BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Ujian Terbaru Dedahkan Pelayar Terpantas Untuk Peranti Android

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Dalam ujian terbaru yang dijalankan menggunakan infrastruktur sumber terbuka BLaDE, Brave untuk Android membuktikan bahawa ia adalah pelayar terpantas berbanding pelayar lain. Malah Brave juga didapati lebih efisien berbanding pelayar utama lain seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge, dan DuckDuckGo. Dalam ujian menggunakan peranti Google Pixel 6a, Brave mencatat penggunaan tenaga 3.9% lebih rendah serta 5.5% lebih sedikit penggunaan kuasa CPU berbanding pelayar Chrome, Edge, dan Firefox.
figure-2.webp


Jika dibandingkan dengan DuckDuckGo pula, Brave lebih menyerlah dengan 23.7% kurang penggunaan tenaga dan 17.6% kurang penggunaan CPU. Dari segi penggunaan memori (RAM), ujian itu mendedahkan Brave menggunakan:​
  • 31.1% lebih rendah daripada DuckDuckGo​
  • 9.8% lebih rendah daripada Edge​
  • 40.1% lebih rendah daripada Firefox​
figure-3.webp



Perbandingan penggunaan memori antara pelayar popular. Walaupun Brave mencatatkan penggunaan RAM 4.6% lebih tinggi daripada Chrome, ia disebabkan oleh fungsi terbina dalam untuk menyekat iklan dan penjejak (tracker), yang turut menjimatkan data. Dalam aspek kelajuan, Brave menonjol dengan Lebih 80% laman web dimuat sepenuhnya dalam masa kurang daripada 2.5 saat. Jadi, jika anda mencari pelayar yang pantas, jimat bateri dan tidak membazir data, Brave mungkin jawapannya.

Sumber asal https://brave.com/blog/brave-android-one-eight-zero-plus-performance
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register