BTC USD 83,909.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hang Tuah & Hang Jebat; Mitos atau Sejarah serta Misterinya

Hang Tuah; Mitos atau Sejarah?

  • Wujud

    Votes: 463 59.3%
  • Tak Wujud

    Votes: 42 5.4%
  • Dongeng (Tak Wujud)

    Votes: 152 19.5%
  • Apa-Apa je laa....

    Votes: 124 15.9%

  • Total voters
    781
dulu aku ade bukak thread pasal article mengatakan hang tuah ni orang cina yang datang dengan hang li po ...
 
itulah berbezanya orang berilmu dengan orang yang tidak...
Hang Tuah ni memang berbangsa Melayu...
zuriat2 mereka pun ada di sekeliling kita sekarang tapi mereka takkan guna dengan nama "Hang" atas dasar kesematan diri dan keluarga...

kepada keluarga2 "Hang", bersedialah berjuang kerana tanahair kita kembali dijajah dalam bentuk baru...

Dan Bangsa Melayu merupakan 5 bangsa utama di dunia yang rupa wajah bangsa Melayu takkan dapat sama dengan bangsa2 lain.
Melayu ini indah,
kerana itulah senjata keris hanya terdapat di dalam kawasan Nusantara iaitu daerah Melayu, sedangkan senjata2 perang lain juga ada dimili Melayu.
Banyakkan mengkaji...

hang tuah tu wujud ok...

aku nak tanya kau,
Nabi Khildir tu masih hidup ke dah mati?
Nabi Isa masih hidup ke dah mati ?
mereka berdua masih hidup...

Nabi isa sememangnya sudah diangkat ke langit dan tiada di Planet Bumi sehingga hari ini sejak 2000 tahun bumi mengelilingi matahari lalu,
dan berada di galaksi lain yang mana lokasi tersebut hanya Allah yang tahu,
langit yang saya maksudkan itu bukan langit di bumi ok !
Langit itu amatlah luas di atas sana...
hanya Allah sahaja yang tahu...

Nabi khildir pula adalah nabi yang bukan pangkatnya Rasul tapi telah hidup mulai sezaman dengan Nabi Musa dan diberitakan bahawa baginda juga semenjak itu telah bertemu dengan banyak nabi lain yang bukan pula sezaman dengan baginda sehinggalah beliau juga masih hidup sehingga sezaman dengan Nabi Muhammad,
mengikut perhitungan catatan hadis ketika baginda Khildir bertemu dengan kumpulan seorang panglima askar para2 sahabat Nabi Muhammad yang ingin melakukan Azan untuk Solat Subuh di suatu bukit,
panglimanya telah mendengar sahutan dari se2orang,
dipendekkan cerita,
orang yang menyahut itu mengaku beliau adalah Khildir...
baginda banyak menasihatkan tentang kejadian2 lepas dan tanda peristiwa akan datang pada panglima tersebut,
selepas peristiwa itu,
kelibat baginda tidak dijumpai lagi...
cerita ini dapat diketahui oleh angkatan sahabat iaitu kumpulan lain di barisan belakang,
mereka ingin test balik di situ selang beberapa bulan kemudian,
harapan mereka tak kesampaian kerana baginda tak muncul2 pun sesudah peristiwa pertama kali itu.

Fikir2kan...
mengapa ini berlaku,
kalau membuat kira2an matematik hukum alam,
sejak dari era Nabi Musa sehingga era Nabi Muhammad,
ada 12 orang Rasul silih berganti,
tidak lagi nabi2 di daerah lain yang tidak disebutkan dalam AlQuran...
setiap 1 Nabi ada yang muncul serentak bersama2 ada yang muncul selang 300 tahun sekali sehinggalah era Nabi Muhammad,
fikir2kan,
lebih dari 12 nabi baginda Khildir telah melalui dan baginda dipanjangkan umur mungkin atas2 sebab tertentu mungkin kerana amlannya atau mungkin baginda sendiri yang memohonnya,
tetapi setiap ilmu pastilah ada pantangnya,
dan apa yang saya ketahui,
orang2 begini hanya muncul dan menzahirkan diri mereka selang berpuluh2 tahun atau ratusan tahun sekali atau ikut keperluan peribadinya untuk tujuan hikmah dan supaya juga untuk tujuan tidak mendatangkan fitnah kerana wujudnya manusia2 yang cetek mentalitilinya seperti kebanyakan orang di zaman ini.
Maka beliau hanya akan muncul di saat2 genting sahaja.
ini hanyalah 1 contoh di antara banyak2 manusia yang Allah kurniakan kelebihan...

