BTC USD 84,080.6 Gold USD 4,285.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah orang musyrik?

Status
Not open for further replies.
Katakanlah:
“Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu?
Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya
dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan b4bi, dan penyembah Taghut
Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”​
[al-Maidah:60]
 
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab!
Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar
dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini
dan telah menyesatkan banyak manusia
dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam
Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka
iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka
dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).

Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya
nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat
akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik


Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati
manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik


Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati
orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang yang berkata:
“Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”​
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat
dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong


[al-Maidah:77-82]
 
Katakanlah:
“Patutkah aku mengambil pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi
dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?”​

Katakanlah:
“Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah
dan `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ‘ ”​
[Al-An’am:14]
 
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah
sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri
Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka

[At-Taubah:17]
 
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman
meminta ampun bagi orang-orang musyrik

sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri
sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka

[At-Taubah:113]
 
Xde sapa nak thanks ke? Button thnk tu da ada:D
 
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku)
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam

[Asy-Syu’araa’:109]
 
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab
dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam
kekallah mereka di dalamnya
Mereka itulah sejahat-jahat makhluk

[Al-Baiyina:6]
 
Last edited:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua)
dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua)
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh

[an-Nisa:116]




sekutu
se·ku·tu n


1 peserta pd suatu perusahaan dsb; rekanan: dl kongsi itu ia menjadi — bekerja;

2 kawan (yg ikut berserikat): kaum (negara-negara) –;

3 serikat; gabungan; federasi: bentuk pemerintahan negara — berlainan dng negara kesatuan;

ber·se·ku·tu v
1 berekanan (dng); berkawanan (dng); menggabungkan diri (dng): dua maskapai besar telah – untuk mengusahakan tambang minyak itu; 2 berserikat (dng); menggabungkan diri (dng): negara itu tetap netral, tidak mau – dng negara-negara tetangganya; 3 berkomplot; bersekongkol: bukan tidak mungkin di antara mereka ada yg – dl penyelundupan; 4 merupakan himpunan (persekutuan): manusia adalah makhluk yg -;

me·nye·ku·tui v
mengawani (dl melakukan suatu usaha); membantu (menolong) sbg sekutu;

me·nye·ku·tu·kan v
menjadikan sekutu; menganggap sbg sekutu atau sbg bersekutu;

per·se·ku·tu·an n
1 hal bersekutu; persatuan; perhimpunan; ikatan (orang-orang yg sama kepentingannya); 2 perseroan dagang; kongsi; maskapai; 3 perserikatan (negara-negara)


se·ri·kat n
1 perkumpulan (perhimpunan, gabungan, dsb); 2 persekutuan (dagang); perseroan; 3 sekutu; kawan (dl perang dsb): Inggris segera akan berunding dng — nya; kaum –; negara-negara — , negara-negara yg bersekutu (dl Perang Dunia Kedua);
– buruh organisasi buruh di luar perusahaan yg didirikan oleh para pekerja untuk melindungi atau memperbaiki status ekonomi dan sosialnya melalui usaha kolektif; — dagang perseroan; kongsi; — sekerja perhimpunan orang yg sama pekerjaannya;

ber·se·ri·kat
v 1 bersama-sama mengusahakan sesuatu (spt berdagang): kepala desa menganjurkan agar orang-orang yg bermodal mau – untuk mendirikan perusahaan penggilingan padi; 2 bersatu merupakan perkumpulan (gabungan, ikatan, dsb): kebanyakan kaum buruh sudah insaf akan perlunya -; 3 bersekutu (dng); berkawan (dng): dl Perang Dunia Kedua banyak negara yg – untuk membasmi fasisme;

me·nye·ri·kati v
1 berserikat dng; ikut serta; 2 menemani (dl penderitaan dsb);

me·nye·ri·kat·kan v menyekutukan: – Allah, menganggap bahwa Allah lebih dr satu;
per·se·ri·kat·an n
1 perkumpulan; ikatan; perhimpunan; 2 perseroan; kongsi; 3 persekutuan;
- Bangsa-Bangsa organisasi yg terdiri atas bangsa-bangsa yg bersatu; – dagang perseroan; kongsi

Kalau dilihat pula pada ayat ini


Az Zumar 39:45. "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira".

Macam tu juga, mesti ada satu kitab lain disamping Quran

Al Baqarah 2:213. "Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus"

cuba kita renungkan ayat ayat dibawah

Al Imran 3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

An Nisa 4:105. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu. Maka janganlah kamu menjadi pembela pengkhianat-pengkhianat.

Al Maidah 5:49/50. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq. Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

Al Anaam 6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan Al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

Al Anaam 6:114/115/116. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

Al Araf 7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

Yunus 10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk ditakuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"

Al Kahf 18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat menukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu mendapati tiada perlindungan.

Ar Ruum 30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Al Hujraat 49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu."

Qaf 50:45. Kami sangat mengetahui apa yang mereka mengatakan; kamu tidak memaksa mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.


Al Qalam 68:36. Mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?

Kesemua ayat-ayat diatas disuruh menghukum dengan Quran. Mungkin kerana degil atau masih jahil, arahan Tuhan diambil ringan. Tidakkah kita takut kalau Allah bertanya kepada kita seperti ayat 68:36 ?

Walau bagaimana pun, bukan semua orang hendak mengikut arahan Allah. Yang lebih penting dapur mesti berasap, cukup bulan ambil gaji, hal agama serah sahaja pada tok-tok iman, ulamak atau pun Pak Kiai.
 
Kesemua ayat-ayat diatas disuruh menghukum dengan Quran. Mungkin kerana degil atau masih jahil, arahan Tuhan diambil ringan. Tidakkah kita takut kalau Allah bertanya kepada kita seperti ayat 68:36 ?

Walau bagaimana pun, bukan semua orang hendak mengikut arahan Allah. Yang lebih penting dapur mesti berasap, cukup bulan ambil gaji, hal agama serah sahaja pada tok-tok iman, ulamak atau pun Pak Kiai.

ramai tak dapat terima hakikat bahawa "amatlah sedikit" yang beriman dgn al-Quran... tu yang leka.... :)
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register