BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak Melayu Hilang Di Dunia

goldtrader

Super Active Member
Messages
6,928
Joined
Dec 24, 2005
Messages
6,928
Reaction score
50
Points
70
aku petik dari satu website ... mari kita berdiskusi ..

Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan "bahasa jiwa bangsa" dan "manusia mati meninggalkan nama" . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan "nama menunjukkan bangsa". Bahasa "nama" merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada "nama" manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan "Hang". Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran "Hang" telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk "Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan," cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku "Sejarah Melayu" edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan "campur" antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama "Paduka Hang Mamat" sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar "biduanda Cina" juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang "Sejarah Melayu" dan pengarang "Hikayat Hang Tuah" mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang "Sejarah Melayu" telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang "Hikayat Hang Tuah" adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?
 
Last edited:
La Ko Baru Tau Ker Hang Tuah Tu Cina.. Memang Confirm Cina, Ko Tgk Kat Melaka Dah La.. Tanjung Bagi Kat India (tg ******) Bukit Bagi Kat Cina(kubur Besar Cina Tu).. Sultan Yg Kahwin Dgn Hang Li Po Tu Pening Sikit.. Melayu Start Jatuh Pasal Dia La.. Tapi Kalau Hang Tuah Cina Pelik Jugak Kenapa Hang Tuah Cakap "takkan Melayu Hilang Di Dunia" Kalau Betul Hang Tuah Cina Mungkin Dia Cakap Macam Ni "takkan Hilang Melayu Di Dunia????" Lepas Tu Gelak Besar..:-? :-?
 
ahahahhahahha .... aku pun terpikir jugak .. hang lee kiew ... logik jugak .. lagipun takkan laa orang melayu nama Hang ...

ni plak aku petik dari satu blog ... ni bahagian lawak aje laa kot ...

Cerita Dongeng Merdeka
Suatu hari di sebuah warung bawah pokok di Empayar Melaka, abad ke-14. Laksamana Tuah bersama kawan karibnya, Tun Bendahara berduduk di bawah pokok menikmati teh tarik Mamak dan kuih Nyonya.

Tun Bendahara: Tuah, sepanjang malam aku tak tidur terfikir pasal si-Jebat tu. Tak terlantas aku kau sanggup membunuh dia.

Laksamana Tuah: Aiya Tun, lu tak faham lah. Kita mia olang cakap, manyak pantang kacau olang lain mia bini. Itu Jebat sudah... um... bo tua bo suey! Sultan mia gundik pun belani usik. Bikin malu keluarga Hang mia nama.

Tun Bendahara: Itu yang tak masuk akal, Tuah. Jebat tu kan adik kau sendiri? Kan orang putih cakap selalu cakap, "Blood is thicker than water"?

Laksamana Tuah: Adik da aanchua? Lu ingat jadi wa mia adik apa pun boleh bikin kah. Sekalang, wa bukan kerja sama sebalang olang tau. Wa mia bos, Sultan lah. Itu apa... belut... tikar...autar... olang putih mia cakap. Kita cakap, "Biar mati adik, jangan usik gundik!"

Tun Bendahara tidak berbalas. Beliau teringin sangat menegur Tuah pasal Bahasa Melayu Tuah yang cukup menyakitkan telinga, tetapi takut. Setiap kali si-pahlawan ini dipukau semangat patriotisme, dia suka hunus menjulang keris saktinya.

Laksamana Tuah: Woi Tun, wa cakap tak betui ah? Wa sudah lama tinggal sinilah. Kalau wa talak tolong jaga sama ini tempat, lu talak tolong jaga sama ini tempat - habis lah ini tempat.

Tun Bendahara: Kau takut apa, Tuah? Kalau musnah binasa Tanah Melayu ini, engkau masih boleh balik China.

Laksmana Tuah: Bukan balik tak balik mia pasal. Saya sudah lama duduk ini Tanah Melayu sampai sekalang saya pun sudah jadi olang Melayu mah.

Tun Bendahara: Eh, apa kau cakap tu, Tuah. Habis? Kalau tempat ini tukar nama jadi Malaysia, macam mana pulak?

Laksmana Tuah: Wa mah jadi olang Malaysia lah. Senang saja. Hahahaha! Wa sumpah sama lu, Tun, ta' Melayu hilang di dunia.

Tun Bendahara menjeling mata. Beliau sudah tidak tertahan dengan salahgunaan bahasa si-Cina ini. Kawalan pengunaan Bahasa Melayu Tuah cukup menyayatkan hati Tun. Tatabahasa silap. Peribahasa tak betul. Penggunaan pepatah Melayu pun salah. Imbuhan tak kena.

Tun Bendahara: Tuah, kau nak mengaku diri kau Melayu, aku tak kisah. Tapi, tolonglah bang, gunalah Bahasa Melayu yang tepat. Boleh tak? Apa ni, "Ta' Melayu hilang di dunia"? Cakap betul-betul - Tak akan hilang Melayu dari dunia ini!

Laksmana Tuah: Habis? Kalau ini tempat tukar nama jadi Malaysia apa macam? Hahahah!

Tun Bendahara: Maka kita katalah, "Tak akan hilang Malaysia dari dunia ini"! Hahah!

Laksmana Tuah: Wah, lu manyak pandai lah Tun. Okey, okey. Saya belanja lu makan Mi Goreng India. Mali, mali. Esok saya bawak Tun pigi tengok satu cun punya Puteli, atas gunung sana... Hahahahah....
 
Sejarah Melayu revisi A Samad Ahmad menyebut yang Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat, bukan Hang Kasturi seperti dalam edisi asal.

http://repository.tufs.ac.jp//handle/10108/2601

Berkenaan dengan Hang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu itu berbangsa Cina, aku sedikit ragu sebab tak pernah lagi aku dengar orang Cina yang bernama Jee Fatt, kecuali dalam komik Alam Perwira.
 
aku rasa komik alam perwira tu dia amik nama hang jebat kot(jee fat)
 
Back
Top
Log in Register