BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Pendusta Agama?

Status
Not open for further replies.
nko dah mengaku keluar dr Islam ker minta kepala nko dipancung nih???...

klu aku kater nko sesat & menyesatkan pon, bkn aku yg berhak buat keputusan utk pancung atau x pancung nko...

klu ikut ASWJ, keputusan utk memancung mestilah diserahkan kpd pihak pentadbiran agama, klu dorang setuju nak pancung nko, aku takkan hlg...

aku sangka nko dah tau dah mcm mana ASWJ buat keputusan dlm hal nih, rupa nyer x tau gak, so selama nih nko main tuduh ajer rupernyer...

p/s: nko solat 3 waktu ker 5 waktu, klu anak jantan jwb ler, x pyh nak pesong saner, pesong sini...

setakat nih ajer hari nih, nko cuber gi belajar قواعد dulu, x siap lak report aku nnt...

sama ler tu.. nko sokong ler perbuatan mencabut nyawa orang tanpa berlandaskan al-Quran... satu "golongan" yg sama
"golongan" yang hidup dengan melakukan kezaliman di atas muka bumi ...
semuanya mengikut hukum manusia dan nenek moyang nkorang, bukan ikut ayat2 Allah pun.. hehe (post #112) :D

muslim_woman_girl_beheaded_pancung_potong_kepala_1.jpg
tunisian_behead_man_christian_convert_murtad_pancung_3.jpg


surah apa cakap boleh pancung kapla orang murtad?
surah apa cakap boleh rejam orang sampai mati?
nko ada? aku up balik, kalau nko anak jantan ler.. boh kat sini aku nak tengok... hehe
ker nko memang vote untuk jadi "pendusta agama" juga? (post #1)
mensyariatkan apa yang tidak pernah Allah syariatkan...
dan buat agama sendiri ....
bukan agama Islam pun, dah sememangnya takda langsung dalam Islam.. :))
 
Last edited:
The Stoning of Soraya M.

tengok movie dulu.. hehe :D





Allah tidak sekali-kali mensyariatkan "rejam" ... jadi agama apa ni?

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

[al-Maidah:103-104]



Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini
Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi (secara dusta)
maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka
dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami
dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

[Al-An’am:150]


Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami
“Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja
Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar”

[Yunus:15]

Apakah maksud "kata-kata rekaan" daripada Rasulullah SAW?



hukuman rejam adalah amalan orang kafir

Mereka berkata: “Wahai Syuaib!
kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu
dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami
dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu
tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati)
Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!”

[Hud:91]

“Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu
tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu
atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa)
dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya”.

[Al-Kahf:20]

(Bapanya) menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim?
Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku
sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu
dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.

[Maryam:46]

Mereka (mengugut dengan) berkata:
“Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh
sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!”

[Asy-Syu’araa’:116]

Penduduk bandar itu berkata pula:
“Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu
Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu)
tentulah kami akan merejam kamu
dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

[Ya Sin:18]
 
Last edited:
Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu kerana menegakkan kebenaran
maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman
sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya?

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa
Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya
kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya)

seolah-olah ia tidak mendengarnya
oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami
ia menjadikannya ejek-ejekan
mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.

Di hadapan mereka ada neraka Jahannam
dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun
demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah
tidak dapat memberikan sebarang perlindungan
dan mereka akan beroleh azab seksa yang besar.

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya
mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya


[Al-Jathiyah:6-11]





adakah mereka menganggap perbuatan hari ini tiada balasannya?

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu
amatlah kuat kukuh.

[al-Qalam:44-45]

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

[Al-A’raf:182]

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu
dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan
mereka tidak beriman kepadanya
dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

[Al-A’raf:146]

Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan
terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah
bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran
dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus
maka mereka akan mengetahui kelak.

[Ghaffir:69-70]





Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum
dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

[Al-A’raf:40]



"mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum"

mustahil unta memasuki lubang jarum..
maka itu mustahil juga golongan yang mendustakan ayat2 Allah akan memasuki syurga


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:35-36]


Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka
lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia
dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami
dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.
bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu
dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun
tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya
dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta

[Al-An’am:27-28]
 
Last edited:
Alif, Laam, Miim, Raa’.
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.

[Ar-R’ad:1]



Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran)
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan

(Al-A’raf:3)


(rujuk Jawapan Rasulullah SAW pada Hari Akhirat)



Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman:
Puak yang manakah yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?

[Maryam:73]
 
Last edited:
pada akulah.... maksud "gelincir matahari HINGGA waktu gelap malam" adalah menyatakan tempoh waktu solat Isya...

"gelap malam" tu hingga sebelum bermulanya waktu Tahajjud (berakhirnya tempoh solat Isya)



pada akulah.. hehe :D

dan di bawah senarai ayat maghrib di dalam Quran ...
takda satu pun relate dengan solat

wal-maghribu
and the west
(2:115:3) وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ

wal-maghribu
and the west
(2:142) قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

wal-maghribi
and the west
(2:177) لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

l-maghribi
the west
(2:258) فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ

wamaghāribahā
and the western (parts) of it
(7:137) وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا

maghriba
(the) setting place
(18:86) حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ

wal-maghribi
and the west
(26:28) قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

l-maghribayni
(of) the two Wests
(55:17) رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ

wal-maghāribi
and the settings
(70:40) فَلَا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ إِنَّا لَقَادِرُونَ

wal-maghribi
and the west
(73:9) رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

kalau main "pada akulah.." memang islam ni mudah lah pubin. banyak2kan istighfar. jangan hanya duduk depan pc jadikan google dan internet pusat mencari ilmu semata untuk diri sendiri. lengkapkan ilmu dengan belajar secara direct dengan ustaz2 bertauliah dekat luar sana. jangan anggap bila kita dapat berhujah dalam ni kononnya kita yang terhebat dan kita lah betul.
 