Ok, saya tambahkan 1 cerita dari Hadis Nabi,
dicatatkan akan datang pada Dajjal seorang lelaki di hadapannya,
umum mengetahu fitnah dajjal itu besar kerana dajjal ni mampu menghidupkan dan mampu mematikan ikut suka dia...
Pada masa lelaki itu jumpa dajjal,
lelaki itu cakap,
aku tak percaya yang kau seorang dajjal yang boleh menghidupkan selepas kau mematikan,
dipendekkan cerita,
dajjal membunuh lelaki terbabit dan menghidupkannya semula,
setelah lelaki itu hidup balik,
tak semena2 lelaki itu bercakap pada Dajjal:
"memang benarlah kau yang dimaksudkan dengan AlMasih Al Dajjal,
seperti yang apa Nabi Muhammad khabarkan pada umatnya, sesungguhnya akulah Nabi Khildir."
Selesai peristiwa itu,
Dajjal tergamam dan tak mampu untuk lakukan apa2 pada baginda,
baginda kemudian kembali ke kota Madinah,
peristiwa ini berlaku ketika saat "Pembersihan Madinah"

-melalui hadis ini, menunjukkan Nabi Khildir masih lagi hidup di celah2 umat kita mungkin ada manusia yang bertuah pernah berjumpa dengan beliau mungkin ada mungkin tidak, hanya Allah sahaja yang tahu...
-mengikut catatan sejarah yang lain pula, iskandar zulkanain yang namanya pernah tercatat dalam AlQuran kerana membuat tembok besi untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj juga diberitakan adalah sahabat baik Khildir, mereka berdua diceritakan akan mencari sama2 "WATER OF LIFE" ,
SEHINGGALAH EKSIDISI MEREKA BERAKHIR DI SEBUAH GUA YANG GELAP.
dipendekkan cerita,
di gua itulah tersimpannya takungan "AIR HIDUP",
jadi, barangsiapa yang berjumpa dulu air ini,
maka dialah yang mendapat rahmat dari Allah,
ditakdirkan Nabi Khildir yang dapat minum air ini,
mungkin ada pantang2nya ...
Panjangnya umur baginda mungkin ada kaitan dengan cerita ini,
siapa tahu?


Begitu juga manusia2 lain yang ikhlas dan taat setia pada sesuatu bidang atau negara mahupun raja,
atau manusia itu pernah berbakti dengan cara yang amat luar biasa di zamannya dan pada waktu beliau dalam keadaan yang amat mabrur siapa tahu beliau pernah memohon doa atau mengamalkan sesuatu ilmu yang orang ramai tak tahu tapi Allah izinkan untuk orang ini amalkan, siapa tahu?
Boleh jadi Laksamana Tuah dan sahabat2 telah mendapat ilmu ini,
jadi ada pulak kesannya dan pantangnya iaitu,
tak boleh reveal(muncul) pada manusia sekitar kalau tidak ilmu menjadi batal dan akan mati serta merta, siapa tahu...
saya ada ingat 1 surah dalam AlQuran nama surah ayat keberapa dah lupa:
"Hai Manusia, Berhentilah kamu semua pertikaikan urusan ROH, sesungguhnya ROH itu adalah urusan ku, sedangkan manusia tidak tahu mengenainya melainkan sedikit sahaja"

Urusan roh adalah urusan Allah,
kadang2,
manusia yng ikhlas akan menghampiri darjat2 yang menghampiri darjat2 para2 ulamak , anbiyak, nabi, apakan pula darjat rasul...
oleh itu,
boleh jadi Hang Tuah itu memang benar masih wujud kerana rohnya dizinkan Allah untuk sesuatu perkara,
kalau nak tanya para ulamak pun tak semua yang terror jawap ataupun setidak2nya dapat jawap dengan puas hati,
itulah yang saya nak sampaikan...
iaitu point...

