AMICO66
Super Active Member
- Messages
- 9,664
- Joined
- May 5, 2008
- Messages
- 9,664
- Reaction score
- 273
- Points
- 91
Weigang terus tagih hutang
Oleh Ahmad Khawari Isa
[email protected]
FAM belum langsai RM130,000; Perak RM700,000
APABILA Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengherdik persatuan negeri dan pasukan yang dibelenggu hutang tertunggak, minggu lalu, badan induk itu tidak sedar betapa tindakannya 'ibarat menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri.'
Kerana hari ini adalah 'ulang tahun' kedua janji FAM kepada bekas Pengarah Teknikalnya, Karl Heinz Weigang, untuk melunaskan tuntutan RM130,000 angkara pelbagai belanja yang sudah didahulukan.
Jumlah itu dinyatakan Weigang dalam kiriman emel, tiga hari lalu, yang turut mendedahkan 'kepincangan' FAM dalam menguatkuasakan keputusan Jawatankuasa Status Pemain FAM pada 9 Februari 2007.
"FAM berhutang dengan saya jumlah keseluruhan RM133,394 untuk pelbagai pendahuluan perbelanjaan. Ia termasuk pembaharuan pasport dan belanja perubatan pemain-pemain kebangsaan.
"Ia juga termasuk belanja pengangkutan dan penginapan untuk ke beberapa negeri bagi pertemuan dengan pegawai, jurulatih serta pemain serta menyaksikan pelbagai perlawanan.
Karl Heinz Weigang
"(Bekas) Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri (Dr) Ibrahim Saad sudah beberapa kali berjanji bahawa 'jumlah kecil' ini akan dilunaskan secepat mungkin," tegasnya dalam emel berkenaan.
Janji itu didakwa diberikan Ibrahim ketika Weigang hadir ke FAM pada 9 Februari, dua tahun lalu, untuk kes tuntutannya terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PFA). Weigang adalah Pengarah Teknikal FAM untuk tempoh setahun pada 2005.
Selain itu, FAM juga tampak mengamal sikap sambil lewa apabila langsung tidak memantau penguatkuasaan keputusan Jawatankuasa Status Pemain, dua tahun lalu, yang mengarahkan PFA melunaskan tuntutan keseluruhan Weigang berjumlah lebih AS$200,000 (RM700,000).
Tuntutan itu merangkumi pinjaman pendahuluan RM30,000 untuk yuran perpindahan bekas pemain Hungary, Laszlo Repasi dan Janos Krecska pada 1997 dan lebih AS$23,000 (RM80,000) membabitkan urusan beberapa pemain import lain.
"Turut dikemukakan ialah RM169,635 buat pendahuluan pengurusan pasukan untuk jurulatih dan pemain, RM248,156 untuk baki gaji saya dan RM30,062 untuk kos penerbangan antarabangsa.
"Semua dokumen dan resit berkaitan sudahpun dikemukakan kepada FAM dan PFA. Beberapa mesyuarat diadakan FAM, malah PFA sendiri mengakui ada menerimanya. Tetapi sehingga kini, belum ada penyelesaiannya," kata Weigang.
apa ni FAM?? buat malu negara saja.