Last edited:
sebenanyer klu nko kaji ayat2 Al-Quran yg nko berikan kat atas berdsrkan قواعد [nahu] bhs Arab nko dah dpt bilangan solat 5 waktu tuh...

tp takper aku sibuk sket nak siapkan audit report nih, so nko bincang dgn sedara2 dlm nih yer...

utk semua bincang dgn berakhlak, x perlu caci, maki, cerca, dll krn itu hanya memalukan diri sendiri jer...

klu Pub In nak buat mcm tuh, takper biarkan, sbb mgkn tuh ler yg dier dpt dr Al-Quran slps tafsir dgn kepala ho.tak sendiri yg cuma perasan berilmu...

p/s: Pub In nko skrg solat 3 waktu ker 5 waktu sehari semlm nih, aku takder nyer nak pancung nko, nak tau jer...

Pubin, kamu solat 3 waktu atau 5 waktu? jawab yang ini. aku taknak jawapan dari Al-Quran, aku nak jawapan dari diri hang sendiri.
 
http://www.e-bacaan.com/emailc17.htm

rasanya ini ada kaitan dengan Pubin

Berita Utama Akhbar (1)
Laman web pujuk remaja antihadis



From: damat
To: "Pengurus Laman" <[email protected]>
Subject: Pendedahan laman e-bacaan dalam Harian Metro
Date: Tuesday, January 17, 2006 6:59 PM

Salamun alaikum,

Berikut adalah berita dipetik dari Harian Metro bertarikh 17hb January, 2006.

Start:

Edisi Tengah:
Laman web pujuk remaja antihadis
Oleh Ahmad Nazri Mohamad dan Mohd Amin Jalil
[email protected]

SEREMBAN: Gerakan antihadis dipercayai melancarkan gerak gempur bagi mempengaruhi belia dan remaja dengan mewujudkan laman web bagi menyebarkan kepercayaan, amalan dan pemikiran berlandaskan al-Quran semata-mata.

Laman web berkenaan itu adalah kesinambungan bagi penyebaran buku terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu tanpa rujukan bahasa Arab bertajuk, ‘Bacaan’ hasil tulisan Othman Ali yang diharamkan kerajaan pada 22 Julai 1995.

Golongan antihadis itu dipercayai menyebarkan fahaman mereka melalui internet selepas Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyenaraikan kumpulan antihadis sebagai ajaran sesat ke-36 daripada 56 ajaran yang diwartakan.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin, berkata pihaknya mengesan aktiviti golongan itu yang boleh beri kesan tidak baik kepada generasi muda.

Beliau berkata, walaupun setakat ini PPIM belum menerima laporan secara rasmi daripada mana-mana individu yang mungkin sudah jadi ahli kumpulan itu, pihaknya mengesan aktiviti kumpulan berkenaan berdasarkan laman webnya www.*-*****.com.

“Kami bimbang laman web ini akan dijadikan sebagai rujukan oleh pelayar internet terutama golongan pelajar yang ingin mendalami Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, orang ramai terutama ibu bapa perlu berhati-hati dengan mengawasi anak remaja masing-masing bagi mengelak mereka terjebak dalam fahaman kumpulan ini yang dipercayai boleh menjejaskan pegangan dan akidah seseorang.

“Kita juga berharap jabatan agama Islam dapat mengawasi aktiviti atau gerakan kumpulan seperti ini sebelum ia berjaya menarik lebih ramai ahli terutama di kalangan belia dan remaja,” katanya.

`Bacaan’ yang diterbitkan di Singapura mula diedarkan kepada orang ramai dalam mesyuarat penubuhan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) yang dipelopori Dr Kassim Ahmad pada Jun tahun sama.

Buku itu diharamkan kerajaan kerana terjemahannya tidak disertakan dengan ayat asal dalam bahasa Arab dan perkataan al-Quran itu sendiri diterjemahkan sebagai `Bacaan’.

Pada muka utama laman web yang dilancarkan pada 1 April 2002 itu, moderatornya turut beri amaran bahawa;

“Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran al-Quran, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini.

“Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau khianati kerana perbuatan serupa itu hanya mudaratkan diri anda sendiri.”

Laman web yang menggunakan slogan `Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat’ itu mengandungi ruangan `Bacaan’ atau terjemahan kepada al-Quran dalam bahasa Melayu, Artikel, Kalimat Pilihan, Keratan Akhbar, Sudut Pelajar, Soalan Lazim, Hiasan, Penemuan dan artikel berbahasa Inggeris.

Kebanyakan kandungan artikelnya lebih cenderung kepada rujukan terus kepada hukum dalam ayat al-Quran tanpa ambil kira hadis dan sunnah nabi, yang jadi kecenderungan gerakan antihadis.

Moderator laman web itu juga sediakan khidmat muat turun `Bacaan’ untuk kegunaan PC poket, PDA atau Palm selain menggalakkan pengunjung laman web beri sumbangan penulisan.

End ---

Harap tuan berhati-hati. Semoga Allah melindungi orang-orang yang beriman kepada-Nya.

Salam.

p/s : di petik dari http://www.e-bacaan.com/emailc17.htm
 
wahabi dan org2 yg bercakap tntang agama tetapi cakap tidak serupa bikin, malah mengherdik anak2 yatim...
ini lah pendusta agama...
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register