BTC USD 81,408.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Suarez setanding Messi (nok suko weh)

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
Suarez setanding Messi - Redknapp
LONDON - Pengurus Queens Park Rangers (QPR), Harry Redknapp menganggap penyerang Liverpool, Luis Suarez setanding Lionel Messi.

Redknapp memberikan pujian itu selepas Suarez meledakkan dua gol untuk membantu Liverpool menewaskan QPR 3-0 pada aksi Liga Perdana England di Loftus Road, Rabu lalu.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menyumbat dua gol ketika skuad The Reds membelasah Sunderland 3-0 di Stadium Anfield awal pagi semalam.

Suarez turut memainkan peranan penting untuk membantu Liverpool memperoleh gol pertama menerusi Raheem Sterling dan skil yang dipamerkan pemain itu mengingatkan Redknapp kepada bintang Argentina (Messsi) di Barcelona.

"Saya telah bertemu dengan Redknapp selepas perlawanan dan beliau memberitahu bahawa Suarez mempunyai karakter seperti Messi," kata pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

"Apabila saya hendak memberinya cuti pada awal musim ini, dia menolak. Dia tidak mahu berehat. Dia seorang pemain yang perlu beraksi dua hingga tiga kali dalam seminggu sekiranya mahu berada pada tahap yang terbaik. Satu perlawanan sehari tidak cukup bagus untuknya. Dia harus diturunkan selalu.

"Akhirnya kami dapat keputusan yang baik daripadanya. Usahanya tidak pernah merudum. Dia seorang pemain yang baik untuk pasukan dan mengikuti latihan setiap hari.

"Dia pandai mencari ruang. Sebagaimana bola bergerak, dia akan mencari ruang untuk menjaringkan gol.

"Anda harus memberikan kredit kepada pemain-pemain saya. Usaha dan kualiti malam ini (awal pagi semalam) sangat luar biasa. Ia merupakan aksi keempatnya (Suarez) sepanjang tempoh ini dan jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain di seluruh negara, ramai yang sudah letih," tambah Rod- gers.

Meskipun Liverpool bakal kehilangan pemain tengah, Joe Cole yang akan kembali ke West Ham United, skuad kendalian Rodgers itu sedang menyambut kedatangan Daniel Sturridge daripada Chelsea. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz2GwQQKwd3
Hakcipta terpelihara
 
haha siap ado buoh nok suko weh alik belakey tu hok tok tehey nyo!
 
Back
Top
Log in Register