BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sulam Mesin Berkomputer

mesin ada banyak harga.. untuk sulaman dari ruma ni range harga dia antara 2k hingga 40k:D kalau mesin sulaman yang panjang-panjang banyak head tu 100k+ ..~X(

yg tuan punya skang ni.. berapa K...?? :D
 
bagus ni dah lama aim nk beli satu tapi tak tau apa :))
sharing ilmu sikit moga murah rezeki :D
 
wow boleh tahan harga die..
biasa amek upah sulam ni brape?
boleh share?kot2 nak bisnes sulam dari rumah jugak ke..mane la tahu

harga kalau satu je memang mahal giler.. 1pcs sulam logo RM8. tu belum masuk kos buat paten blok lagi.(softcopy untuk mesin=digitizing) standard kat kedai2 diorang letak RM100. lepastu kos pos lagi.. :p

sebab tu boleh katakan 93% pengusaha sulaman ni susah nak layan tempahan sikit-sikit. sebab kang pelanggan tengok harga tu tak berbaloi.. kalau order banyak boleh kurang harga per pcs sulam. kadang2 digitizing pun boleh dapat free.

contoh order satu logo sulam patch (tak termasuk baju)
- logo = RM8
-digitizing = RM100
-pos = RM7

total jadi RM115 untuk satu logo patch

kalau order banyak katakan 30pcs logo patch
- logo = RM7x30 = 210
- digitizing = RM41 (ni rege saya bagi lerr)
- pos = RM10 (pakai pos yang paket besar tu)

total rm261 -- kalau kira balik satu logo dapat harga RM8.70

beza kann:D


kalau nak berniaga ni yang penting kena tahu kira kos. kos sulaman ni bahan2 yang nak dijahit tu.. macam benang, kain, stabilizer, kos digitizing buat blok... (ni kena selalu beli sebab order lain2) kos mesin, aksesori mesin, pekerja, untuk bos tu semua sebulan sekali atau setahun sekali

macam tu la lebih kurang..
 
yg tuan punya skang ni.. berapa K...?? :D

saya punya total untuk mesin sulam je tak lebih 30k pun. saya punya mesin kecik-kecik je. bagi saya yang jadikan hasil kualiti tu bergantung pada digitizing.

digitizing ni yang teruk sikit sebenarnya. banyak pengusaha outsource digitizer sebab diorang tak sempat nak buat.
 
bagus ni dah lama aim nk beli satu tapi tak tau apa :))
sharing ilmu sikit moga murah rezeki :D

inshaallah boleh... lagi banyak pengusaha sulaman masuk lagi bagus.. saya pun nak belajar jugakk.. mana tau ada yang boleh bagitau camne nak kurangkan kos operasi lagi..:))
 
lokasi mne tt?

lokasi saya kat chemor, perak. Nak datang raya ke?:))

kalau orang dekat2 datang je ler.. memang ada bilik asing (office) kat porch rumah saya.. kalau jauh online je dah laa..:D saya pun memang focus online je..:D
 
oh duduk ipoh jugak. mesin tak sampai 30k. adoi seriau betul rege. digitizing ni apa? blok ke? ce bagi gambar menarik.
 
emmbroidery digitizing ni proses untuk tukar artwork kepada satu format khas untuk mesin sulam. Contoh kalau kastemer saya nak sulam logo kelab kat baju dia. Saya akan ambil artwork logo tu ( format .jpg .png atau .ai sahaja). Saya gunakan software embroidery digitizing dan buat semula logo tu dari mula sampai habis untuk mesin sulam. dalam format khas ini ada bilangan jahitan, warna benang,dan kedudukan jarum pada kain. So bila saya nak mesin ni jahit dia boleh la jahit sebab dia dah tahu apa yang dia nak jahit.

artwork biasa --> embroidery digitizing --> fail format jahitan untuk mesin --> mesin jahit --> siap
 
tu gambar-gambar... :D
 

Attachments

Back
Top
Log in Register