BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cecah RM26K - Bagaimana Saya Buat Duit Online Dengan Blog - Tutorial

power bro berblog. ingat nak pencen tgk threat ni semangat lak

sama aje bro dengan orang len..malah masih ramai yang lagi power dalam CG ni pon...cuma xberkongsi...

Blogging pon mungkin boleh dikatakan sama macam blaja math...

Setiap orang ada jalan/cara sendiri tapi matlamat tetap sama =visitor=money :D
 
Q : Tips FB fanpages

wussa said:
Aslkm bro,
kalau tak keberatan bleh tanya sikit tak.
Rasa2 bro, kalau skrg ni iklan di FB ads bleh dapat tak fanpages ramai?
Plugin popup FB bro guna sebelum tu ada effect traffic tak?
Last skali bro ada buat servis tarik fan ke fanpages tak? :D

Tq

soalan 1
Kalau skrg ni iklan di FB ads bleh dapat tak fanpages ramai?

Jawapan:

Buat iklan bergantung juga daya tarikan iklan yang kita buat dan dalam proses kempen iklan itu facebook sendiri juga cadangkan untuk kita buat beberapa kempen iklan.

berbalik kepada soalan saudara, saya boleh katakan BOLEH berdasarkan pengalaman saya buat TETAPI bergantung kepada fanpage yang kita buat.

>i. HOBI- Target Worldwide
>>saya pernah buat iklan untuk fan page dalam kategori hobi(minat). dengan 100 usd(lebih kurang) set 0.01-0.02usd untuk setiap klik saya mampu dapat dalam 10,000 like(lebih kurang)

>ii. selangor2u - target Malaysia

>>Ini ada sedikit sukar pda mulanya kerana nama fan page saya adalah selangor jadi kadar like agak kurang jika dari user dari negeri lain.
Jadi saya cuba beberapa bentuk iklan dan analisis mana yang klik/like yang tinggi. So, saya gunakan bentuk iklan itu. Sekarang orang bukan dari selangor juga ramai yang like.



Soalan 2
Plugin popup FB bro guna sebelum tu ada effect traffic tak?

Jawapan :

Seperti yang saya beritahu dalam post sya sblm ini, kadar like naik tetapi pageview berkurang. Apa yang saya perasan, itu disebabkan kelemahan pada plugin popup itu sendiri. *saya belum cari plugin popup yang ok...saya rasa ada!!!

Soalan 3

bro ada buat servis tarik fan ke fanpages tak?

Jawapan :

Saya belum pernah buat service apa-apa selama 3 tahun saya dalam dunia Internet Marketing & Blogging ini. Sebab, saya rasa saya belum bersedia dari segi untuk memberi support yang baik.

Untuk service tarik fan ke fanpages juga tidak pernah saya lakukan...
 
Last edited:
Q : Dari 20 likes di fanpage Berapa dapat Visitor?

jbboykiller said:
salam bro,
ade pape tip or panduan tuk beriklan gne fb ads x?

lg 1 bro..s2u tu da ade 20k like kn..bnyk ke trafik bro dpt dgn 20k like tu?

thank u..:)

Jumlah yang saya ada sekarang sekitar 28k.

Kita perlu tahu beberapa perkara macam mana status/link yang kita kongsi di fan page tu untuk sampai kepada fans.

1. Most Recent
Setiap orang yang berfacebook perkara pertama akan dibuat adalah tengok wall sendiri.

Status kita tidak akan sampai kepada mereka di wall. Kemudia mereka akan ke "home" dan default setting adalah Top News kemudian kalau mereka rajin baru akan klik "most recent".

Jadi, peratusan untuk orang klik adalah sangat rendah sebenarnya kerana orang berfb bukan keje dia nak cek fan page kita setiap kali login.

2. Top News

Ini yang perlu kita target sebenarnya supaya dapat jadikan status kita berada di top news fans kita.... Bagaimana caranya?? boleh rujuk kembali post saya sebelum ini [link]

3. Waktu Puncak Facebook

Waktu puncak ni bermaksud bila selalunya orang ramai online di facebook. Kalau ada 28k fans pon kalau kita share link di status pada pukul 4 pagi berapa orang yang nak like/klik status kita??

Masa memainkan peranan jugak...

