BTC USD 83,855.4 Gold USD 4,165.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wawasan 2057

azlann1981

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,538
Reaction score
254
Points
91
Pak Lah umumkan wawasannya utk negara, wawasan 2057 tp tukar sket nama jadi misi 2057.. lepas ni pergi BTN kena nyanyi tambah satu lagi lagu le, wawasan 2057..


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) semalam mengumumkan Misi 2057 sebagai kesinambungan Wawasan 2020 bagi memastikan rakyat terus membangun mengikut acuan sendiri selepas Malaysia menjadi negara maju.


Misi itu, yang dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam, memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa dan perpaduan kaum dalam tempoh 37 tahun Malaysia sebagai negara maju, menuju ulang tahun ke-100 kemerdekaannya.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan perlu berpandangan ke hadapan dengan merangka rancangan 50 tahun dari sekarang yang memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa dan perpaduan kaum.

“Dewan Tertinggi BN yang berbincang perkara ini, ingin memastikan selepas kita mencapai Wawasan 2020 sebagai negara maju, kita mempunyai acuan bangsa yang mengikut budaya kita, toleransi dan mematuhi agama untuk selama-lamanya,” katanya.

Memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau yang juga Pengerusi BN, berkata Misi 2057 meletakkan harapan tinggi terhadap generasi muda akan datang kerana merekalah mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara.

“Saya harap ini akan membantu peningkatan yang lebih hebat. Tahun ini adalah ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara dan diharap kita masih ada 50 tahun lagi sebagai satu kesinambungan kepada pencapaian matlamat 2020,” katanya.

Abdullah mengajak ahli parti komponen BN serta seluruh peringkat masyarakat, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, wanita dan profesional, memberi pandangan mengenai masa depan negara.

Katanya, pencapaian setiap tahun akan menjadi asas kepada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat gemilang, cemerlang dan terbilang.

“Toleransi agama juga mesti diteruskan selama-lamanya kerana setiap kali menjelang 13 Mei, soal perpaduan sering dibangkitkan. Kita perlu bergerak sebagai bangsa yang bersatu, muhibah dan janganlah kita berundur,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, akan merangka program khusus untuk meraikan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

Beliau berkata, persetujuan diperoleh di kalangan kepemimpinan BN untuk menentukan rancangan peringkat nasional membabitkan semua parti komponen sempena hari bersejarah itu.

Mengenai spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi, Abdullah berkata, perkara seperti itu biasanya hangat dibincangkan apabila tempoh pemerintahan tiba di ‘setengah jalan’.

“Ini tidak bermakna saya akan tetapkan tarikh pilihan raya. Yang penting banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak projek yang hendak dilaksanakan,” katanya sambil menambah BN bersedia menghadapi pembangkang pada bila-bila masa.

Abdullah juga berharap kedudukan ekonomi yang kukuh pada masa ini akan bertambah baik lagi pada masa hadapan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun lalu meningkat 5.9 peratus dan negara berharap untuk mencapai pertumbuhan sebanyak enam peratus tahun ini.

“Ekonomi, Alhamdulillah, berada dalam keadaan yang baik dan kita harap supaya kedudukan itu akan bertambah baik pada masa hadapan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, juga berharap projek serta program yang dilaksanakan kerajaan dari semasa ke semasa akan memberi faedah kepada rakyat.

“Di peringkat makro ekonomi, ada faktor yang menyenangkan, yang boleh membawa faedah secara keseluruhannya kepada ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri mengulangi bahawa kerajaan akan melaksanakan secara bersungguh-sungguh semua program yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Dengan itu, pemimpin parti yang ada perlulah memainkan peranan masing-masing terhadap kerajaan dan swasta.” katanya.
 
ape lah melalut PL ni..nak suh orang lupakan wawasan 2020 kot ;)

patutnya fokus dulu pencapaian ke arah 2020 ...
 
ape lah melalut PL ni..nak suh orang lupakan wawasan 2020 kot ;)

patutnya fokus dulu pencapaian ke arah 2020 ...

btul apa yg ko ckp tu. selepas 2020 baru la buat wawasan baru plak.jgn gelojoh.
 
nak bikin nama naik balik le tu,
tak makan de taktik cmni :cool:
 
Wawasan 2020 pun aku rasa mcm xleh tcapai ke..
yang "wawasan 2020" aku rase cume

1. TOL naik Harga
2. Byk lagi tol akan dikenalkan
3. Minyak naik harga.. n pasti 300% xkan turun walaupun harga minyak jatuh.. dah ader contoh.. bengang aku.. minyak dunia naik sehari kelam kabut naikkan minyak... bile minyak jatuh wat bodo je..
 
Wawasan 2020 pun aku rasa mcm xleh tcapai ke..
yang "wawasan 2020" aku rase cume

1. TOL naik Harga
2. Byk lagi tol akan dikenalkan
3. Minyak naik harga.. n pasti 300% xkan turun walaupun harga minyak jatuh.. dah ader contoh.. bengang aku.. minyak dunia naik sehari kelam kabut naikkan minyak... bile minyak jatuh wat bodo je..

time PL jer petrol naik sekaligus 30sen kekekeke
time TUN dulu2 nak naik 1 sen pun payah:D
 
Last edited:
pak lah cuuba melenyapkan wawasan 2020 yg di ilmhamkan oleh TUN,supaya lepas ni org ingat pak lah dgn misi nya wawasan 2057 ,bodoh nya pak lah ni !! minyak nak 30 sen tak pernah di buat org tol naik !!!
 
Back
Top
Log in Register