BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sprm KL Semai Nilai Integriti, Bentuk Generasi Bebas Rasuah Menerusi Program WAR

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Sprm KL Semai Nilai Integriti, Bentuk Generasi Bebas Rasuah Menerusi Program WAR​

9027343c44037852b38dfe592ba021546a7ed0f4ee13e

Kredit: FB SPRM Kuala Lumpur

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur terus memperkukuh usaha membendung gejala rasuah daripada peringkat akar umbi melalui penganjuran Program Wira Antirasuah (WAR) di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 (SKJP1), di sini hari ini.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib berkata usaha menyemai nilai integriti sejak di bangku sekolah merupakan pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi muda yang berprinsip dan berani menolak sebarang bentuk penyelewengan.

“Wira yang sebenar tidak semestinya mempunyai kuasa luar biasa, tetapi wira ialah mereka yang berani melakukan perkara yang betul.

“Integriti bukanlah sesuatu yang hanya dizahirkan melalui tindakan besar, sebaliknya bermula daripada perkara kecil dalam kehidupan seharian seperti tidak menipu, tidak mengambil hak orang lain, tidak meniru, menepati janji serta menjaga amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program yang menyasarkan pembentukan sahsiah murid itu diisi dengan pelbagai aktiviti interaktif, merangkumi Taklimat Integriti dan Antirasuah oleh Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Kuala Lumpur serta sesi bersama maskot Kapten MACC.

Pada majlis berkenaan, Muhammad Fayyadh Muhamad Faizwan dan Nur Al Waaqiah Arzahrah Mohd Listu dilantik sebagai Duta Integriti WAR sekolah berkenaan.

Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Wira Antirasuah melibatkan 160 murid SKJP1, yang diketuai Muhammad Fayyadh sebagai simbolik komitmen generasi muda untuk menolak rasuah dan membudayakan nilai amanah dan integriti dalam kehidupan.

Bagi memastikan mesej antirasuah disampaikan secara berterusan, Mohamad Zakkuan turut merasmikan Sudut Antirasuah SKJP1 sebagai platform pendedahan maklumat integriti kepada warga sekolah.

Selain aktiviti kesedaran, aspek kebajikan murid turut diberi perhatian menerusi sumbangan sebuah Smart TV daripada Yayasan Prihatin SPRM kepada pihak sekolah, di samping bantuan peralatan persekolahan kepada 29 murid berstatus asnaf.

 
Back
Top
Log in Register