Sebelum ini saya pernah berkongsi waktu-waktu puncak di thread lain dan arwah syafsp pernah cuba dan berkesan katanya.

hari tu aku ada terbaca post ko pasal update blog melalui facebook.. memang betul2 mujarab

mula-mula orang yang online blog aku dalam 13 org je, lepas aku letak link panas kat facebook, terus mendadak jadi 117 org!

Caranya....

ada, yang ko post, kt thread mana entah. kalau promote melalui facebook, ada waktunya di antara 10-11, 1-2, 4-6 dan 8pm. tak silap aku. aku guna teknik tu, 3 minit je, terus mendadak 117 utk sekali gus, kalau sehari dalam 400++ mcm tu je.

Persoalan yang mungkin timbul....

Ntah betol ke tak la "aku" ni kan???

Saya ada dalam 4k friends di fb...jadi pada kebiasaannya dari 4k friends tu...paling banyak online pon pada satu-satu 400 orang.

400/4000 = 1: 10

so, andaian mudah saya ketika itu juga dari 20,000 fans yang saya ada mesti 2000 yang sedang online...So, masa-masa macam ni la bagus untuk kongsi/share sesuatu.

Bila ramai orang tengok...ramai orang komen/like. Bila ramai orang komen/like status/link yang kita kongsi akan berada di Top News fans kita yang lain...

Mana ko tahu 10-11, 1-2, 4-6 dan 8pm orang ramai online??

Saya analasis data yang orang selalu datang ke blog saya. Tetapi keadaan ini adalah berbeza untuk hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.

Jumaat pantai timur cuti,Sabtu semua cuti, Ahad pantai timur aje kerja....
 
saya ada buat blog..ada org ckp kalau kita masukkan nuffnang tu tiap kali org singgah kt blog kita akan dapat duit betul ke?..mcm mana dapat tu?...
 
saya ada buat blog..ada org ckp kalau kita masukkan nuffnang tu tiap kali org singgah kt blog kita akan dapat duit betul ke?..mcm mana dapat tu?...

ni peringkat awal ni #:-S Boleh rujuk page pertama balik [link]

Atau rujuk google [link]
 
Jumlah yang saya ada sekarang sekitar 28k.

Kita perlu tahu beberapa perkara macam mana status/link yang kita kongsi di fan page tu untuk sampai kepada fans.

1. Most Recent
Setiap orang yang berfacebook perkara pertama akan dibuat adalah tengok wall sendiri.

Status kita tidak akan sampai kepada mereka di wall. Kemudia mereka akan ke "home" dan default setting adalah Top News kemudian kalau mereka rajin baru akan klik "most recent".

Jadi, peratusan untuk orang klik adalah sangat rendah sebenarnya kerana orang berfb bukan keje dia nak cek fan page kita setiap kali login.

2. Top News

Ini yang perlu kita target sebenarnya supaya dapat jadikan status kita berada di top news fans kita.... Bagaimana caranya?? boleh rujuk kembali post saya sebelum ini [link]

3. Waktu Puncak Facebook

Waktu puncak ni bermaksud bila selalunya orang ramai online di facebook. Kalau ada 28k fans pon kalau kita share link di status pada pukul 4 pagi berapa orang yang nak like/klik status kita??

Masa memainkan peranan jugak...

Sebelum ini saya pernah berkongsi waktu-waktu puncak di thread lain dan arwah syafsp pernah cuba dan berkesan katanya.



Caranya....



Persoalan yang mungkin timbul....

Ntah betol ke tak la "aku" ni kan???

Saya ada dalam 4k friends di fb...jadi pada kebiasaannya dari 4k friends tu...paling banyak online pon pada satu-satu 400 orang.

400/4000 = 1: 10

so, andaian mudah saya ketika itu juga dari 20,000 fans yang saya ada mesti 2000 yang sedang online...So, masa-masa macam ni la bagus untuk kongsi/share sesuatu.

Bila ramai orang tengok...ramai orang komen/like. Bila ramai orang komen/like status/link yang kita kongsi akan berada di Top News fans kita yang lain...

Mana ko tahu 10-11, 1-2, 4-6 dan 8pm orang ramai online??

Saya analasis data yang orang selalu datang ke blog saya. Tetapi keadaan ini adalah berbeza untuk hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.

Jumaat pantai timur cuti,Sabtu semua cuti, Ahad pantai timur aje kerja....

Thanks yang tips waktu puncak tu memang berguna sangat2....
 
Back
Top
Log in Register