Aku pernah buat bisnes dobi ni pada hujung tahun 1995 (-+ 12 tahun yg lalu) yg aku beli bisnes ni drp sorang tokey ca ya nun alif dgn harga RM60k (all in termasuk sewa kedai, brg2 dlm kedai dgn pekerja skali dan juga dah ada regular customer). So, senang le ckit, x pyh pening2 pikir nak beli brg, pekerja dsb.
Lokasi kedai area Tmn Seri Gombak, KL. Sebelum tu aku mmg takde pengalaman langsung dlm biz ni, just main berani je..
Bg aku, biz kedai dobi ni margin keuntungan kecik. Modal pulak besar(bagi pandangan akula..). Perlu byk kesabaran dan strategi untuk meningkatkan keuntungan, selain terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan yg cerewet, kdg2 tu sampai tension dibuatnya.
Ok, disini aku senaraikan anggaran pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan dalam masa sebulan.
PENDAPATAN
Untung kasar = RM9000 sebulan (average sehari dalam RM300)
PERBELANJAAN
sewa kedai = RM1500
upah pekerja Indon RM450 x 3 org = RM1350
sewa rumah pekerja = RM200
Bil letrik + air + gas mesin pengering = RM3000
pelbagai = RM1000
Jumlah Perbelanjaan = RM7050
PENDAPATAN - PERBELANJAAN = UNTUNG BERSIH
RM9000 - RM7050 = RM1950
(ini kos 12 tahun yg lalu.. la ni mungkin dah naik ckit kot)
UNTUNG BERSIH = RM1950 (tu pun belum tolak loan, kalu buat loan la.., nasib baik aku dah ada modal)
waktu operasi 8.00am hingga 8.00pm setiap hari kecuali Ahad dan Cuti am
waktu kerja bermula 7.00am hingga 10.00pm (kadang2 boleh sampai 12.00pm) tu pun kdg2 minta tolong adik beradik saudara mara dtg tolong, jimatla ckit kos upah pekerja
Perghh... penat bai.. untung ciput je...last2 lepas 6 bulan aku jual balik bisnes ni pada ca ya nun alif dengan RM60k (harga asal aku beli) Takpe.. atleast aku dah dpt pengalaman dlm biz dobi ni.
(Ini pengalaman aku buat bisnes dobi ni 12 tahun yg lalu, kalu skrg ni x tau le plak)
Kesimpulannya, bagi aku biz dobi ni ok dan buleh memberikan pulangan yg lumayan kalu kita dapat beri sepenuh komitmen dan perancangan dalam meningkatkan sales ditambah dgn kesabaran yg bukan sedikit, tp aku masa tu ada kerja lain lg yg aku buat so x dptla nak tumpukan sepenuh perhatian
Sekian ringkasan aku seadanya...