BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surah atau Ayat Quran Apa Yang Anda Baca Hari Ini

hari nih terbaca ayat nih Al-Ahqaf, 21...

"Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika dia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf", sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya dan yang datang sesudahnya (dengan berkata): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya)."​

baru tau rupernyer surah nih dinamakan sempena Lembah Ahqaf tempat tinggal kaum Nabi Hud AS...

kaum Nabi Hud AS kemudianya dimusnahkan oleh qjjl SWT dgn ribut taufan yg sgt dahsyat krn kemungkaran mrk...

sdgkan pd mulanya mrk menyangka awan hitam yg dtg membawa hujan adalah rahmat dr qjjl SWT kpd kaum mrk & seterusnyer menafikan seruan Nabi Hud AS...

ternyata sangkaan mrk salah & binasalah mrk dr muka bumi...

Al-Ahqaf, 22-23...
"Mereka menjawab: Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami? Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar!

Nabi Hud berkata: Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah dan (tugasku hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan tugas Rasul)!

Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita! (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;"​
 
Last edited:
di mana letaknya lembah al-ahqaaf tuh..?
 
di mana letaknya lembah al-ahqaaf tuh..?

ntah ler, x jumper lg dlm mana2 tafsir...

mgkn sedara blh sama2 tlg carikan klu berminat nak tau...

tp tempat x penting sgt nak tau, pengajaran ayat yg lbh penting utk kiter tau...

~~~~~~~~~~~~

baru jer kater x jumper, dah qjjl SWT bg bantuan...

nih tafsir Dept. Agama Indonesia...

"Al Ahqaf berarti "bukit-bukit pasir". Kemudian nama itu dijadikan nama sebuah daerah yang terletak antara negeri Oman dan negeri Muhrah. Daerah ini dinamai oleh kaum Ad. Sekarang daerah itu terkenal dengan nama "Sahara Al Ahqaf". Menurut ketatanegaraan sekarang, daerah itu termasuk salah satu daerah yang menjadi bagian Kerajaan Saudi Arabia bagian selatan terletak sebelah utara Hadramaut, sebelah timur laut Yaman dan sebelah selatan Nejed."

wallahu a'lam...
 
ooo..bagus juga kalu tau tempat kejadian..mesti ada tinggalan yang boleh dijadikan pengajaran..:-?
 
ooo..bagus juga kalu tau tempat kejadian..mesti ada tinggalan yang boleh dijadikan pengajaran..:-?

tepat sekali...

"Berjalanlah kamu di serata muka bumi ini, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta manusia daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.", al-Ankabut, 20....

"Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang terdahulu. Kebanyakan mereka itu adalah orang yang mempersekutukan (Allah).", ar-Rum, 42
 
Hari tu saya dengar ada ust bercerita dalam siaran radio IKIM fm.

Dia bercerita tentang 2 tahap manusia yg beramal.

Satu ialah tahap manusia kebanyakan... iaitu melakukan ibadah2 dalam agama disamping memenuhi tuntutan duniawi. Dia istilahkan tahap tersebut sebagai tahap "abrar"

Kedua ialah tahap orang yg hatinya benar2 sentiasa mengingati Allah. Tidak ada urusan yg bersifat keduniaan yg memberikan impact dalam hatinya melainkan Allah. Dan tahap ini diistilahkan sebagai "Muqarrabin".

Jadi saya cek di mana kedudukan maqam "muqarrabin" dalam Al-Quran. Ternyata memang benar apa yg ust tu cakap. Memang ada tahap yg dipanggil Muqarrabin.

Saya fahami muqarrabin tu maksudnya dekat. Dan yg dekat itu bukanlah dekat pada Allah secara fizikal melainkan hatinya yg dekat pada Allah.

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

Mereka itulah "Al=Muqarrabun",

(Al-Waaqi'ah 56:7-11)​
 
tiap2 hari lps subuh masjid kami baca surah Al-Waqiah secara beramai2...

tp baru hari nih tau aper maksud perkataan tuh, tq bro, heheheh...

selama nih asyik teringat Mohd Muqarrabin Mokhtaruddin pendaki gunung di tujuh benua tuh ajer...
 
Sama2 bro,

Cuma itu adalah berdasarkan apa yg saya ingat dan saya faham saja. Tak rujuk tafsir. Apa yg saya faham tu adalah berdasarkan ceramah yg biasa saya dengar.

Wallahu a'lam
 
Untuk hari ini, surah An-Nahl ayat 125

bismillah.gif

annahl125.gif

Pengertian ayat;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk."

PENGAJARAN AYAT:
1) Terdapat 2 golongan manusia iaitu;
  • Golongan yang mendapat petunjuk Allah dan berada jalan yang benar.
  • Golongan yang sesat dari jalan Allah. (wal 'iya zubillahi minzaalik)

2) Mereka yang telah mendapat petunjuk Allah menjadi kewajipan
mengajak mereka yang telah sesat kembali ke jalan Allah.

3) Jika berlaku pertelingkahan semasa berdakwah, hendaklah menggunakan perkataan yang baik2
serta memberi nasihat dengan nasihat yang baik dan penuh dengan hikmah.

4) Jika mereka enggan maka berserahlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui
akan siapa yang sesat dan siapa yang mendapat petunjuk Allah.

Last edited:
Untuk hari ini, Suratul Jumuah ayat 1-2

jumuah12.jpg

Pengertian ayat;
Ayat 1: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat 2: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara') dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

PENGAJARAN AYAT:
1) Sekurang2nya setiap muslim mengucap tasbih kepada Allah S.W.T 17x2 kali sehari semalam di dalam solat 5 waktu untuk menyucikan aqidah kita terhadap keEsaan Allah, Mahasuci Allah dari sesuatu. Esa zatNya, asma' waasifatNya dan perbuatanNya.

Last edited:
Back
Top
Log in Register