Kalau tak percaya pi ke Melaka,
di dalam Muzium ada 1 cerita,
baru berlaku kira2 15 tahun lepas,
seorang anak tempatan mengaku berjumpa Hang Tuah 3 kali,
anak tempatan tu tak percaya tapi yang hairannya dah 3 kali ambik wudhuk sama2 pada waktu solat di malam hari berturut2,
so saya pendekkan cerita ok,
maka anak tempatan ini pun ajak ketua surau dan hang tuah untuk berjumpa di surau yang sama pada hari ketiga yang mereka pun tak tahu itulah hari terakhir mereka jumpa Hang Tuah,
last2, 3 orang saksi melihat hang tuah,
duduk selantai dengan beliau,
ketua surau pun bertanya,
kalau engkau betullah yang dimaksudkan dengan Laksamana Hang Tuah,
tunjukkan diri mu...
Tidak semena2 Hang Tuah yang rupanya sudah tua itu bangkit berdiri lalu melafazkan surah2 tertentu dengan permulaan bismillah lalu disapukan ke mukanya,
maka lantas wajah dan tubuh beliau berubah,
yang berdiri tadi bukan orang tua tadi,
tapi yang berdiri skrg seorang lelaki muda berambut panjang, berwajah tampan,
segak, sasa, berpakaian kuning bertengkolok melayu, berikat dengan keris, rupanya seakan2 Jalaludin Hasan (kata2 saksi),
lalu lelaki itu jawap,
akulah Hang Tuah, panglima Sultan Melaka dahulu,
kemudian beliau mintak senaskah AlQuran,
di hadapan 3 orang saksi surau tadi Hang Tuah bersumpah,
dengan bersaksikan AlQuran ini,
kalau aku bukan Hang Tuah, terbakarlah badan aku sekarang juga kalau aku menipu...
Hang Tuah senyum dan beliau kembali kepada rupa asalnya dan berborak2 sampai malam sehinggalah waktu yang dijanjikan, beliau pun menghilangkan diri dalam kawasan surau itu...
tak percaya ?
luangkan masa dan pi muzium Melaka atau orang2 sejarah,
pihak istana dan kerajaan negeri siap bagi cop mohor lagi dengan perakuan iaitu kisah ini memang sah2 berlaku,
kerana saksi penting malam itu juga bukan orang seberangan...

Pointnya di sini,
roh itu urusan Allah,
boleh jadi ada manusia ditakdirkan hidup lama tapi ada amalan2nya yang tertentu yang menyebabkan mereka ini jarang ditemui.
Mereka2 ni mungkin ada di sebelah kita aje tapi susah nak jumpa,
tengoklah keliling kita dunia serba lengkap dengan maksiat, lagilah kalau orang2 macamni diizinkan Allah untuk muncul, akan menjadi fitnah....

Tu sebab dari dulu saya pernah cakap,
kalau sesetengah ilmu tu kalau diceritakan kepada ORANG KEBANYAKAN ,
maka mereka ini akan kata kita gila...
so,
secara logiknya itu sebab Nabi Muhammad itu sesuai diturunkan pada zaman 1450 tahun dulu....pointnya banyak di situ...
contoh aje, tapi dah banyak jadik pun...

Kesimpulannya:
-Hang Tuah dan sahabat2nya itu wujud
-sesi khatam di dalam hutan melalui ludahan itu wujud
-perlawanan di antara Meor dan Bruce Lee tu memang terjadi (bruce lee kalah teruk) berlaku di Changi Airpot, Singapore.
-bapak kepada pelakon cerita Isabella (filem amy) menjadi saksi dan berkata memang Meor yang kalahkan Brice Lee..

Ingat,
seni perlawanan diri paling hebat ialah Silat - Cabang Gayong

Buat Perkiraan:
-sejarah Tuah hanyalah 500 tahun sahaja
-cuba kira sejarah zaman Nabi Musa dengan zaman kita berapa tahun?
-cuba kira sejarah zaman Nabi Isa dengan zaman kita berapa tahun?
-cuba kira sejarah zaman Nabi Muhammad dengan zaman Nabi Isa berapa tahun?
-cuba kira sejarah zaman Nabi Adam dengan zaman kita berapa tahun pulak ya?

Semua jawapannya ada pada saya,
tetapi yang lebih betul jawapannya hanya Allah lebih tahu...

