Soalan dari syafsp : Syarikat Pengiklanan Apa yang Sesuai dengan Blog Aku?
blog beliau :
http://carkeyinject.blogspot.com/
Di Malaysia memang dimonopoli oleh nuffnang (untuk blog tak lepas dengan innity) dan memang innity dengan nuffnang sahaja setakat ini publisher yang stabil di Malaysia.
Jika ditanya pendapat saya, memang saya katakan Innity adalah terbaik, malah tidak keterlaluan saya katakan innity jauh lebih baik dari nuffnang.
Sungguhpun begitu, innity mempunyai kriteria yang agak tinggi sehinggakan 1 blog saya juga telah mendapat amaran untuk diremove kerana dah lama tak update dan visitor menurun secara mendadak akibat hosting overload baru-baru ini.
Jadi suka atau tidak nuffnang sahaja menjadi pilihan saudara buat masa ini.
Tahniah kerana berjaya meningkatkan pelawat blog saudara sehingga 400++ sehari.
Teknik dengan nuffnang!!!
Masukan ketiga-tiga bentuk iklan dengan nuffnang!!!
A. LEADERBOARD(728 X 90) pada bahagian header blog
C. SKYSCRAPER (160 X 300) pada bahagian atas sidebar (dahulukan banner iklan diorang berbanding widget lain)
B. LARGE RECTANGLE (336 X 280) pada bahagian atas artikel
saya sarankan letak iklan saiz ini bawah tajuk artikel sebelum content. Kenapa? CTR(click trough ratio) akan lebih tinggi.
sesetengah orang letak bawah artikel. Ini bagus jika blog anda selalu mendapat banyak komen. Kalau komen ciput letak bawah tajuk sebelum artikel.
Disebabkan saudara menggunakan blogspot jadi saudara xboleh nak masukan iklan dalam artikel. Kalau blogger wordpress anda boleh guna plugin ini :
QUICK ADSENSE boleh setting nak masukan iklan dalam artikel selepas perenggan pertama,kedua atau ... terpulang kepada citarasa.
Persoalan saudara mengenai CPC dan CPM (innity dan Nuffnang)
Memang secara biasanya nuffnang akan bayar CPC tapi apabila saudara cek di dashboard tetiba dapat BE(Buffer earning), iklan jenis ini akan dibayar dalam bentuk CPM (Cost per mile atau bayaran untuk 1000 view iklan)
disini anda kena faham CPM bukan bermaksud 1000 view blog kita tapi 1000 kali iklan itu dilihat. Selalunya iklan CPM ni keluar pada waktu tertentu terpulang kepada advertiser pukul berapa diorang set nak iklan mereka keluar. Hal ini juga sama dengan Innity.
Namun, dengan innity terdapat lebih banyak jenis pengiklanan. Ada CPM,CPC dan CPE(cost per engagement) Cost per engagement ni dibayar kalau ada orang main-main dengan iklan tu...(main-main bagaimana? guna mouse la sayang)
Format iklan juga ada pelbagai seperti :
Leaderboard (728 x 90),Rectangle (300 x 250),Head Banner (468 x 60),Wide Skyscraper (160 x 600),Text Link,Site Take Over (780 x 450),Bottoms Up (325 x 90),Balloon (260 x 230),In-Text,Island (400 x 200)
setiap kali dapat kempen iklan juga akan diberitahu jenis (CPC ke CPM atau CPE) dan detail mengenai harga juga diberitahu untuk setiap cost iklan.
Hal ini tidak berlaku di nuffnang. Jadi diorang boleh kencing berapa-berapa pon nak update kat blog kita. (saya tak la kata diorang kencing tapi kalau diorang nak kencing kita tak tahu) tapi dengan innity data diberitahu seperti ini :
Bila dapat update iklan jenis CPM RM10/1000views(contoh), time tu pulun habis2 la buat marketing kasi ramai orang masuk blog.
Tip nak dapat Buffer Earning dari Nuffnang
1. Kekalkan jumlah pelawat seharian diblog saudara dalam sekitar 200/day. insyallah dah mampu nak dapat BE.
2. Selalu guna innit.nuffnang.com..try dapatkan nangs(vote) yang tinggi dan jangan dangs orang lain punye artikel.
3. Nangs(vote) artikel yang orang lain x vote (disini anggapan diorang akan lihat siapa nangs diorang punye artikel kemudian akan ke blog kita)
4. ketika submit artikle di innit masukan tag yang berkaitan + nama blog. Sebagai contoh blog saya selangor2u.com saya akan masukan tag selangor2u,s2u. Disini jika artikel yang disubmit meletop dan dapatkan nangs yang tinggi, tag selangor2u dan s2u turut di highlight pada bahagian POPULAR TAG CLOUD di innit.
5. Visitor!!! Hipotesis Mudah
- I. Semakin banyak pelawat ke blog semakin tinggi peluang untuk mendapat BE
- II. Semakin tinggi CTR kompem advertiser suka nak beriklan(cam xkena corak penulisan hipotesis ini)