BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai GST : Sumber Pendapatan Bagi Kerajaan

malayneums

Active+ Member
Messages
4,853
Joined
Feb 29, 2008
Messages
4,853
Reaction score
4
Points
25

GST Sumber Pendapatan Bagi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

"Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan," kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Beliau juga berkata, kadar inflasi negara masih terkawal dengan subsidi RON 95 serta barangan disubsidi lain.

"Inflasi telah menjadi fenomena global. Bagaimanapun, jika anda lihat negara-negara lain yang harga petrol dan barangan keperluan lainnya tinggi, kita masih kompetitif," kata beliau.

Najib berkata penting agar upah kompetitif dan sejajar dengan tahap produktiviti dan inovasi.

Beliau berkata kepakaran tenaga kerja Malaysia tidak harus dinilaikan rendah.

"Sesetengah daripada profesional ini perlu bekerja bagi masa yang panjang tetapi tidak mendapat banyak seperti yang seharusnya mereka dapat," kata beliau.

Untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai sasarannya, beliau berkata Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun, tambah beliau.

-- BERNAMA
sumber bernama

aku keliru nih. dah laksana ke belum ni?
sebenarnya cukai 6% skrg tu cukai gst ke?:-?:o#:-S
 
Belum lagi setau aku. Tok Jib cuma menjawab soalan bahawa GST itu adalah salah satu sumber pendapatan kerajaan. Ia telah ditangguhkan akibat bantahan rakyat. Kemungkinan besar jika BN menang lagi PRU, maka ia akan dilaksanakan.

GST ni dah ada dah sebenarnya cuma utk perkhidmatan dan barangan terpilih. Yg hendak dilaksanakan nanti ialah GST utk semua barangan. Itulah pemahaman aku. Kalau salah betulkan. Cuba check resit kalau makan Kenny Rogers, KFC, Pizza. Ada tak GST?
 
Yang kita bayar dalam KFC,McD,setengah-setengah restoran mamak
tu bukan GST ke?

Cukai korporat tak sampai hati kau nak
naikkan ye?
Tapi,kalau bab nak bagi cukai dan menyusahkan
rakyat bawahan ni,laju je kau.

Kalau rakyat nak subsidi,
kau panggil ianya candu.

Baguslah kau.
 
GST tu utk kerajaan BN...wat reti skit...:)):))​
 
pergi jahanam la najib dgn roswah kau tu!!
 
sume nk tax ye..
ko tggu nasib ko pru krg..
 
kalau sebelum ni cukai perkhidmatan 4-5% dah naik 6% bila gst turun balik 4%.. mcm sama jer...

"Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan," kata Perdana Menteri.
Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau."

korporat cukai xdinaikkan.. sygkan rakyat cukai gst dikenakan supaya semua rakyat dpt join sekali tlg bg duit kat gomen...
bunyinya seperti idea yg bijak...
 
siapa warga cg yg tau dan faham GST tu ape?bole x wat kira-kira sekali....
saya mmg x faham ape itu GST ,,yg saya tau sume rakyat akan kena tax bila GST dilaksanakan...
 
sebelum ini,cukai ke atas barangan atau cukai tidak langsung seperti cukai perkhidmatan (6%), cukai jualan (mengikut jenis barangan),duti eksais,levi dan sebagainya....GST diwujudkan bagi mengganti cukai jualan dan perkhidmatan,bukan cukai baru....ia lebih memodenkan sistem percukaian ke atas brangan di malaysia....hanya 3 buah negara sahaja belum melaksanakan GST di dunia termasuk negara Malaysia....
 
aiks..jd sumber kerajaan plaks..ini sudah lebey...
 
Back
Top
Log in Register