Sekian.
Banyakkan mengkaji...
Sila baca balik di petikan atas , saya ada buat penambahan...
 
Last edited:
betul...dan bila membaca..buka semua deria...baru la yg tersirat dapat dinilai...
dan untuk makluman pembaca...tujuan saya membuka thread ini bukan apa, cuma mengajak kawan-kawan mencari kembali siapa diri kita ini....
dan juga tentang kalau nak cari lima bersaudara...cuba-cuba lah tanya orang sekitar muar dan batu pahat...dan kalau ada saudara mara umur sekitar 50-60an...mesti ada yang tahu macamana nak cari mereka ni....
 
bro taming sari ade ulasan ngan penjelasan yg panjang leber tu?
 
sebenarnya...yang dimaksudkan cina tu bukan nye cine shanghai..cine hong kong..tapi dari yunnan....kira dah penghijrahan depa kesini dah puluh ribu tahu dulu sebelum wujudnya kerajaan melayu...kalu nak ikut kita semua dari mana..cina pon asal dari afrika...

apa pun...aku rasa bukti kewujudan hang tuah tu sebenarnya memang dah diangkut balik dek penjajah barat..bermula dari portugis hingga le ke british...

yup... china adalah negara.. byk suku kat sane..bkn bangsa cina.. ramai yg keliru bnde camni
 
mase aku kecik sekolah rendah selalu gi masjid kampung hulu ngan tengkere ket bndar melaka... kat situ org tabligh selalu berkumpul.. depa selalu gak cite pasal 5 bersaudara ni.. depe cite hang tu adalah nama gelaran je.. dan yg paling penting 5 bersaudra kuat agama dan sampai tahap wali... depa siap cite hang tuah ikut sultan ke indon tuk berdakwah...
 
yg tak sedapnye cite mulut ke mulut versi tokok tambah..hang tuah mcm suria baja hitam dah keteroran nye.. gi la kmpg duyung.. sambil2 mndi air telaga hang tuah leh dgr cite :D
 
mase aku kecik sekolah rendah selalu gi masjid kampung hulu ngan tengkere ket bndar melaka... kat situ org tabligh selalu berkumpul.. depa selalu gak cite pasal 5 bersaudara ni.. depe cite hang tu adalah nama gelaran je.. dan yg paling penting 5 bersaudra kuat agama dan sampai tahap wali... depa siap cite hang tuah ikut sultan ke indon tuk berdakwah...

Ada kebenaran tu...HANG ialah satu gelaran dari kesultanan Perak dulu,masa tu CG pun lum ada,Diaorg ni 5 sahabat macam adik beradik.
Ada le org mengamuk jadi diaorg hentam le tergolek dog.So Sultan panggil 5 orang ni.Di tanya nama;maka jawabnya;Hamba Tuah.. sambut sultan:oohh Hang Tuah,Lalu masing2 perkenalkan diri dan kekal le gelaran HANG pada Tuah,Jebat,Lekir,Lekiu,Kasturi.
Dari logik mana de org melaka dulu2 ada nama Hang,Org perak je guna mcmtu. :)) :)) :)) :))
 
dah tu..apa plak citer hang tuah ngan puteri gunung ledang tu??
betul ke citer tu??
 
dah tu..apa plak citer hang tuah ngan puteri gunung ledang tu??
betul ke citer tu??

aku 1000% yakin dan percaya putri gunung ledang tu wujud tapi bukn la manusia.. jin.. kire melayu panggil bunian.. sebb pasal putri gunung ledang ni aku ada cite pribadi sayangnye aku tak dibenarkan kongsi... suaranye memang sedap....

yg ni leh share.. disebbkan aku org melaka dan belajo pun kat melaka dulu mase wat dip.. aku ada lah pi camping kat gunung ledang ngan member2.. nak dijadikan cite... kawa aku ni mase mendaki.. kami ikut laluan lain.. saje je nak mencabar sikit.. terjumpa batang pokok beso.. yg peliknye tgh btg berlobemang... dan nmpk cam ada tongkat berkilat2 cam emas.. :o bile nak dekat je.. dia dengar suara pempuan tegur jgn usik tuan putri nye.. jeng jeng.. dia je dengar.. dan ajak kite org teruskan perjalann.. dah sampi atas baru dia cite dgr suara tak kasi usik..
 
Back
Top
Log in Register