BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telefon bimbit RM50 di GoMobile ‘08

Tirai Niaga

Fun Poster
Messages
485
Joined
Aug 29, 2008
Messages
485
Reaction score
6
Points
15
PENGEJAR teknologi maklumat (IT) di negara ini bukan saja menikmati pameran industri mudah alih di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 November ini, malah mampu memiliki telefon bimbit serendah RM50!

Ia seperti dinyatakan Penganjur Bersama ekspo gaya hidup mudah alih IT, GoMobile Expo 2008 (GoMobile ‘08), Kashminder Singh yang mengatakan ekspo terbabit julung kali dianjurkan di negara ini.


“Ekspo ini membuka peluang orang ramai mengenali dunia IT terutama berkaitan perkakasan mudah alih yang mampu menarik minat lebih mendalam serta merancakkan industri itu apalagi dengan tawaran membelinya pada pakej menarik,” katanya.

Menurutnya, ekspo anjuran bersama LTT Global Communications Sdn Bhd dan Mobile World, mampu menarik 100,000 pengunjung ke pameran industri peralatan mudah alih yang pertama di Malaysia.

GoMobile ‘08 adalah ekspo gaya hidup mudah alih teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di PWTC selama empat hari bermula 20 November ini yang mempamerkan rangkaian telefon mudah alih, komputer dan aksesori teknologi komunikasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wemel Cumavoo, berkata pihaknya menawarkan ruang kepada pengusaha atau pengeluar produk mudah alih di bawah satu bumbung untuk sama-sama mengukuhkan lagi pasaran mudah alih negara.

Beliau berkata, lebih 224 gerai merangkumi pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan dan antarabangsa akan turut sama memacu pertumbuhan pasaran komunikasi sepanjang expo berkenaan.

“Kami menganggap acara ini berbentuk serantau iaitu ia bukan saja tertumpu di negara ini, malah meliputi Asia Tenggara dengan pengusaha industri mudah alih turut sama menawarkan servis serta produk serta tampil dengan idea inovatif dalam memajukan industri,” katanya.

GoMobile ‘08 turut mendapat tajaan serta kerjasama daripada Maxis Communications Bhd (Maxis), Multimedia Super Corridor Malaysia (MSC) dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).



RM 50 ?:o
 
murahnye... RM50 je... ke dapat 3310 je tuk RM50 tu?? :))
 
..MuRAh NyEA!!..paIteyok paNdee!!!
 
dapat hp apa ngan 50 hinggit... murah tull
 
wow!! .. menarik .. RM50 henggit!!:D
 
rm50..pakai utk brapa hari hp tu??:D:D:p
 
enpon cap apa ek yg rm50 tu
 
Back
Top
Log in Register