BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help AirAsia-Urgent! (Update 1) (Update 2) (Update 3-Gambar)

EncikMusaafir

Fun Poster
Messages
577
Joined
Jun 18, 2014
Messages
577
Reaction score
1
Points
15
Salam kisahnya macam ni.Semalam aku nak booking tiket AA online. Aku nak booking dari PEN-KCH (22/1/2015) dan pulang KCH-PEN (26/1/2015)total RM1,379.00.

TAPI!!! aku salah booking KCH-PEN ngan PEN-KCH!.. Maknanya aku booking terbalik...Aku pulak tak perasan memandangkan ini kali pertama aku booking guna online..Lepas elok ja aku dah buat bayaran, baru aku perasann..aduhh

Sesiapa yang berpengalaman, adakah duit aku RM1379 tu burn macam tu je ke? Atau boleh settle? Aku nak contact AA susah jugak..Aku dah hantar guna e-form dalam website AA tu..Tapi diorang kata dalam masa 5 hari baru diorang contact aku..

Anyone yang boleh tolong? Aku dah buntu ni..Dah la bukan duit aku..Aku rasa macam nak nangis kalau duit tu burn!:((


Update 1
Tadi jam 12.30 aku pergi ke kaunter AA yang terdekat. Memang HARAMJADU punya AA..Tak boleh ubah, sebab dalam PERJANJJIAN!.. Siap kena CAJ RM100 setiap seorang!..Kalau seorang takpela ni ada 5 ORANG KUT! Gila betul..Caj tu tak termasuk perbezaan harga ikut hari..Aku dah bajet mesti sekepala RM200.. RM200x5=RM1000!. Itu pun aku boleh pilih salah satu tarikh penerbangan saja.. Sudah la caj tu pun dekat RM1000 untuk pergi sahaja. Balik tak kira lagi, tak ke sama macam harga aku mula-mula booking, entah-entah lebih lagi! Ciss,memang AA pow macam tu jee..

Ikutkan hati memang nak mengamok kat situ, tapi mengamok kat kaunter diorang boleh buat apa..Ni management punya keputusan..Tiada tolenrasi punya AA, apa susah sangat nak tukar? Tarikh flight pun lambat lagi, bulan Januari 2015! Kalau korang yang tukar tarikh takpe pulak!! Aku bayar untuk perkhidmatan yang aku tak guna lagi!.Memang dasar kapitalis cekik darah!..

Aku cek seat banyak kosong lagi kut wei AA..Cis cis dan cis..Aku tak puas ati betul.Aku nak pergi kaunter AA kat aiport pulak...

~X(

Update 2
Tepat jam 1.30 petang aku amik halfday terus balik umah selesaikan apa yang wajib. Lepas selesai aku terus rempit ke airport Penang. Dengan tak lunch aku terus cari kaunter AA dengan harapan positif. Elok sampai kat kaunter aku terus bertanya. Tapi hampeh, memang jawapannya sama jugak..Aku kuciwa, menangis dalam hati..:(( rasa terduduk sat..Memikirkan apa kesalahan yang aku dah buat..

Tapi yang paling shilake, bila minta no telefon customer service AA, bleh plak kata "AA TAK ADA NOMBOR CUSTOMER SERVICE".. Whattt!? Aku rasa nak penumbok je muka budak yang jaga kaunter tu... Dah la dengan tak senyum, jawab acuh tak acuh pulak...Solusinya aku booking lain.BURN RM1379.00 woi..Duit tu aku boleh belanja untuk 2 bulan lagi kut!!

Aku masih tak boleh menerima dengan hati tenang benda ni berlaku...Berkaitan dengan AA tiada nombor customer service tu rupa-rupanya memang betul, sebab sekarang kalau apa-apa soalan/aduan/cadangan dll kena melalui e-form, atau berchating live dengan customer service AA (ni korang kena ikut giliran lah..)Ni mesti kes nak cut cost la ni..Hampeh betul.:mad:

Pengajarannya, sila hati-hati kalau korang nak booking online ya, pastikan ada teman disebelah kita untuk chek kalau ada salah..Ya kali kedua aku booking, aku minta dua orang untuk tengokkan aku booking betul atau tak..Demm mahal sungguh harga yang aku perlu bayar untuk pengajaran kali ni..


dulu aku pernah salah book ngn AA tau. dulu lah masa tahun 2011 tak silap. aku book KL-LGK dan KL-LGK sepatutnya KL-LGK dan LGK-KL. aku call customer service diskas elok elok. kalau nak tukar tarikh aku rugi sebab kena bayar fees dengan beza harga. last last aku cakap baik aku beli tiket balik yang baru..tiket promo. Booking yang tersalah tu AA masukkan dalam credit shelf. so total rm300 yang tersalah tu dalam bentuk credit shelf. boleh guna 3 bulan dari tarikh yang AA masukkan.

cuba TT tanya AA leh ke convertkan tiket yg salah beli dlm credit shelf? leh gak la belikan online tiket sapa2 pastu TT claim la cash kat orang tu

BqS8ME.png
 
Last edited:
ikut pengalaman aku.. x leh buat apa da...huhu..klu mas ok lg..
 
Cuba tuan pergi je dekat kaunter air asia dkt airport berdekatan dgn tuan, kalau tak silap boleh tukar lagi
 
jgn nangis bang. g kaunter kasi tukar. simple. kalau seat ada time tu, dia myb blh consider..org ensem kalu nagis..buruk..senyum sket
 
TT try la gi msg kat FB diaorg mintak tolong, amacam?
 
jgn nangis bang. g kaunter kasi tukar. simple. kalau seat ada time tu, dia myb blh consider..org ensem kalu nagis..buruk..senyum sket

Aaa semalam aku dah nangis sorang-sorang dah...Okey nanti aku update kat depan..huhu
 
Kena direct pergi tanya kaunter airasia tt.. Kalau jauh dari airport.. tt search google cari kaunter airasia berdekatan ngan tt. Rasanya mcm burn jer duit tu.. Tapi x salah tanya tt, daripada biarkan mcm tu jer..
 
Back
Top
Log in Register