BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Threads Beralih Ke Nama Domain .Com

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Threads, perkhidmatan media sosial yang beroperasi dibawah Instagram, kini telah melakukan perubahan pada alaman domain mereka, sekaligus mengubah capaian perkhidmatan berkenaan daripada Threads.net kepada Threads.com.

Threads-web-dot-com-950x535.jpg.webp


Untuk makluman, pihak Meta sedia mendapatkan nama domain Threads.com ini daripada pihak Shopify pada September 2024 yang lepas. Nilai pengambil-alihan nama domain berkenaan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak. Bermula hari ini, pengguna yang ke URL lama Threads.net akan secara automatik dibawa ke URL baru. Ini juga dilihat akan memberikan penjenamaan yang lebih selari kepada semua produk Meta yang menggunakan domain dengan akhiran .com. Bersama-sama dengan kemaskini ini juga, pihak Threads menambah beberapa ciri baharu, termasuk akses kepada latar masa yang diperibadikan mengikut citarasa dan keperluan pengguna. Kemaskini ini hadir selepas Meta mengumumkan pengenalan ciri pengiklanan pada peringkat global pada Threads, juga pada minggu ini.​
 
Back
Top
Log in Register