black_mask
Super Active Member

- Messages
- 5,588
- Joined
- Apr 6, 2008
- Messages
- 5,588
- Reaction score
- 529
- Points
- 111
Fiqh Taharah - Asas Najis
Tahukah anda, taik hidung bukan najis? Tahukah anda, tahi telinga bukan najis? Tahukah anda, tahi mata bukan najis? Tahukah anda, air sampah bukan najis? Tahukah anda, air longkang bukan najis? Syaratnya, ia semua tak bercampur dengan najis, maka tidak najis lah ia.
Najis pada tubuh badan atau pakaian kita, akan menyebabkan solat kita tidak sah, kerana salah satu syarat sah solat ialah "Suci dari najis". Tapi tahu tak apa kebender yang dikategorikan sebagai najis menurut syarak? Meh blaja kalau tak tahu.
Antara benda-benda yang dikategorikan sebagai najis, ada beberapa pembahagian:
1) Yang keluar dari kemaluan atau dubur:
- Tahi - yang keluar dari dubur. bukan taik mata atau taik idung.
- Air kencing
- Air mazi - keluar semasa ghairah, teransang
- Air wadi - keluar sedikit biasanya selepas kencing apabila berdehem, atau buat kerja berat - khususnya lelaki.
*air mani manusia, tidak najis.
2) Yang keluar dari saluran lain:
- Muntah
- Asid perut
- Air liur basi - yang datangnya dari dalam perut
3) Yang hadir dari sumber lain, tetapi telah ditetapkan syarak bahawa ia najis:
- Darah - apa2 jenis darah, samada darah biasa, darah haidh, nifas, istihadah, darah jerawat (yang tidak mengalir dan pecah bukan akibat perbuatan kita, solat sah menurut pendapat sebilangan ulama)
- Nanah
- Bangkai - kecuali bangkai manusia, ikan, dan belalang, tidak najis.
- Susu binatang yang tidak halal dimakan
- Arak - samada wine, liquor, beer, alkohol ethyl, dan sebagainya yang memabukkan
- Anjing dan seluruh keturunannya - termasuk anjing yang berkahwin dengan kambing, lahir anak kamjing, tetap dikira najis kamjing tu.
- **** dan seluruh keturunannya - sama macam situasi anjing.
Selain daripada yang disebutkan ini, bukan najis. Melainkan ada berlaku khilaf sesama mazhab, namun yang saya nyatakan di atas berdasarkan pandangan mazhab syafie. Jadi, dah tahu apa yang najis, selepas ni boleh la pastikan apa yang terkena kita, samada najis atau tidak, kan? Akan memudahkan kita. Sebab apa?
Sebab benda najis yang nampak zahir pandangan, iaitu najis 'aini, wajib dibersihkan sehingga hilang bau, warna dan rasanya. jika kita terkena air sampah, ia bukan najis, (melainkan telah bercampur najis), maka kita tidak perlu susah payah nak bersihkan sampai hilang bau warna rasa. Nak-nak pulak kena yang jenis kuat bau dan lekat, berminyak plak tu. Memang tonyoh pakai sabun pun, masih ada kesannya. (Pengalaman kerja di fastfood dulu, minyak restoran susah nak sental)
p/s: semua najis disucikan dengan air mutlak, sehingga hilang bau, warna dan rasanya, MELAINKAN najis anjing dan ****, di-sertu dengan 7 kali basuhan air mutlak dengan basuhan pertamanya dicampur tanah.