BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tipu Helah (Scam)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
Tipu Helah (Scam)

Islam adalah agama kasih sayang yang menjaga bukan sahaja hubungan dengan Allah SWT bahkan hubungan sesama makhluk turut menjadi kepentingan yang mesti dipelihara.

Menipu, berbohong, melakukan tipu helah dan bermacam lagi yang seumpamanya merupakan larangan keras dalam agama Islam. Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Menipu dan melakukan sebarang helah kezaliman pasti akan mengundang kecelakaan.

Hari ini, Zionis 🇮🇱 cuba menipu dunia dengan perbuatan kejam mereka, tetapi menjadi senjata balas terhadap mereka pula.

Di Malaysia, scammer semakin bijak menipu manusia semata-mata kerana secebis harta yang haram.

Ingat lah doa mereka yang dizalimi itu akan dimakbulkan. Setiap yang zalim akan beroleh balasan dari Yang Maha Membalas.

 

Wang simpanan, Tabung Haji RM259,000 lesap ditipu ‘phone scam’​

  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 24 November 2023, 10:57 pm



scam.jpeg
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang guru berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM259,000 selepas terpedaya sindiket penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, mangsa mendakwa dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri dari Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) pada 26 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian telah dihubungi oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Ipoh, Perak mengatakan dia telah terlibat dengan pengubahan wang haram.
“Mangsa telah diminta oleh pegawai penyiasat untuk memindahkan kesemua wang miliknya ke dua akaun yang telah diberikan.

“Disebabkan percaya dan takut, pengadu telah memindahkan semua wang kepada dua akaun bank yang dikatakan dimiliki oleh juruaudit Bank Negara untuk tujuan audit forensik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mohd. Rosdi memberitahu, mangsa telah melakukan 10 transaksi daripada wang simpanan dan akaun Tabung Haji berjumlah RM259,000 bermula 30 Oktober sehingga 8 November lalu.

Katanya, mangsa kemudian menyedari dia telah ditipu selepas wang diberikan itu tidak dikembalikan seperti yang dijanjikan lalu mangsa membuat laporan polis semalam.-KOSMO! ONLINE

 
Back
Top
Log in Register