BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wikileaks in Quran

Freak

Fun Poster
Messages
143
Joined
Dec 13, 2010
Messages
143
Reaction score
8
Points
15
1. Kematian itu pasti
"Katakanlah: Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (32:11)

kita sedar kita akan mati, tetapi kita lebih ketawa dari berfikir mengenai nasib kita selepas mati

2. Dunia akan berakhir
"sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!"(6:30)

kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara, tetap kita lebih mencintai dunia dari akhirat.

3. Neraka untuk orang Ingkar
"Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir" (3:131)

Kita tahu wujud neraka, tetapi kita masih melakukan dosa

4. Syaitan musuh manusia
"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata." (2:208)

Kita tahu syaitan itu musuh kita, tetapi kita masih mematuhi mereka

5. Syurga untuk orang Beriman
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (55:46)

Kita tahu wujud syurga, tetapi kita tidak berusaha mengumpul pahala


sumber: Telegram Usang
 
terbaik TT..


=D>=D>=D>​
 
Back
Top
Log in Register