BTC USD 85,501.8 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknologi: Internet mudah alih semakin memikat

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
mainpix1.jpg

KEMUDAHAN internet kini menjadi keperluan wajib bagi strategi pemasaran telefon bimbit di kalangan pengeluar.

BERMULA kemunculan teknologi Internet mudah alih beberapa tahun lalu, 2009 bakal menyaksikan lonjakan mendadak dalam perkembangan teknologi berkenaan apabila kini ada kira-kira 500,000 pengguna tetap kemudahan berkenaan di negara ini.

Dijangkakan, lebih ramai pelanggan sudah mula berkira-kira untuk menjadikan teknologi ini sebagai 'perlu dimiliki' bagi telefon bimbit mudah alih mereka, seperti yang dilaporkan firma penyelidikan pasaran antarabangsa utama, The Nielsen Company menerusi satu Laporan Tinjauan Mudah Alih, baru-baru ini.

Pengarah Penyelikan Pengguna The Nielsen Company, Vinod Paul, berkata dari segi jantina, lelaki dilihat meraih markah lebih tinggi bagi kemahuan mendapatkan teknologi baru muncul dalam telefon bimbit mereka.

"Bagaimanapun, dari segi Internet mudah alih, kedua-dua jantina adalah sama dan ini menunjukkan teknologi baru muncul ini pantas mendapat penerimaan arus perdana," katanya yang memantau kaji selidik terbabit.

Hasil laporan itu diperoleh daripada satu kaji selidik bersindiket terbesar yang pernah dilaksanakan The Nielsen Company ke atas pasaran telekomunikasi tempatan merangkumi kira-kira 3,000 pengguna di seluruh negara.

mainpix2.jpg


Vinod menjelaskan, kaji selidik itu mengukur prestasi jenama, penguasaan pasaran yang dilaporkan, tabiat pembelian, penggunaan yang dilaporkan dan keutamaan, selain kesetiaan dan kepuasan kepada pengendali telekomunikasi serta peranti mudah alih di kalangan rakyat Malaysia, ekspatriat dan pekerja asing.

Katanya, antara tinjauan menarik yang diperoleh dalam laporan itu ialah ketidakseimbangan antara ekuiti jenama pengendali mudah alih tempatan di kalangan pengguna dan penguasaan pasaran sebenar mereka.

Beliau menambah, ini adalah menerusi satu analisis Indeks Ekuiti Jenama (BEI), alat utama yang digunakan The Nielsen Company untuk mengukur prestasi ekuiti jenama.

"Pengukur BEI itu memberikan satu tinjauan realiti kepada syarikat telekomunikasi. Ia adalah alat yang amat berguna kepada pengendali, membolehkan mereka menanda aras penguasaan pasaran sebenar berbanding paras kepuasan pengguna.

"Ini membolehkan mereka mengenal pasti ruang yang wujud dan melaksanakan strategi operasi dan pemasaran berkesan untuk menyeragamkan kedua-dua aspek," kata Vinod.

Pengukur BEI Nielsen dikira berdasarkan keutamaan, cadangan menggunakan sesuatu jenama dan kesanggupan untuk membayar lebih bagi sesuatu jenama.

Menurut laporan itu, penguasaan BEI Maxis yang kukuh dicerminkan menerusi dominasi syarikat itu ketika ini dalam pasaran, manakala Celcom adalah pencabar utama, berada pada kedudukan kedua dari segi jenama paling digemari (lihat carta).

"Celcom dilihat kurang menggunakan kekuatan jenamanya dengan pengguna, mengambil kira bahawa syarikat itu kini mengatasi Maxis dari segi pertimbangan rangkaian seperti kualiti rangkaian, liputan dan harga," kata Vinod.

DiGi, yang menjadi rangkaian perkhidmatan ketiga paling digemari, katanya, dilihat sedikit kurang menggunakan ekuiti jenamanya dengan pengguna, tetapi pada skala lebih kecil daripada Celcom.

"Kami menjangkakan kemudahalihan nombor mudah alih (MNP) memberikan kesan terhad kepada pelanggan dalam pasaran matang seperti Malaysia yang mana sesiapa saja yang tidak gembira dengan penyedia perkhidmatan akan beransur-ansur beralih ke rangkaian lain," katanya.

Bagaimanapun, Vinod menegaskan, ini tidak bermakna syarikat telekomunikasi leka kerana tahap perkhidmatan mereka akan dipantau dengan teliti oleh pengguna.

"Kami melihat syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan pelaburan mereka dalam pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) ketika mereka berdepan tekanan kompetitif bagi mempertahankan penguasaan pasaran masing-masing," katanya.

Kaji selidik itu turut memperlihatkan profil psikografi pengguna ke seluruh jenama telefon bimbit utama.

Profil Samsung dilihat condong ke arah pengguna berusia 35 tahun ke atas dan tertumpu kepada pengguna berbangsa Cina.

Pemilik adalah lebih luas dan cenderung kepada pengguna prabayar, pengguna Motorola lebih eksperimen, justeru lebih cenderung untuk bertukar.

Sementara itu, Sony Ericsson dilihat lebih condong kepada profil pengguna muda dan pengguna pasca bayar.

P/S: Best2.. Pasni berCG dengan hendset pulak..hehe
 
uit...asl maxis tggi sgt...nie yg x adil nie...hidup celcom :)):)):))
 
Happy kat mane lak dok dalam graph tuh..:))
 
Back
Top
Log in Register