—Admin FB Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin—
[ Syamsul Zaman — Budok Pelik & Ajaib ]
Syamsul Zaman Mudir Madrasah Syukriah didalam video berceramah tentang dirinya , antara lain :-
“Ambo ni tok leh kalu dey ceramoh gak mari zouq supo Habib Umar lah tuey-tuey . ilmu tu ambo boleh dengan tanpa mengaji , boleh mic tu gak ilmu mari dengan sendiri , ambo boleh royak ayat Quran mano ayat Hadis mano . Mu tok soh royak lah mu hebat syarah , kalu mu syaroh dengan aku , mu royak lah gapo mu nk royak , aku boleh syaroh lebih pado tu lagi hok mu tok reti nok royak . Tok Guru Nik Aziz ni pilih aku sejak aku umur 12 tahun lagi untuk syaroh doh , Tok Guru Nik Aziz kato ko aku :- “Mu ni budok tapi lebih Alim daripado Aku”. Tok Guru Nik Aziz pernoh tolok aku jadi Tok Imey Semaye (Yakni Tok Guru Nik Aziz jadi Makmumnya) . Tok Guru Haji Loh Lubuk Tapoh tu Alim 4 Mazhab tapi tolok ambo jadi Tok Imey Semaye tuan - tuan yang mulio . Tok Guru Haji Loh Lubuk Tapoh kato ko aku “ Syamsul Zaman ni ialah satu budok yang pelik , Macam mana tak dok ilmu tok ngaji tapi bilo bersyaroh lebih Alim daripada orang yang ngaji” — Intaha ambo naqol dengan berlebih kurang .
Kesimpulannya yang kita dapat Faham ceramah beliau ini ialah :-
1– Syamsul Zaman sama seperti Habib Umar Bin Hafidz
2– Siapa pun yang mengajar didepan Syamsul Zaman pasti tidak boleh mengatasi Ilmu Syamsul Zaman sebab beliau boleh ulas lebih daripada siapa pun yang syarah didepan beliau .
3– Syamsul Zaman lebih Alim daripada Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat رحمه الله تعالى antara bukti kealiman Syamsul Zaman melebihi Al-Marhum TGNA ialah Syamsul Zaman pernah menjadi Imam Sembahyang kepda Al-Marhum TGNA .
4– Bahkan keAliman Syamsul Zaman juga melebihi daripda Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas Kelantan رحمه الله تعالى kerana Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapak yang walaupun Alim 4 Mazhab namun tetap memintak Syamsul Zaman untuk menjadi Imam Sembahyang .
5– Tidak cukup dengan diangkat oleh Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah menjadi Imam , Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuh Tapah Pasir Mas didakwa oleh Syamsul Zaman kononnnya sangat kagum dengan kehebatan diri Syamsul Zaman yang tidak mengaji tetapi Alim . Seolah-olahnya Syamsul Zaman mendapat ilmu Ladunni yakni Ilmu tanpa Belajar .
Mohon Al-Fadhil Ustaz Hamdan Abdullah Al-Yarmouki Al-Funduqi Hamdan Abdullah Al-Yarmouki Al-Funduqi & Ustaz Nik Mohamad Abduh atau Ustaz Nik Omar mengesahkan adakah benar dakwaan Syamsul Zaman ini ?!
Sungguh Syamsul Zaman ialah Budak Pelik & Ajaib