BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tampal sticker kena saman?

PDRM jawab tuduhan tampal pelekat kena saman

vr.png_1468921304.jpg

Kuala Lumpur: "Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu," tegas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, mengenai salinan surat saman bertarikh 17 Julai yang viral di laman sosial.

Isu saman yang dikeluarkan di Merlimau, Melaka itu menjadi viral kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaman kereta yang mempunyai pelekat seperti 'Dilarang Merokok', 'Dilarang Makan' atau pelekat kelab kereta disertai.

"Kita saman cermin gelap dan orang yang kena saman ini dia menerima saman itu. Tetapi yang memviralkan benda ini sebenarnya bukan orang kena saman. Rakan dia yang langsung tidak tahu cerita sebenar.

"Kita dah sahkan) dengan orang yang kena saman. Memang rakan dia yang buat (viralkan) saman itu dan dia tidak tahu apa-apa.

"Kita kalau pasal 'sticker' (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap," katanya ketika dihubungi.

Justeru pihaknya turut menasihati anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis.

"Benda ini sudah viral di laman sosial. Tetapi tiada aduan rasmi dikemukakan kepada pihak kami mengenai saman itu.

"Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik," katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/152884
 
Pakai cermin gelap yang tak ikut garis panduan JPJ kan?
 
da takut la tu. padahal dua2 sakai.
 
Boleh buang semua stiker..abis.stiker flat ni mcm mana...xpasal2 kena clamp keta
 
kalau sticker bagi arahan buang jela
x perlu kot sampai kena saman.
 
"Kita dah sahkan dengan orang yang kena saman. Memang rakan dia yang buat (viralkan) saman itu dan dia tidak tahu apa-apa.

-member la ngok. tau nak viral je
 
Saya zoom kat sitcker tu nampak seperti sign manusia buat hubungan seks.
Dan kat surat saman tulis Tampal Suatu Pada Cermin.
Suatu tu mungkin bermaksud isyarat lucah dan bukannya maksud sticker.

ye tul takkan senang senang keluar saman sebab sticker:o:o
 
Back
Top
Log in Register