..
apa nak dibanggakan..


 
bagus la cenggitu,
lagi bagus kalau dapat bantu rakyat jelata :D
 
ape impak yg di berikan pd rakyat?
xde gune kn pon lau dia yg terbaik...
x ade makna pon...
 
apalah korang nie...~X(

sebab dia bagus ler kita x jadi mcm zimbabwe walaupun duit bnyak kene cilok ngan kroni2...:eek:
 
Back
Top
Log in Register