BTC USD 82,320.3 Gold USD 4,175.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT uefa champions league draw

Inter ke pusingan kedua

TRABZON, Turki - Inter Milan mengesahkan slot ke pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara selepas muncul juara peringkat Kumpulan B.

Terdahulu, Inter sekadar seri 1-1 menentang Trabzonspor di Stadium H. Avni Aker awal pagi semalam.

Meskipun sekadar seri namun keputusan tersebut dianggap sudah memadai buat kelab gergasi Itali itu untuk ditabalkan juara Kumpulan B dengan mengumpul 10 mata biarpun masih berbaki satu perlawanan lagi untuk diharungi.

Bagaimanapun, Inter perlu berterima kasih kepada Lille yang berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas CSKA Moscow bagi membantu mereka terus unggul berada di kedudukan teratas carta peringkat Kumpulan B.

Situasi tersebut sekali gus menyaksikan satu lagi slot untuk ke pusingan kedua kini menjadi perebutan antara tiga lagi kelab dalam Kumpulan B iaitu Trabzonspor, Lille dan CSKA Moscow.

Ketika ini, Trabzonspor berada pada kedudukan kedua carta Kumpulan B dengan mengumpul enam mata, satu mata meninggalkan Lille dan CSKA Moscow yang masing-masing berada di tangga ketiga dan keenam.

Pada aksi menentang Trabzonspor, Inter terlebih dahulu di depan selepas Ricardo Alvarez Puig membuka tirai jaringan pada minit ke-18 sebelum Halil Altintop menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Bagi Altintop, keputusan seri tersebut ternyata sudah memadai buat mereka memandangkan ia merupakan kempen pertama mereka dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Malah, dia turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan rakan-rakan sepasukannya yang lain sepanjang kempen kali ini berlangsung.

"Biarpun ini merupakan aksi pertama kami (Trabzonspor) dalam saingan Liga Juara-Juara namun kami telah beraksi dengan baik sekali.

"Saya harap kami akan sekali lagi layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan bagi memperoleh seberapa banyak pengalaman yang boleh," kata Altintop. - Reuters
 
Wenger selar spekulasi

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menafikan spekulasi bahawa dia sedang mempertimbangkan kariernya bersama pasukan itu.

Wenger dilaporkan telah memberitahu peminat skuad The Gunners bahawa beliau tidak berminat untuk meninggalkan pasukan itu sebelum aksi menentang Borussia Dortmund pada kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Emirates itu, tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Dortmund, sekali gus mara ke pusingan kedua.

Penyerang Belanda, Robin van Persie terus cemerlang apabila menjaringkan kedua-dua gol Arsenal masing-masing minit ke-48 dan 86, manakala gol sagu hati Dortmund diperoleh menerusi Shinji Kagawa pada masa kecederaan.

Sebelum ini, Wenger, 62, dilaporkan masih mempertimbangkan masa depannya bersama Arsenal sehingga penghujung musim ini.

"Anda mungkin pernah membaca cerita yang berlainan mengenai saya pada penghujung minggu lalu tetapi apa yang boleh saya katakan, Arsenal adalah nyawa saya," kata Wenger.

"Saya masih memiliki kontrak dan saya akan menghormatinya. Saya mungkin akan memikirkan kedudukan itu apabila saya merasakan saya sudah tidak dapat melaku- kan apa-apa yang terbaik buat pasukan.

"Anda tidak boleh mengatakan anda sayangkan kelab dan mengabaikannya apabila anda ditimpa malapetaka seperti mana apa yang kami telah lalui di permulaan musim.

"Tiada mesej yang mengelirukan. Jujur saya katakan, komitmen dan sayang saya pada kelab mungkin akan berubah jika saya rasakan saya sudah tidak mampu melaku- kan sesuatu yang terbaik."

Arsenal gagal memenangi sebarang kejuaraan utama sejak tahun 2005 dan pasu- kan itu bermula hambar pada awal musim ini selepas dibelasah 2-8 oleh Manchester United pada kempen Liga Perdana England.

Ia merupakan kekalahan terburuk yang pertama sejak tahun 1896 dan berada di kedudukan ke 17 daripada 20 pasukan di Liga Perdana England (EPL) pada akhir bulan Ogos.

Begitupun, sejak dikritik hebat itu, prestasi Arsenal semakin meningkat dan bertambah baik .

Selepas memenangi lima perlawanan liga baru-baru ini, Arsenal melonjak ke kedudu- kan keujuh dan kini sedang bersaing untuk merebut kedudukan dalam kelompok empat teratas liga. - Reuters
 
Chelsea tersungkur

LEVERKUSEN - Pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas berada dalam situasi tertekan selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada Bayer Leverkusen pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Meskipun mendahului menerusi jaringan Didier Drogba pada masa kecederaan babak pertama, Chelsea gagal menyekat kemaraan Leverkusen yang menampilkan aksi lebih menarik selepas rehat.

Eren Derdiyok mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-73 sebelum Manuel Fri- edrich mengesahkan kemenangan Leverkusen pa- da masa kecederaan babak kedua.

Kekalahan itu adalah yang keempat daripada tujuh perlawanan dan kini, skuad The Blues perlu menewaskan Valencia untuk terus bersaing dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Ketika ini, moral para pemain kami memang begitu rendah dan menjadi tanggungjawab saya untuk menaikkan kembali semangat mereka.

"Saya akan bertanggungjawab untuk mengubah nasib pasukan ini. Pada masa yang sama, penyokong juga perlu memainkan peranan supaya kami menang pada aksi terakhir menentang Valencia nanti.

"Sudah tentu saya sedi- kit kecewa dengan keputu- san perlawanan ini.

"Ia memang bukan tugas yang mudah bagi mana- mana kelab Liga Perdana England untuk beraksi dalam kempen Liga Juara- Juara.

"Tambahan pula, Valencia memang pasukan yang kuat. Kami begitu sengsara apabila melepaskan banyak gol. Jadi, kami perlu bangkit mencatat kemenangan tanpa sebarang alasan," katanya.

Menurut Villas-Boas, beliau juga terpaksa membuat keputusan sukar mengeluarkan David Luiz untuk digantikan dengan Alex pada perlawanan itu meskipun tindakannya mengundang padah menerusi gol lewat tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.

"Luiz kurang cergas dan mengadu pening kepala ketika waktu rehat, jadi saya terpaksa mengeluarkannya," katanya. - Agensi
 
Back
Top
Log in Register