ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pemain Turki, Onuracan Piri (tengah) diasak pertahanan El Salvador pada aksi Piala Dunia B-20 di Trabzon, awal pagi semalam.
TUAN rumah, Turkimemulakan kempen Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) dengan langkah kanan selepas menumpaskan El Salvador 3-0 di Trabzon, awal pagi semalam.
Keputusan itu meletakkan Turki selesa mendahului Kumpulan C dan hanya perlu mencatat sekurang-kurangnya satu kemenangan bagi mara ke pusingan seterusnya.
Salih Ucan membuka tirai jaringan pada minit kesembilan sebelum Enver Sahin menyumbang dua gol pada m-46 dan m-64.
Turki akan bertemu Colombia di Stadium Rize, awal pagi Rabu ini.