BTC USD 81,597.6 Gold USD 4,003.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak jadi la PRK....

1305

Super Active Member
Messages
9,729
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,729
Reaction score
136
Points
73
Adun Jawi bebas dakwaan salah guna kuasa


GEORGETOWN: Siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Tan Beng Huat selesai setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada keterangan untuk pendakwaan.

Tan berkata beliau menerima surat bertarikh 23 Julai daripada SPRM yang menyatakan kes itu ditutup.

"Saya akan buat permohonan kepada Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk mendapatkan kembali surat peletakan jawatan saya yang tidak bertarikh yang saya hantar tempoh hari," katanya kepada pemberita di ini, hari ini.


Pada 15 Jun lalu, Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong mengemukakan empat aduan melibatkan dakwaan salah guna kuasa, peruntukan wakil rakyat serta penggunaan logo kerajaan negeri untuk kutipan derma terhadap Tan kepada SPRM cawangan Pulau Pinang.

Dalam aduan itu, antara lain Teh mendakwa Tan mengeluarkan surat kuasa kepada pembawa surat yang dilantiknya untuk mengambil alih semua dewan milik kerajaan, kuasa dan kewangan serta peralatan daripada semua pengerusi dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di beberapa kawasan di Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan pertukaran kepimpinan kerajaan negeri.

Tan berkata surat yang ditandatangani oleh Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Mad Yatim turut menyebut bahawa suruhanjaya itu akan menyediakan Laporan Pemeriksaan berkaitan sistem dan perolehan mengenai pembelian dan pembekalan yang longgar yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

"Saya mahu Teh minta maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari atau saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya. - Bernama
aiseh.... boleh mcm tu pulak yer???

ermmmm.............
 
Utusan pun dah mohon maaf dari TGNA, Teh pun boleh mohon maaf kot, kalau tidak jadi teh tarik le!!!
 
Utusan pun dah mohon maaf dari TGNA, Teh pun boleh mohon maaf kot, kalau tidak jadi teh tarik le!!!

ye la... yang tak best tu, PRK tak jadi..

kalau tak, bleh tgk jalan bertambah hitam, longkang tanah jadi longkang konkrit, anak angkat fedral ke2... jambatan direct menghala ke KOMTAR ect la...

heheheheheehe....

bila nak ada PRK kat tempat aku...
 
Back
Top
Log in Register